“dia xtau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya. ” – IG Araavaniella
Sejak tular kisah adik Adelia yang dijaga oleh pengasuh berketurunan India, seronok baca komen-komen yang rata-rata bangga dengan keharmonian di Malaysia walaupun terdiri dari berbilang kaum.
Seumpama Adelia ini adalah ikon baru pada perpaduan di Malaysia. Mana taknya, sejak kisahnya tular, kami turut terkena tempias apabila pengikut-pengikut baru Keluarga ramai yang terdiri dari masyarakat berbangsa India dan juga Cina.
Jika lihat pada posting yang memaparkan kisah Adelia dan Patti, pelbagai bangsa yang turut memberikan komen positif dan kagum dengan keakraban keluarga ini.
Seperti yang kita semua tahu, masyarakat India baru menyambut Hari Deepavali semalam. Sejak awal lagi, ramai yang tak sabar nak tengok Adelia menyambut perayaan tersebut bersama Patti kesayangannya.
Namun, Ibu Adelia menerusi ciapannya seperti tidak puas hati apabila anaknya itu tidak mahu melayan video call darinya.
arravaniella budak ni dah sambut raya puasa n raya haji sebelum ni.. semalam dia sambut depavali pulak.. semua raya dia nak tapau ibu vc pun dia xmau layan.. dia xtau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya.
Sabarlah ibu. Kasi la Adelia peluang nak sambut Hari Diwali ini bersama patti. Dah pakai baju lawa ni.
Ads
Kalau anda perasan, gaya Adelia berkerut pun dah macam patti.
“Thanks aunty and family for creating this memories”
Ok Jom kita layan gambar-gambar Adelia bersama patti.
Saat membaca kisah-kisah daripada saudara Islam kita yang pernah menjadi tetamu Allah, benar pasti terdetik dihati seakan tidak sabar pula menanti bila masa untuk kita berada di bumi barakah itu.
Apa yang pasti, semua perkongsian cerita itu cukup menarik dan cukup menginsafkan.
Ini sebagaimana cerita yang dicoretkan oleh Puan Siti Nadzrah atau lebih mesra di sapa Ummi, berkongsi kisah menjadi tetamu Allah berkat doa ibu mertua.
Ini perkongsiannya
Alhamdulillah Allah swt telah memberi kemudahan untuk Ummi melaksanakan ibadah haji pada tahun 2002.
Kalau diikutkan kemampuan, memang Ummi dan Abah belum boleh ke Mekah sebab kekangan kewangan dan anak-anak masih bersekolah agama swasta yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan.
Pernah kami perlu survive dengan baki negatif dalam bank. Pernah bercatu makan, pernah miss bayar sewa rumah beberapa bulan dan pernah mengekang nafsu berbelanja mana yang tidak perlu.
Namun ada peristiwa yang menjadi pencetus keupayaan kami berjaya melaksanakan rukun islam ke-5 ini.
Abah anak kedua dari tiga beradik lelaki rapat-rapat selang setahun. Setiap kali Mak Mertua pergi ke Mekah, dia tidak pernah tinggal mendoakan agar kesemua anak dan menantunya dapat buat Haji sebelum usia 40 tahun.
Doa yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan tidak lekang itu didengari Allah swt dan dimakbulkan, alhamdulillah.
Akhirnya Along dan isteri berjaya buat Haji di usia 32 tahun dan Usu serta isteri di usia 34. Ketika itu belum nampak bayang kami dapat ke Mekah untuk buat Haji.
Di usia 39+ tiba-tiba kami terima surat jemputan dari salah sebuah universiti di Saudi Arabia untuk menjadi tetamu mengerjakan haji. Tawaran dibuka untuk 2 calon sahaja dari Malaysia (suami dan isteri). Tawaran ini juga dibuka kepada calon dari negara-negara lain. Surat diterima sudah agak suntuk dan amat memeranjatkan sekali. Persediaan belum dilakukan dan tiada kursus haji bermakna kami perlu cepat belajar sendiri cara-caranya.
Bila difikirkan balik, memang tidak dapat brain langsung. Tiada perancangan, tiada lintasan niat, tiada kewangan yang mencukupi.
Tapi tiba-tiba kami sedang prepare untuk ke Mekah mengerjakan haji. Betapa besarnya keagungan Allah swt. Bila dikatakan jadi maka jadilah ia.
Pakej yang kami terima ialah Pakej VIP. Semua dilayan dengan begitu baik sekali. Tiada masalah langsung. Dari awal jejak kaki di airport sehingga berangkat pulang semuanya bak tetamu khas yang sungguh istimewa. Dua bas penuh tetamu dari serata dunia seperti Jepun, Turki, Amerika, Brazil, Cina, Indonesia dan lain-lain. Kami berdua saja dari Malaysia. Setiap perjalanan ada outrider yang melancarkan urusan, so takde lah jem atau penantian lama dalam sebarang urusan haji. Semua kosnya PERCUMA sejak keluar dari rumah sampai balik semula ke rumah.
Hotel yang dipilih di Mekah dan Madinah memang 5 star hotel. Di Arafah, khemah kami asing. Selesa siap dengan aircond dan ada tandas khas, tak perlu campur dengan orang ramai. Di Mina juga setiap khemah sangat selesa, peralatan cukup, baru dan bersih. Makanan enak dan buah-buahan sentiasa tersedia. Rasa macam dalam syurga pulak. Baik kata semuanya perfect dan amat menggembirakan. Kami juga sempat menikmati jamuan makan malam di istana raja.
