Membaca perkongsian daripada Puan Siti Azfa Ahmad ini berkenaan kenapa Perdana Menteri menyarankan Encik Suami yang diberi kebenaran untuk membeli barang keperluan sepanjang PKP ada logiknya.
Bayangkan jika kita kaum wanita yang keluar berbelanja. Masa 30 minit pasti belum cukup untuk buat pilihan walaupun senarai barangan yang ingin dibeli sudah tertulis.
Ayuh kita baca lagi sebab-sebab lain yang dirasakan ada logiknya. Jom semak.
Arahan sepanjang PKP hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan,
Sebab ape kebenaran tu diberi kepada ketua keluarga?
Penolong ketua keluarga x berkaliber ke nak membeli barang keperluan sedangkan selama ni urusan pembelian penolong ketua keluarga yang uruskan,
Sebenarnya PM kita dah nampak dah situasi yang akan jadi bila penolong ketua keluarga yang keluar membeli,
Contohnya dalam senarai ada 10 barang yang hendak dibeli,
Maka penolong pun bersiap sedia membuat pembelian,
Dalam kepala dia dah ada pelan susun atur rak2 barangan di pasaraya tersebut,
Dia pun masuk ke lorong rak yang menjual tepung gandum,
Dia amik tepung gandum yang memang ada dalam senarai barangan yang hendak dibeli,
Tiba2 dia terpandang serbuk koko
Dia terfikir ,
Resepi kek marble azlina ina yang dia share petang tadi belum buat lagi,
Ads
Sedap jugak makan kek marble petang2 sambil minum air kopi,
Dia pun amik serbuk koko,
Nak buat kek kena guna baking powder, Dia amik pulak baking powder, Selesai urusan kat rak tepung,
Dia pegi pulak kat rak mee kuning, Dalam senarai barangan ada tertulis mee kuning,
Dia amik mee kuning, Sebelah rak mee kuning dia nampak pulak kuetiau dok tergolek2 kat tepi tu,
Tiba2 dalam kepalanya terbayang wajah anak keduanya
Kak ngah suka makan kuetiau goreng,
Kalau masak kuetiau goreng bertambah2 dia makan,
Jadinya mee pun dia amik kuetiau pun amik,
Dia pegi pulak kat lorong sayur,
Ads
Dalam senarai ada sayur sawi je yang hendak dibeli,
Dia pun amik sayur sawi,
Eh, segar2 pulak kangkung dengan bunga kobis ni,
Geram pulak tengok sayur segar2 ni,
Akhirnya selain sawi,kangkung n bunga kobis pun dia amik,
Begitulah keadaannya bila dia masuk ke lorong jual ayam dan lorong2 yang lain2 nya,
Sedar tak sedar penuh troli barang yang hendak dibeli,
Dia pun beratur nak bayar ,
Ads
Sambil beratur tu dia dok scan lagi barang ape yang dia blom beli
Alamak!!
Milo lupa nak amik,
Dan sesungguhnya dia sanggup keluar barisan untuk amik sepeket milo tersebut,
Rupanya senarai barangan yang ditulis tu ada sambungannya,
Kat mana sambungannya,
Sambungannya dalam kepala dia,
Ada ke dia risau duit x cukup bila nak bayar,
Jarang terjadi x cukup duit masa nak bayar sebab dia dah tahu perkara ni akan terjadi n dia standby duit lebih awal2 lagi,
Jadi nampak tak kenapa PM hanya benarkan ketua keluarga yang keluar beli barang,
Sebabnya kebanyakan penolong menghadapi kesukaran untuk patuh kepada senarai barangan yang tertulis pada kertas,
Langkah penjimatan sangat susah nak dibuat bila penolong yang berbelanja,
Penjagaan kesihatan tubuh badan amat penting bagi semua individu, apatah lagi semakin meningkat usia semakin berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Pastinya kita tidak mahu tubuh badan yang luarannya nampak sihat namun tiba-tiba rebah dek kerana serangan jantung, strok dan sebagainya.
Berkongsi tentang pengambilan makanan yang sihat, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan dan juga Blogger, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat sangat penting dalam membantu tubuh badan seseorang itu lebih sihat dan sekali gus dapat mengurangkan risiko serangan jantung yang boleh menjadi penyebab kematian mengejut.
