Bila lihat ada lebihan nasi pada pagi hari, sayang juga jika tidak dibuat menu sarapan. Selain enak dibuat nasi goreng, apa kata anda mencuba resipi cucuk nasi seperti yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini.
Difahamkan anak-anak dan keluarganya amat menyukai rasa cucur nasi ini. Jadi bolehlah dicuba resipi ini, alang-alang ada lebihan nasi di dapur. Jom semak.
Cucur Nasi Lemak Manis
Hari ni kebetulan ada nasi lebih, saje je buat cucur nasi lemak manis untuk breakfast. Cucur ni saya selalu buat masa Fydh susah makan dulu sebab ni antara kudapan yang mengenyangkan (ada nasi) & 1 famili pun suka makan.
Ads
Cucur nasi lemak manis ni walaupun boleh guna air panas je, tapi saya suka guna teknik buat churros.
Sebab kekadang kalau guna air tak betul-betul panas, boleh menyebabkan tepung tak cukup masak. Kalau tepung tak masak, boleh jadi liat cucurnya.. Bila nak goreng lak, macam biasa gak saya selalu gunting-gunting je sebab nak cepat.
Cucur Nasi Lemak Manis
=====================
Ads
1 cawan tepung gandum
½ cawan nasi dilenyek
½ cawan air
½ cawan santan
2 sudu makan susu tepung (optional)
5-6 sudu gula
Secubit pink salt
Cara-cara:
1. Lenyek/blend nasi dengan sedikit air (dari ½ cawan air tadi)
2. Campur semua bahan kecuali tepung. Didihkan dalam periuk.
2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau laju-laju. Tutup api apabila bancuhan agak kering.
3. Kacau bancuhan tepung tadi hingga licin & tak berketul-ketul.
Ads
4. Masukkan dalam piping bag/plastik bungkus makanan & gunting-guntingkan.
5. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Ekstra tip
*selepas masukkan tepung, bancuhan sepatutnya akan berwarna agak kekuningan sikit (kerana adunan tepung dah masak)
*celup hujung gunting dalam minyak untuk mudahkan proses menggunting
*bagi anak 1-2 tahun, skip garam & boleh gantikan gula dengan madu (lagi sedap)
Aiskirim Kacang Merah Lemak-lemak Manis, Sambil Makan Boleh Kunyah-kunyah Kacang
Aiskrim kacang merah yang lemak-lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Cuaca panas-panas sekarang ini memang best kalau dapat makan aiskrim kacang merah. Terasa sejuk ditekak. Asyik mengunyah kacang dalam aiskrim yang sengaja tidak dikisar halus.
Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti sejuk. Jika teringin, ambil sahaja. Bila buat sendiri, anak-anak boleh makan banyak kali. Puas hati bila tengok anak-anak suka makan hasil air tangan sendiri.
Jomlah kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini.
RESIPI AISKRIM KACANG MERAH
Bahan-bahan:
350 gram kacang merah
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.
2. Didihkan air, masukkan gula.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.
4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.
5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.
6. Bila sudah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.
Ada orang kata makan nasi lemak rahsia kesedapannya terletak pada lemaknya rasa nasi tersebut, ada juga yang beranggapan nasi lemak paling sedap terletak pada rasa sambalnya.
Tapi tak kurang juga mengatakan makan nasi lemak tak sempurna kalau tidak dihidangkan bersama ikan bilis yang digoreng rangup.
Oleh itu, di sini dikongsikan petua untuk dapatkan hasil gorengan ikan bilis yang rangup malah boleh tahan lama.
Jom semak!
Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup
Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah uols cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis uols akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Musim PKPB ni, sudah tentu stok roti ada di rumah. Maklumlah duduk di rumah jer kan tentu rasa lapar.
Jika asyik bakar roti, roti celup telur dan roti cicah air kopi, apa kata cuba buat resipi mudah ini yang menggunakan bahan asas roti sebagai bahan utama.
Apa kata cuba buat resipi Roti Bingka. Cara nak buat pun mudah. Ini resipinya.
Potong kotak2 roti tawar dan rendam bersama 2 gelas Santan. Kemudian kocok telur,Gula ,esen vanilla dan 1 gelas Santan tadi dan juga masukkan tepung sedikit2 Masukan adonan kedalam roti yg terendam tadi sampe rata. Oleskan loyang dgn sedikit margerin dan tuangkan adunan .. Bakar Adunan dgn suhu 130 sampai kekuningan….siap tunggu sejuk baru potong.. Slmt mencuba! Kredit : group resepi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...