Penggunaan pinggan mangkuk yang berwarna putih apabila kerap kali digunakan atau disimpan dalam tempoh yang lama memang mudah untuk kelihatan seperti berkarat dan berwarna kekuningan.
Lebih-lebih lagi mug yang digunakan untuk minum kopi atau teh. Bila terjadi seperti itu, ada sesetengah antara kita apabila hendak menggunakan cawan tersebut akan rasa tidak selesa pula. Seakan minum di dalam cawan atau gelas yang kotor walhal telah dicuci bersih!
Untuk itu, ketahui cara terbaik untuk membersihkan cawan tersebut agar kembali bersinar seperti baharu. Umumnya, penggunaan soda bikarbonat adalah yang terbaik dan berkesan. Pun begitu ada dua cara yang boleh anda praktikkan, pilih sahaja yang memudahkan anda dan pastinya tidak akan menghampakan anda.
Oleh itu, ayuh teliti dahulu kedua-dua cara ini sebelum memulakan ‘operasi’!
CARA 1
Ads
“Hari ni rajin sikit. Jadi ada masa nak kasi cuci bersih set cawan putih arcopal mak. Tindakan perlu dilakukan kerana mak dah serik sental teko dengan pencuci pingggan biasa tapi tak keluar kesan warna yang ditinggalkan oleh kopi.”
Jadi inilah hasilnya dan lihat perbezaan sebelum dan selepas dicuci dengan soda bikarbonat. Memang berkilau jadinya.
sebelumselepas
Bahan-bahan yang diperlukan :
Soda bikarbonat
kitchen towel (kalau pakai tisu biasa hancur pula nanti)
sedikit air
Ads
Cara:
Tabur soda bikarbonat di bahagian cawan yang berwarna hitam.
Basahkan kitchen towel dan kemudian sental hingga bersih berkilat. Sedikit kesabaran juga diperlukan semasa menyental, namun hasilnya tidak akan mengecewakan!
sumber : Azhani Mazmi
CARA 2
Ads
Ini pula lain sedikit caranya namun tetap menggunakan soda bikarbonat sebagai bahan utama berserta penambahan bahan lain. Kesannya juga boleh menjadikan cawan atau mangkuk kembali bersinar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu soda bikarbonat
2 sudu cuka
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
Cara-cara:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang cuka ke dalam bekas yang kotor.
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas.
5. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
6. Cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.
sumber : Petua Emak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan berumah tangga. Ada pasangan miliki anak ramai, ada yang sebaliknya.
Kuantiti anak bukan pengukur sama ada keluarga itu bahagia atau tidak. Ada pasangan rezekinya anak ramai dan ada yang anak sikit tapi rezekinya dalam hal lain. Tuhan sebaik-baik perancang dan pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
Sebab itu, ibu bapa yang punya anak ramai jangan terlalui berbangga kerana di sebalik anugerah tersebut, anda menggalas tanggung jawab yang cukup berat.
Berikut beberapa faktor yang dikongsikan. Moga kita mendapat manfaat daruipadanya.
KENAPA ANAK TIDAK RAMAI?
Macam aku sendiri alhamdulillah sudah dikurniakan dua orang cahaya mata comel, Maryam Deen dan Aisyah Deen. Setakat ini belum lagi memiliki perancangan untuk tambah anak. Meramaikan anak ialah sesuatu yang dianjurkan sahaja.
Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang wajib. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.
Zaman sekarang sudah tidak sama dengan dulu, aku akan cuba huraikan kenapa tidak perlu ramaikan anak jika tidak boleh bagi yang terbaik kepada setiap daripada mereka.
1. Kualiti lebih utama dari kuantiti
Kita hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan. Anak-anak perlu dijaga dan dibentuk dengan sebaik mungkin sejak mereka masih kecil. Dikhuatiri dengan bilangan anak yang ramai membuatkan kita gagal memastikan pembentukan (tarbiah) yang baik khususnya dalam hal pendidikan sempurna bagi setiap dari mereka. Kita tidak mahu anak-anak kita sekadar menjadi buih-buih di lautan.
2. Anak yang lebih berjaya
Biarlah anak tidak ramai, tetapi kita akan pastikan satu hari nanti mereka akan ada ribuan orang yang bekerja di bawah mereka. Dengan perhatian dan pembentukan individu lebih sempurna pasti akan membawa impak kepada pembentukan anak yang lebih hebat.
3. Kos yang makin mahal
Tidak dinafikan kos untuk membesarkan seorang anak pun sudah sangat mahal. Apatah lagi buat yang tinggal di kawasan bandar yang mana kos pendidikan, jagaan, perkakasan yang jauh berganda dari harga biasa. Hal ini memang perlu dipandang serius. Kerana kegagalan dalam merancang ekonomi keluarga akan membawa kepada kesan negatif yang lebih teruk kepada pembentukan anak-anak.
4. Masa yang berkualiti
Aku yakin masa ialah antara aspek terpenting dalam pembentukan anak-anak. Masa dan perhatian yang kita berikan kepada mereka ialah sinonim dengan kasih sayang yang dicurahkan. Bahkan tidaklah keterlaluan jika aku katakan, tanpa masa, maka makin kuranglah kasih sayang dan perhatian yang boleh dicurahkan. Jika kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja, keadaan pastinya makin tidak baik, dan bayangkan jika anak pula ramai. Pasti tidak terkejar, dan anak yang kehausan kasih sayang cenderung menagihnya dari tempat lain.