Turut dikongsikan juga di instagramnya berkenaan pemakanan sihat yang diamalkan olehnya setelah memasuki umur 40an dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita semua. Ini perkongsiannya.
Sarapan Minyak Zaitun & Air Kopi Stevia
Photo by Roberta Sorge on Unsplash
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya memang malas sebab perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja-kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Puasa 15 Jam
Photo by Ocean Ng on Unsplash
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yang makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Kurangkan Makan
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam-macam cerita kawan-kawan.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang sergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi.
Berhati-hati Pilih Makanan
Maka saya memang berhati-hati dengan makanan yang ada terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-sayuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas.
Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tentu ada antara kita yang pernah menanam jagung di laman rumah, apatah lagi buat mereka yang gemar bercucuk tanam. Pun begitu, ramai juga yang berasa kecewa bila melihat tanaman jagung tidak menghasilkan tuaian jagung yang padat isinya.
Lantaran itu, apa kata anda ketahui cara atau langkah-langkah untuk pastikan tanaman jagung dapat dituai dengan sebaiknya. Ini seperti mana tips yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah.
Menurut perkongsiannya ada 12 langkah yang boleh dipraktikkan untuk dapatkan hasil jagung yang padat isi. Nak tahu lanjut jom kita baca perkongsian di bawah.
12 Steps Paling Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah
Minggu lepas saya kutip jagung yang ditanam oleh Muhammad Aqeel. Aqeel anak kedua saya, usia baru 5 tahun.
Aqeel tanam tak banyak, hanya 4 point sahaja. 1 point 2 biji benih. Tanam biji terus di dalam petak tanaman.
Hanya 5 pokok yang hidup. Walaupun 5 pokok, hasilnya sangat ohsem. Dapat 8 tongkol. Ada 3 pokok yang hasilkan 2 tongkol buah jagung. Yang paling bestnya, semua 8 tongkol tu gred A dan isi ketat – ketat.
Aqeel tukang tanam je ya. Bila dah tumbuh, abahnya yang tolong jaga.
Baik ini tipsnya.
1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.
2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1 point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Aqeel tanam 4 point.
3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.
5. Umur 10 hari dah boleh start siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.
6. Ulang langkah no 5 dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.
7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.
8. Ulang langkah no 7 dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang tu, seminggu sekali pun ada saya sembur.
9. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja.
10. Ulang langkah no 9 hingga pokok berumur 30 hari.
11. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS.
12. Ulang langkah no 11 hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.
Kaedah ini saya telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya saya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.
Daun selom sering dijadikan pilihan untuk menikmati ulam-ulaman. Selain sedap dimakan, daun selom mengandungi banyak khasiatnya.
Menurut perkongsian di fb FAMA, berkongsi info berkenaan khasiat daun selom di mana daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serabut.
Daun dan batangnya dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala jengking dan bengkak kerana kanser.
Air rebusannya boleh diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan berak berdarah.
Manakala biji selom dijadikan penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom dijadikan perangsang buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.
Sehubungan dengan itu, Ibrisam ada berkongsi rasa keterujaannya setelah 2 bulan menanam selom, hasilnya cukup puas hati.
Alhamdulillah setelah 2 bulan tanam pokok selom, hari ini buat kali pertamanya kutip hasil. Rasa teruja pulak.
Rasa puas hati dapat petik sendiri. Ikut suka hati nak petik banyak mana pun. Kalau beli kat pasar kena berkira-kira juga nak ambil.
Nanti bolehlah buat ulam dan sedikit kerabu. Paling sedap buat kerabu selom + isi kerang…
Ramai yang bertanya macam mana saya tanam selom. Di sini saya kongsikan caranya.
1. Saya guna tanah bakar + sedikit pasir + cocopeat + tahi kambing.
2. Siram air 2x sehari.
3. Siram air basuhan beras dan air basuhan ikan.
4. Beri baja kopi dan baja AB seminggu sekali.
5. Utk mengekalkan keadaan tanah utk sentiasa lembab dan basah, kena buat mulching/sungkupan pada pangkal pokok dan sekitarnya. Saya guna cocopeat sahaja. Nak guna daun-daub kering pun boleh.
Pokok selom ni suka pada keadaan tanah yang lembab.
Itu sahaja yang saya lakukan pada pokok selom. In syaa Allah suburlah nanti.