Ada Chili oil, Barulah Makan Lagi Berselera. Ni Resipi Untuk Yang Pertama Kali Nak Buat!
Boleh kecur liur dibuatnya bila lihat hidangan di restoran Chinise Muslim ada disajikan bersama dengan Chili Oil. Rasanya yang pedas dan beraroma memang enak dimakan untuk pelbagai hidangan.
Jadi apa kata anda sediakan sendiri di rumah dan bolehlah jadikan stok untuk dimakan pada bila-bila masa. Apatah lagi untuk menyediakannya cukup mudah dan dikatakan boleh tahan lama hingga berbulan-bulan.
Jadi buat yang pertama kali ingin mencuba, di sini ada resipi yang dikongsikan oleh Ju Zue untuk dijadikan panduan. Selamat mencuba.
Bahan cili
– Cili serbuk babas 60gram
– Chili kisar/flakes/ground 40 gram (yang ni cikju buat – sendiri sebab yang ready made selalu banyak sangat biji)
– Kacang goreng hancur 25gram (yang ni pun cikju buat sendiri)
1.Dalam satu bekas. Campur cili serbuk, cili kisar, gula, garam. Masukkan minyak masak dan kacau-kacau hingga sebati dan basah. Masukkan bijan putih dan kacang goreng hancur.
2.Dalam kuali lain panaskan minyak. Campur bahan bahan minyak beraroma. Kacau sampai layu. Dah layu tapis bahan bahan dan ambil minyak sahaja.
3.Campurkan 1-2 senduk minyak panas dalam bekas campuran cili tadi. Kacau kacau kacau. Kemudian campur lagi 1-2 senduk kali kedua. Dan kacau kacau kacau. Masukkan lagi baki minyak dan kacau kacau kacau sampai sebati.
Hujung minggu ni tentu mak-mak tercari-cari idea untuk buat makanan minum petang. Salah satu menu mudah nak buat adalah kuih karipap kegeramaran seisi keluarga.
Menariknya resipi yang dikongsi ini bukan sahaja untuk dimakan hari ni tetapi boleh dibuat frozen. Tentu anak-anak boleh bawa bekalan ke sekolah.
Ikuti perkongsian ini.
Jom isi masa lapang
Buat banyak-banyak frozenkan. Selain wat makan sendiri..boleh berbagi rezeki pada jiran-jiran.
3/4 cwn myk masak
3sudu mkn marjerin cap pelangi
panaskan minyak + marjerin sampai cair.
Air sejuk ada ais (air paip boleh juga)
+ sikit garam.
Sukatan air agak2 ya.
*saya guna air sejuk coway
Cara-cara:
Gaul rata myk panas + marjerin bersama adunan tpg gndum + tpg beras.
Tuang air garam sikit2 sampai jd doh.
Biarkan 15minit (tutup dgn kain atau isi dlm plastik tutup rapat)
*Inti kentang*
Kentang 1kg potong dadu Rebus empuk dan toskan air. Ketepikan.
Udang kering 2sudu mkn*
Bwg besar*
Bwg putih*
Sikit Air utk blender*
2sudu mkn lada kering blender (ikut pedas sendiri)
3-4 sudu makan Rempah kari babas ijau (rempah kari tambah sikit air dan gaul rata..ketepikan)
Garam
Gula
Sikit daun sup yg dihiris.
Blender semua bhn bertanda * di atas.
Panaskn minyak dalam kuali. Tuang bahan blender. Masak hingga garing dan naik bau. Buh rempah kari yang dicampur sikit air. Kacau rata.
Buh garam dan gula..perasakan. Gaul rata. Masak sampai rempah kari garing..kerap kacau api sederhana atau kcik sket.
Masuk kan kentang yg direbus td. Gaul rata sampai kering tiada air. Tutup api. Tabur daun sup dan kacau rata. Sejuk kan.
PETUA INTI TAHAN LAMA
Nota :
Saya buat kaedah rebus kentang.
Sebab belajar macam tu (samada goreng kentang atau rebus dahulu) untuk kaedah memfrozenkan bagi inti tahan lama sebab kering.
Selamat mencuba!
Kredit: Zanna Kassim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tomato puree atau puri tomato adalah antara bahan masakan yang sering ada di rumah. Selalunya bahan masakan ini, kita beli je di kedai. Bagaimana pun, bagi yang suka kepada bahan masakan tanpa pengawet, boleh cuba buat sendiri di rumah.
Menerusi perkongsian seorang surirumahtangga, Puan Rita Nadz,ini boleh boleh dijadikan panduan untuk buat bahan masakan ini. Menurutnya, puri tomato ini boleh bertahan sehingga seminggu. Sesuai bagi yang suka buat pizza, spaghetti, lamb shank dan sebagainya. Memang rasa fresh!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Sebelum di kukus
Bahan-bahan:
12-15 tomato 2- 3 keping beet root * Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli.
Cara penyediaan:
Setelah dikukus 20-25 minit
Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet root.
Kisar tak perlu tambah air
Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak).
Simpan dalam botol kaca Boleh tahan dalam 1 minggu camtu walaupun kita tak guna apa² pengawet. Nak terus minum pun boleh.
Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni.
Gambar hiasan.
Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa apa² je la yang kalian suka.