5. Isteri bukan kedai makan
Kalau dulu kita boleh suka-suka order anak sampai 11 orang untuk cukupkan satu team bola. Namun apabila memikirkan risiko yang isteri hadapi seperti emboli udara, rahim pecah, pendarahan dan banyak lagi perlu dirisaukan. Pasti membuatkan kita tidak sanggup untuk membebankan isteri tersayang. Bahkan setiap kali mengandung, sebenarnya dua nyawa berhadapan risiko, iaitu nyawa isteri dan juga anak yang dikandung. Belum lagi cerita tentang depresi yang sering terjadi kepada ibu-ibu selepas bersalin.
6. Zaman sudah tidak sama
Kalau dulu, kita kerja mungkin dekat dengan rumah. Saudara mara juga ramai yang tinggal berdekatan untuk membantu sekiranya diperlukan. Zaman sekarang, ramai yang hidup berdikari dengan keluarga yang baru dibina jauh dari ahli keluarga terdekat. Semuanya bergantung pada mereka, jika balik kerja lambat, tiada yang boleh tolong ambilkan anak. Jika ada kecemasan, tiada yang boleh tolong tengokkan anak. Bilangan anak yang ramai ditambah dengan kekangan masa pasti akan memberi kesan negatif kepada pembentukan anak-anak.
7. Suami yang tak rajin bantu isteri
Masih ramai golongan ini (suami) yang masih mempunyai tanggapan bahawa kerja-kerja rumah dan kerja-kerja menguruskan anak ialah kerja isteri sepenuhnya. Membantu isteri jauh sekali, dan ini akan memberi bebanan kepada mental dan fizikal isteri jika memiliki anak yang ramai. Anak ramai bermaksud tanggungjawab yang makin besar dan perlu dipikul bersama suami dan isteri. Jika sikap masih bermalasan dan suka untuk tengelam dalam dunia (game) masih wujud, maka memiliki anak ramai bukanlah pilihan bijak.
Apa-apa pun ini hanya sudut pandang aku yang tinggal di ibu kota dan mempunyai pasangan yang memilih untuk tutut bekerja. Konteksnya mungkin berbeza mengikut keadaan yang berbeza. Apa-apa pun, kita tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita masing-masing.
p/s : Biarlah anak tidak ramai yang penting kita mampu beri yang terbaik kepada setiap dari mereka. Kita hidup di zaman orang berlumba-lumba jadikan anak masing-masing terbaik. Sanggupkah kita biarkan anak kita ketinggalan?
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tidak ketinggalan tips kekeluargaan baru yang sering dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang yang kidal lebih banyak menggunakan tangan kirinya daripada tangan kanannya. Dia biasanya menggunakan tangan kirinya untuk berbagai-bagai pekerjaan seperti untuk menyikat rambut, memasak dll.
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszapahar Shukor berkongsi anak kembarnya Emelia sudah mula menunjukkan yang dirinya seorang kidal selepas banyak aktiviti dilakukan dengan tangan kiri.
Kata Muszaphar tidak mengapa jika mempunyai anak kidal, malah beliau menasihati supaya ibu bapa tidak memaksa anak mereka untuk berubah menggunakan tangan kanan seperti orang lain.
“Nampak macam Emelia bakal kidal sama macam Tasha, Dia menggunakan banyak tangan kirinya untuk melakukan sesuatu. Tapi terlalu awal untuk mengesahkannya.
“Jika anda perasan anak-anak kidal, biarkan dan biar dia selesa dengan caranya. Jangan paksa mereka ubah untuk menggunakan tangan kanan,” katanya.
Muszaphar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya Emelia yang sedang makan dan memegang sudu ditangan kirinya.
Beritahunya lagi, dia pada mulanya seorang kidal sewaktu kecil tetapi telah cuba diubah oleh bapanya untuk menggunakan tangan kanan.
“Ia berlaku pada diri saya juga, bapa saya selalu mahu saya menggunakan tangan kanan. Mungkin itulah sebabnya saya mahir menggunakan kedua-dua tangan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi beberapa fakta dan kelebihan menarik untuk orang yang kidal.
Some facts about left handed people
1. Only 10% of the worlds populatio
2. Right brain dominant
3. They fare better in creativity, imagination, daydreaming and intuition.
4. Not known to have better IQ’s in the latest 2018 study.
5. More left handed are seen in Males
6. Genes do play a role
7. They are better at Multi Tasking
8. They have an advantage on certain sports like Swimming. Fencing. Tennis and Boxing. They are better at video games too.
9. Twins are more likely to be left handed
10. 13th August is International Left Handers Day.
Sebelum ini, tular kisah wanita ini yang dikenali sebagai Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari meluahkan rasa sedih kerana suaminya tidak datang menjenguk sewaktu dia melahirkan anak.
Malah dia menguruskan hal bersalin seorang diri tanpa bantuan suami di sisi. Lebih memeritkan lagi apabila dia meminta suaminya datang untuk mengazankan anak yang baru dilahirkan itu, tetapi tidak diendahkan oleh suaminya.
“Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan dan kentalkan hati. Tapi bila dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cemburunya saya kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya.”
Namun baru-baru ini, kisah wanita ini kembali tular apabila dia memuatnaik hantaran sewaktu menguruskan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Cik Pia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa dibinkan nasab Abdullah gara-gara suaminya tidak memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menerusi hantaran terbaharu Cik Pia di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan air mata apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa memilih 99 nama Allah untuk dibinkan telah mengundang sebak ramai.
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya mempunyai ruang dan masa untuk melakukan siaran secara langsung di media sosial namun tidak dapat hadir ke JPN untuk mendaftarkan nama anak mereka.
“Pedih bagai dihiris hati ini..bapa masih live masih ada masa ke sana ke sini dengan “makwe” tapi untuk datang ke JPN daftarkan anak tak ada masa,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Dia yang sedih mengenangkan apabila anaknya besar nanti tidak mengenali adik beradik yang lain memandangkan suaminya mempunyai isteri lain.