Ads

Ustazah Asmak Titip Nasihat Buat Abby Abadi & Marissa, “Tiada Yang Menang Atau Kalah”

Dalam hubungan ibu dan anak, tidak semua luka mudah difahami oleh orang luar. Ada masanya seorang ibu terlalu terluka dengan beban kisah lama, manakala anak pula masih belajar memahami hati insan yang melahirkannya.

Konflik membabitkan pelakon Abby Abadi dan Marissa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila hubungan mereka didakwa sedang melalui fasa yang sukar sejak kebelakangan ini.

Melihat situasi tersebut, pendakwah Ustazah Asmak Husin tampil memberikan pandangan menerusi satu hantaran di Facebook yang mengajak masyarakat melihat isu itu dengan lebih berhikmah, tanpa tergesa-gesa menghukum mana-mana pihak.

Menurut beliau, perkara seperti ini sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa dalam hubungan kekeluargaan kerana setiap keluarga mempunyai ujian yang berbeza.

Ustazah Asmak Titip Nasihat Buat Abby Abadi & Marissa, “Tiada Yang Menang Atau Kalah”

Ustazah Asmak: Tiada Siapa Betul Atau Salah Dalam Hubungan Abby Abadi Dan Marissa

Menurut Ustazah Asmak, beliau tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak kerana memahami konflik seperti ini boleh berlaku dalam hubungan antara ibu dan anak.

“Bagi saya, kisah ini sebenarnya normal dalam hubungan ibu dan anak. Tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah.

Ibu yang terlalu terluka dengan pelbagai bebanan kisah lama. Anak yang sudah berusaha dan tidak tahu mahu buat bagaimana lagi.

Saya sangat memahami situasi ini kerana usia awal 20-an adalah fasa kita masih belajar memahami hati ibu.”

Beliau menjelaskan bahawa apa yang berlaku bukan soal mencari siapa yang benar atau salah, sebaliknya melibatkan dua hati yang sedang terluka dan masih berusaha memahami keadaan masing-masing.

Ads

Ustazah Asmak Titip Nasihat Buat Abby Abadi & Marissa, “Tiada Yang Menang Atau Kalah”

Nasihat Buat Marissa Agar Tidak Berputus Asa

Dalam perkongsian sama, Ustazah Asmak menitipkan nasihat agar Marissa terus berusaha mendekati ibunya walaupun hubungan mereka sedang diuji.

Menurutnya, selagi ibu masih ada, masih terbuka ruang untuk memohon maaf, berbual dan memulakan semula hubungan dengan kasih sayang.

“Buat adik Marissa, jangan putus asa untuk terus mendekati dan membina semula hubungan. Selagi ibu masih ada, masih ada ruang untuk memohon maaf, berbual dan memulakan semula.”

Beliau percaya setiap langkah kecil ke arah perdamaian mempunyai nilai yang besar dan mampu menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ads

Doa Buat Abby Abadi Terus Diberikan Kekuatan

Selain menitipkan pesanan kepada Marissa, Ustazah Asmak turut mendoakan agar Abby Abadi diberikan kekuatan hati dalam menghadapi ujian sebagai seorang ibu.

Beliau mengakui bahawa luka seorang ibu bukan sesuatu yang ringan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak sendiri. Namun begitu, beliau berharap tekanan emosi tidak menjadikan hati semakin tertutup.

“Buat Abby pula, saya doakan Allah mengurniakan kekuatan hati. Luka seorang ibu memang berat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak sendiri.

Namun jangan biarkan tekanan emosi membuatkan hati semakin tertutup. Anak juga sedang belajar menjadi dewasa. Berilah ruang untuk dia memperbaiki kesilapan dan hargailah setiap langkah kecil yang diambil untuk kembali mendekat.”

Hubungan Ibu Dan Anak Tidak Pernah Tentang Menang Atau Kalah

Ustazah Asmak turut menegaskan bahawa dalam hubungan ibu dan anak tidak sepatutnya wujud soal menang atau kalah. Apa yang lebih penting ialah mencari jalan melembutkan hati, menghilangkan salah faham dan mengikat semula kasih sayang yang mungkin semakin renggang.

Ads

“Tiada yang menang dan kalah dalam hubungan ibu dan anak. Semoga Allah melembutkan hati ibu dan anak, menghilangkan salah faham dan mengikat kembali kasih sayang yang kadang-kadang menjadi renggang.”

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai kerana disampaikan dengan penuh empati tanpa menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat.

Isu Abby Abadi Dan Marissa

Terdahulu, hubungan antara Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, dengan anak keduanya itu didakwa sedang bermasalah selepas aktres berkenaan dikhabarkan tidak hadir ke majlis sambutan hari lahir Marissa.

Abby sebelum ini juga pernah berkongsi mengenai trauma yang dialaminya ketika melalui perkahwinan terdahulu. Dalam masa sama, Marissa menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sering mengetepikan ibu kandungnya.

Walaupun pelbagai spekulasi timbul di media sosial, kedua-dua pihak dilihat memilih untuk tidak terus memanjangkan polemik tersebut.

Jadikan Kisah Ini Sebagai Pengajaran

Semoga Abby dan Marissa diberikan ruang untuk berdamai, saling memahami dan kembali mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam sebuah keluarga, yang paling indah bukanlah siapa yang paling benar, tetapi siapa yang sanggup membuka hati untuk memaafkan dan memulakan semula.

BACA LAGI : Luahan Suami Abby Abadi Undang Sebak, Doa Menyentuh Hati Buat Isteri

Sumber: Facebook
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Tengku Umayr Akef Cipta Sejarah Raih Syahadah Ula Dengan Hafazan 30...

Tengku Umayr Akef mencipta sejarah apabila berjaya memperoleh Syahadah Ula dengan memperdengarkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 15 jam 42 minit serta meraih markah 97.7 peratus.