Dalam melayari kehidupan berumah tangga, pasti apa yang kita semua inginkan adalah kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama dengan pasangan kita. Semahunya bahagia yang pernah dikecapi diawal perkahwinan akan terus dirasai hingga hujung nyawa.
Untuk itu, dengarkan apa kata ustaz Syamsul Debat ini tentang bagaimana mencipta bahagia untuk pasangan suami isteri. Jom lihat satu persatu apa yang dimaksudkan dengan 4 S (Sama-sama)itu.
Solat sama-sama
Ingat orang lelaki, sibuk macam mana pun pilihlah sekurang-kurangnya satu waktu untuk solat bersama-sama. Jika si suami tidak yakin untuk jadi imam, bermulalah dengan waktu Zuhur. Bila sudah terbiasa akan memberi lebih keyakinan kepada suami untuk menjadi imam untuk waktu Maghrib mahu pun Isyak. Biasanya bila isteri mendengar bacaan suaminya di dalam solat akan tersentuh hatinya. Lantaran itu isteri juga harus beri galakan dan mintalah untuk solat bersama-sama. Isteri perlu berlembut dengan suami.
Ads
Tidur Sama-sama
Yang muda-muda mungkin tiada masalah namun bagi pasangan yang telah lama berkahwin, hal ini sering diabaikan.
Makan Sama-sama
Mencipta kemesraan suami isteri juga boleh dilakukan ketika sesi makan bersama-sama. Sebaiknya sebagai penghargaan kepada suami, isteri sebaiknya membezakan pinggan dan cawan suami yang lebih istimewa. Kemudian letakkan lauk ke dalam pinggan pasangan malah jika si ibu ambilkan lauk anak ke dalam pinggan juga, ibu dapat pahala. Lagi mesra, jika suami isteri bersuap-suapan sebagai salah satu lagi komunikasi kemesraan antara suami isteri.
Ads
Jalan Sama-sama
Ambil masa untuk anda suami isteri dapat berjalan berdua-duaan. Contohnya tetapkan masa untuk berjalan-jalan dengan menunggang motor di tengah malam. Saat romantis ini pasti akan memberi memori indah untuk berdua.
Lazimnya bila kita menyebut tentang balik kampung, sudah terbayang suasana desa yang tenang dan damai. Dikelilingi sawah bendang, gunung ganang, atau pun kebun.
Namun lain pula kisahnya bila baru-baru ini Maryam memuat naik rakaman video membawa pulang Rina ke Korea.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Balik kampung finally,”
Video yang dikongsikan cukup mencuri tumpuan, video Maryam, Ryzal dan Rina bermain salji di Korea nampak begitu meriangkan.
Gelagat keluarga personaliti media sosial ini membuatkan ramai tertarik dan teruja apabila Rina dapat pulang ke kampung, Korea dan bermain salji di hadapan rumahnya.
Hingga ada juga segelintir warganet berseloroh dengan meninggalkan komen-komen lucu apabila kampung Rina adalah di Korea.
Difahamkan semenjak kembali ke Malaysia 2 tahun yang lalu, pasangan Youtuber Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim belum berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman Maryam di Korea Selatan. Baik Maryam mahupun Ryzal sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Meninjau di ruangan komen pelbagai reaksi diberikan. Antaranya seperti ini :
“Best kampung di Korea”
” Pergh kat kampung dia ada salji”
“Tunglaa ko dik, nnt cuti sekolah cikgu tanya kampung dekat mana, jawab korea je cikgu”
Terkadang kita sering terlupa, dalam hidup ini ada keluarga orang lain lebih susah hidupnya.
Ini sebagaimana kisah yang telah dikongsikan oleh Puan Hayati Abu Hassan, isteri kepada seorang pembekal ayam.
Jika sebelum ini, setiap lebihan kaki ayam yang dipotong, sering dianggap sampah olehnya dan pengakhirannya kaki-kaki ayam tersebut ditanam untuk dilupuskan.
Namun hinggalah terjadi satu kes, yang membuatkan betapa hatinya tersentuh, dan ini perkongsian penuh daripadanya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah.
Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain.
Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi. Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer.
Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil.
Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.’Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah. Menangis saya baca. Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah.
Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami.
Pelakon popular, Nabila Huda berkongsikan sebuah video Outfit Of The Day (OOTD) bersama anaknya Keisha Laila di akaun media sosial miliknya.
Menerusi video itu, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil yang sudah pun berusia 38 tahun itu dilihat seperti adik – beradik apabila bergambar dengan anaknya, Keisha.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga terkejut akan tumbesaran Keisha yang semakin cantik yang seiring dengan usianya yang sedang meningkat remaja. Keisha membesar menjadi seorang remaja yang cantik seperti ibunya.
Rata – rata netizen meninggalkan komen memuji akan kecantikan mereka berdua dan ada juga yang terkejut dengan pembesaran Keisha.
Untuk rekod, Keisha merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nabila dengan Zaidi Zailani. Nabila kini hidup bahagia dengam suami barunya iaitu Mohd Izwan.