Ummi dan Abah berada di sana lebih kurang dua minggu saja. Bila selesai mengerjakan haji dan balik ke Malaysia, dua tiga hari lepas tu Hari Jadi Abah yang ke-40. Sebelas hari kemudian Hari Jadi Ummi yang ke-40 pula.
Ini bermakna kedua-dua kami berjaya mendapat gelaran Haji dan Hajjah sebelum usia 40 tahun, seperti dalam doa Mak. Terima kasih Mak sebab tolong doa dan syukur alhamdulillah ya Allah kerana telah memperkenankan doa Mak.
Di sebalik peristiwa ini, Ummi bertambah yakin akan kekuasaan Allah swt. Kalau ditinjau balik, Ummi tak nampak apa-apa keistimewaan kami untuk terima semua ini. Ummi selalu berkata….”Ya Allah, aku tak baik mana pun. Sebagai manusia biasa, aku masih banyak lakukan dosa kecil dan besar. Kau selalu tutup aibku ya Allah. Tapi, kenapa sampai macam ni sekali Kau hidangkan aku dalam dunia ini. Layakkah aku mendapat anugerah yang hebat ini, ya Allah?”
“Aku amat mensyukuri setiap nikmat dan ujian yang Kau berikan. Doaku moga Kau uji aku, anak cucuku dan semua umat muslimin muslimat dengan sesuatu yang lebih baik. Selamatkan kami di dunia dan akhirat. Satukan kami di Jannatul Firdaus. Amin ya Robb. Thank you Allah….”
Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang sarat hamil lapan bulan berdepan detik cemas apabila terasa seperti hendak bersalin ketika berkunjung ke bazar Ramadan pada minggu lalu.
Kongsi Shila menerusi Instagramnya, dia yang secara tiba-tiba sakit ketika berada di bazar pada mulanya memikirkan yang sudah sampai masanya untuk dia bersalin ketika itu.
“Sumpah, saya sangka memang hendak bersalin minggu lalu. Saya ke bazar Ramadan bersama suami dengan menaiki motorsikal.
“Kami sampai di bazar dan terpaksa bergegas balik rumah sebab saya mula rasa seperti sesuatu hendak keluar (bersalin),” kongsi Shila menerusi Instagramnya.
Melalui pengalaman kontraksi palsu atau ‘braxton hicks’ kata Shila tidak semudah yang disangka. Biar pun pernah mengalui pengalaman sebelum ini namun kali ini agak berbeza bagi Shila.
“Sakit pelvis…and whooo said braxton hicks tak sakit,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu akui Shila dia bersyukur kerana proses kehamilan anak keduanya ini berjalan lancar malah teruja untuk menyambut kelahiran anak keduanya itu pada Syawal tidak lama lagi.
Sama seperti kelahiran terdahului, akui Shila dia tidak dapat lari daripada berasa gementar menanti kelahiran secara normal selepas bersalin secara pembedahan caesarean untuk anak pertamanya.
“Saya teruja tetapi dalam masa sama gementar.
“Saya berharap kelahiran secara VBAC (Virginal Birth After Caesaean) akan berjaya. Doakan untuk saya,” ujar Shila.
Dalam pada itu, Shila yang menjalani kehidupan seperti biasa turut mendedahkan dia terpaksa menahan kesakitan akibat perubahan hormon dan bentuk badan sepanjang kehamilannya.
Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 4 Ogos 2023. Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018, namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia 5 tahun.
Jadi ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang betul supaya anak dapat dibentuk dengan acuan yang baik.
Sebagaimana perkongsian oleh DrShukri Abdullah yang menyifatkan cara mendidik anak adalah peluang yang datang sekali sahaja dalam seumur hidup kita.
Justeru, ibu bapa sepatutnya menghargai waktu ini sebagai detik yang terbaik untuk didik anak-anak.
Yes Sekali Sahaja. SE-KA-LI !
Bimbing Anak cuma sekali. Apabila anak dah membesar, habis peluang itu. Sementara kita berpeluang mendidik anak. Sementara anak bersama kita. Sementara anak masih dengar cakap kita. Sementara anak masih tinggal sebumbung dengan kita. Sementara kita tidak sesibuk mereka yang terlalu sibuk Sementara Allah beri kesempatan kepada kita …
Maka mari pakat didik anak sebaik yang kita mampu. Kan kita kata nak bagi yang terbaik untuk anak kita.
Do something. Lakukan sesuatu. Bawa berbincang suami-isteri / mak-ayah
Sebab … Anak semakin membesar. Masalah yang dihadapinya di sekolah semakin mencabar. Kawan-kawannya semakin banyak.
Lama-lama mereka semakin ada fikiran sendiri. Mereka ada pandangan sendiri. Mereka ada pendirian sendiri. Mereka ada pegangan sendiri ….
Yang mungkin tidak sehala dengan kita. Yang mungkin jauh berbeza dengan kita. Yang mungkin bercanggah dengan kita.
Pada ketika itu … Teguran Nasihat Pendapat kita Sudah tidak didengari lagi. Sudah lambat.
Justeru sementara ada peluang. Khususnya ketika anak di sekolah rendah. Ketika anak masih di pra-sekolah Ketika anak masih di sekolah rendah Ketika anak masih awal sekolah menengah
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.