Aktor Datuk Fizz Fairuz berkongsi keadaan terkini isterinya, Datin Almy Nadia, yang terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan ada ketumbuhan cyst dan hamil di luar rahim.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Perkongsian ini menjadi perhatian ramai apabila Datuk Fizz Fairuz memuat naik video isterinya, Datin Almy Nadia yang telah dimasukkan ke hospital.

“Ada Cyst & Kandungan Luar Rahim Takut Pecah…”-Almy Nadia Terpaksa Dibedah Serta Merta!

Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan mempunyai ketumbuhan cyst dan hamil luar rahim. Datuk Fizz juga memohon warganet mendoakan agar dipermudahkan urusannya.

Difahamkan untuk mengelakkan cyst pecah dan memberi kesan kepada kandungan, doktor mencadangkan agar pembedahan dilakukan secepat mungkin.

“Ada Cyst & Kandungan Luar Rahim Takut Pecah…”-Almy Nadia Terpaksa Dibedah Serta Merta!

IKLAN

Menurutnya lagi sebagaimana memetik laporan mStar, ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke dalam hospital bagi menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat lalu.

“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujarnya.

Suami Almy Nadia itu juga turut memaklumkan bahawa keputusan  untuk membuat pembedahan dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.

“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.

“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” katanya.

IKLAN

Kata Datuk Fizz lagi, keadaan kesihatan isterinya kurang baik serta mengalami lemah badan sejak kebelakangan ini. Isterinya menunjukkan simptom seperti cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah.

Meninjau pada hantaran video terkini, Datuk Fizz telah berkongsi satu lagi video keadaan terkini isterinya selepas pembedahan. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar.

“Dah ok.. settle operation buang cyst smlm,arini dah ok.. tapi blom kuat .. insyallah,esok blh keluar kot.. hope lahhh hahahaha.. @almynadiaofficial ,rest jelah k..anak,basuh baju,lipat baju,kemas rumah,antar anak sekolah saya buat hahahaha.. don’t worry,” jelas Datuk Fizz di ruangan kapsyen videp tersebut

Rata peminat dan rakan artis mengucapkan syukur di atas kejayaan pembedahan tersebut dan mendoakan agar segera sembuh buat Datin Almy Nadia.

IKLAN

 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI