Selama hidup dengan pasangan, anda tahu tak benda-benda peribadi pasangan seperti kata laluan telefon bimbit, sosial media, kad bank dan sebagainya?
Mungkin bagi sesetengah orang ini adalah privasi sendiri tak tidak boleh dikongsikan dengan orang lain walaupun pasangan sendiri. Mana tahu, hati orang boleh berubah, khuatir akan disalah guna masa akan datang.
Tetapi, ada gunanya juga sebenarnya berkongsi dengan pasangan hidup kita semua benda yang kita anggap privasi kita itu. Iye lah, mana tahu suatu hari nanti akan jadi sesuatu seperti kematian, tidaklah susah pasangan kita mahu menguruskan segala yang telah kita tinggalkan di muka bumi ini.
Itulah yang dilakukan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh, dalam perkongsiannya di laman Facebook. Semoga perkongsian ini dapat menjadi contoh buat pasangan lain. Jom ikuti perkongsiannya..
List Semua Jenis Simpanan Termasuk Hutang
Puan isteri tak pernah bertanya password phone aku. Apa lagi password kad bank dan online banking.
Aku terfikir, jika apa-apa berlaku pada aku macamana?
Maka bulan lepas, aku listkan semua jenis simpanan, pelaburan, aset-aset, syarikat, partner bisnes, himpunan password kad, online banking, emel dan Fb sekali. Bahkan aku list semua orang yang berhutang dengan aku juga.
Aku turut listkan siapa orang yang perlu dia rujuk untuk tuntut hak aku, siapa p.a aku, siapa boleh bantu dia untuk urusan hal begini dan seumpamanya.
Ads
Minta dia simpan, hafal elok-elok kemudian padam dari phone dia.
“…abang tak ada apa nak rahsiakan dari awak”
Terkejut juga dia bila tiba-tiba aku bagi semua benda ni. Mulanya dia dah fikir macam-macam. Aku cuma jawab,
“Kita manusia. Mati itu pasti. Kalau berlaku apa-apa kat abang, at least awak tahu semua password abang. Nak guna ke apa boleh. Lagi pun abang tak ada apa nak rahsiakan dari awak”.
Aku faham sangat perangai puan isteri aku. Walau aku bagi semua passwords tu semua, dia takkan buka, check dan guna pun. Sekadar simpanan dia sahaja.
Ads
Pada sesetengah orang, mungkin mereka tak setuju. Tapi pada aku benda ni perlu.
Sebagai tanda kepercayaan penuh pada pasangan hidup kita, sebagai persiapan jika berlaku apa-apa kat kita.
Begitulah.
Buat para isteri pula, bila suami dah share semua benda peribadi begini menandakan dia percaya pada kalian 100%. Jangan pula curi2 guna tanpa pengetahuan dia.
Nak guna, minta izin elok-elok dulu. Mesti dia bagi punyalah.
Perkongsian video pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang berkongsi perihal suaminya, Raja Syahiran yang prihatin malah mengambil berat dirinya ketika pulang dari hospital mendapat pujian ramai.
Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan itu, Raja Syahiran dilihat menampal satu nota berbunyi, ‘Sorry Slow Wife Czer” di belakang keretanya bimbang tindakannya membawa kereta terlalu perlahan mengundang rasa tidak senang hati kepada pengguna jalan raya lain.
Uyaina yang selamat melahirkan bayi keduanya pada Sabtu lalu turut menzahirkan penghargaannya pada suami yang menjadi penguatnya malah sentiasa di sisi.
“Uyaina doakan untuk setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tak kisahlah secara normal atau caesar, dapat pulih semula dalam keadaan yang selesa, disayangi & ada support system yang kuat.
“Sebab sakit selepas melahirkan ni tak leh nak describe. Especially that first walk to the toilet. Ingat pun boleh nangis.
“To my @rajasyahiranmy, thank you for taking care of me. I love you,” tulisnya.
Sabtu lalu, Uyaina dan suami berkongsi perkhabaran gembira atas kelahiran anak kedua mereka yang belum dikongsikan nama dan wajahnya.
“Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi,” tulisnya menerusi kapsyen.
Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran mendirikan rumahtangga pada 21 Disember 2021. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Kekurangan yang dihadapi oleh seseorang bukan penghalang untuk mereka berjaya. Apa yang penting, sokongan padu dari orang sekeliling yang menerima kekurangan dan sentiasa menyayangi mereka termasuklah ibu bapa. Sokongan padu dari ahli keluarga beri sangat memberi erti sehingga boleh beri impak positif pada seseorang.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham bersyukur apabila anak istimewanya, Ahmad Firdaus, 21, kini sudah boleh berjalan meskipun memerlukan alat sokongan.
Melalui perkongsiannya di Instagram, Ahmad Idham berkata tiada perkara yang mustahil yang boleh dicapai kerana anak sulungnya itu telah disahkan mengalami focal encephalitis ketika kecil sehingga menyebabkan kesukaran untuk berjalan dan bertutur.
“Antara aktiviti hujung minggu, bawa Abang (Ahmad Firdaus) jalan-jalan untuk latihan kuatkan kaki Abang.
“Walaupun kadang-kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai, namun tidak pernah ada yang mustahil selagi Allah izinkan ianya untuk berlaku.
“Abang, ketika usia 2 tahun doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.
“Namun, hari ini abang dah boleh berjalan walaupun memerlukan alat sokongan, tapi abang tetap berjaya lakukannya,” katanya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik video yang disunting ketika melakukan aktiviti beriadah dan bercuti bersama keluarganya.
Menurut Idham yang juga menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus itu dia berbangga dengan anaknya serta berharap agar lebih ramai anak istimewa menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
“Daddy bangga dengan abang!
“Semoga lebih ramai anak-anak istimewa mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain,” beritahunya.
Seakan tidak percaya bila terbaca akhbar berkaitan penemuan sebuah bagasi berisi mayat sebagaimana yang sedang tular ketika ini di media sosial.
Difahamkan mayat tersebut dipotong kepada enam bahagian dan disumbatkan ke dalam bagasi ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini, 2 petang, hari ini.
Menurut sumber sebagai mana memetik laporan Harian Metro, ketika ditemui, bahagian badan mangsa didapati berada di atas rumput berhampiran beg berkenaan.
“Bagaimanapun identiti mangsa masih gagal dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa,” katanya.
Menurutnya, setakat ini polis mengesyaki mangsa adalah lelaki warga asing berdasarkan siasatan awal dilakukan.
“Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.
Manakala meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bimbang akan keselamatan keluarfa dan tidak kurang mengharapkan agar si pelaku segera ditemui dan dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penat kaum ibu masak untuk bersahur, berbuka puasa untuk keluarga, pahala menanti. Waktu inilah mak-mak jadi 'wira' yang tak disanjung tapi tetap jadi tulang belakang seluruh keluarga.