Setiap ibu bapa yang memiliki anak pasti ingin melihat mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Tapi, siapa kita untuk menolak takdir Allah. Luluh hati seorang ibu bila mana si kecil menderita penyakit kronik.

Itulah yang ditunjukkan oleh ibu berjiwa cekal ini bila mana anak kecilnya disahkan menghidap kanser otak tahap 4.  Kisah anak syurga ini dimuat naik oleh ibunya Mrss Mamaa  sebelum ini.

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

Namun begitu, khabar duka diterima apabila ibu kepada adik Muhammad Al Huzaifah telah memaklumkan anak kesayangannya itu telah kembali ke Rahmatullah pada 3 November lalu.

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

Berakhirlah penderitaan abg,,
selamanya abg di hati ibu,, abg tunggu ibu abi kat sana , doakan kami ke syurga macam abg,, sesungguhnya ibu halalkan susu ibu dan semua untuk abg,, i love you abg.

BEREHATLAH WILDAN SYURGA
18/4/16-3/11/19
hari ini ibu belajar erti kehilangan sesuatu yang paling berharga,,ibu pulangkan abg kepada pencipta,,
sayang,ibu dah mula rindu abg,, kat mana ibu pandang ibu nampak abg,, nampak semua kenangan kita syg,,ibu tak kuat ibu menangis dalam diam,, ibu taknak orang tengok ibu nangis,,

ABG ANAK YANG BAIK
selama abg sakit abg tak pernah susahkan ibu,,tak pernah merengek2,,tak pernah mengadu sakit,, sampai ibu tak tahu abg sakit ke tak,, abg makan ubat ,,dgr cakap doctor,,semua doc puji abg tak menangis,,tak merengek2 abg redha je apa doc buat kat abg,

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

IKLAN

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

BILA ABG DAH MEROSOT
abg dah start cakap sakit kt otak abg yang bengkak,,doc ckp tu progress kanser tu,, lepas tu abg dah tak sedar,,abg hanya tidur,,

SEHARI SEBELUM ABG PERGI 2/11/19 10pm
abg dah nampak lain,, ibu sedut isi perut dah keluar darah , oxigen abg x stabil,,ibu tak sedap hati,,ibu tahu masa yang ada tak byk dgn abg,,doc dah suruh semua bersedia, doc cakap abg boleh tahan sampai pagi esok

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

AKHIRNYA ABG PERGI 3/11/19 10.14am
abg tinggalkan semua,,semua tak perasan yang abg dah pergi,, mudah sangat perjalanan abg,,semua ingat abg tidur,,rupanya abg dah pergi,, ibu cuba kuat,,ibu taknak abg menanggung kesakitan,, abg rehat lah syg

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

IKLAN

ANAK SYURGA IBU
dulu ibu abi selalu cakap yang bila abg dah besar nak hantar sekolah tahfiz,,boleh tarik ibu dengan abi ke syurga,, rupanya percaturan Allah lagi hebat,,abg terus ke taman syurga di asuh NABI IBRAHIM A.S,, bertuah anak ibu,,abg doakan ibu abi dan semua ke syurga macam abg ya,,

Sebelum ini telah tular satu posting sesi fotografi dari Lurima Lensa di laman Facebook berkenaan adik Muhammad Al Huzaifah dan keluarga.

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

“SAYANG HUZAIFAH HINGGA KE SYURGA”

Photoshoot kali ini bukanlah photoshoot family biasa, photoshoot kali ini adalah bertujuan mengabadikan kenangan kepada keluarga yang menanggung ujian yang besar dari Allah SWT.

Manakan tidak, anak sulung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang disahkan menghidap kanser tahap otak tahap 4 oleh doktor dan hanya diramal tidak mempunyai masa yang panjang. 🙁

IKLAN

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

Kisahnya bermula pada 6 Julai 2019, dengan tidak semena-mena adik Huzaifah yang sebelum ini merupakan anak yang bijak serta aktif berusia 3 tahun tidak boleh lagi berjalan sebaik bangun tidur. Apabila pihak hsopital membuat pemeriksaan mendapati adik Huzaifah ini disahkan menghidap sakit yang dinyatakan tadi.

“Abang Terus Ke Taman Syurga.” Anak Derita Kanser Otak Tahap 4, Ibu Kongsi Momen Photoshoot Terakhir. Sebaknya!

Namun ibu bapa kepada anak kecil ini sentiasa berdoa agar keajaiban akan berlaku serta mengharapkan Huzaifah sembuh seperti sediakala.

Harapan Encik Farhan dan Puan Nurul juga agar jutaan rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan untuk anaknya ini.

Takziah diucapkan buat keluarga adik Huzaifah. Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan ini.

Sumber: Mrss Mamaa Lurima Lensa

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI