Orang perempuan ini walaupun pakar memasak sekali pun tetapi kadang kala ada juga yang tidak tahu atau rasa takut setiap kali ingin menukar tong gas yang baru. Betul tak?
Lebih-lebih lagi jika pernah mengalami situasi di mana usai memasukkan kepala gas di tong gas yang baharu, tiba-tiba terdengar bunyi dan terhidu bau gas. Apa yang difikirkan saat itu, mesti sesuatu yang membimbangkan.
Lantas, dengan segera kita akan mencabut kembali kepala gas dan tidak berani untuk meneruskan urusan memasak sehingga masalah tersebut dapat di atasi. Jalan paling mudah, kita tunggu sahaja hingga suami pulang dan selesaikan masalah tersebut.
Jadi ada baiknya kita kaum ibu tambah ilmu berkenaan ini. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Cikmin Macaron di akaun facebooknya. Semoga bermanfaat.
Pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat berkongsi wajah serta nama anak sulung mereka di Instagram (IG) Selepas Seminggu dilahirkan.
Menerusi perkongsian tersebut, Nabil dan Ayda memuat naik satu rakaman video pendek yang memaparkan wajah puteri sulung yang dilahirkan pada 21 September lalu.
Dalam masa yang sama, mereka turut mendedahkan nama anak perempuan mereka dengan memilih nama Ana Nayla Ahmad Nabil. Malah pasangan ini juga turut membuka satu akaun rasmi buat anak kecil itu.
Ana Nayla binti Ahmad Nabil. @ananaylaofficial. Assalamualaikum uncles and aunties! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya.
Kalau dilihat dari segi penampilan, memang nampak selebriti dan juga angkasawan pertama negara ini sangat moden orangnya.
Malah, dia sangat menitikberatkan soal pendidikan pada anak-anak. Bukan sekadar didikan duniawi, bahkan bab keagamaan cukup dijaga.
Tidak hairanlah anak-anaknya sudah boleh menghafal surah di dalam al-Quran walaupun masih kecil. Anak sulungnya Bella sudah khatam al-Quran sewaktu usianya 6 tahun lagi.
Setiap postingnya di laman instagram juga memberi inspirasi dan panduan kepada ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak. Bahkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak kisah membalas setiap komen dan pertanyaan pengikutnya cukup disenangi.
Baru-baru ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar memuat naik posting mengajar Bella, anak sulungnya menghafal surah Al-Maun.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar, setiap malam ahad adalah waktu untuk anaknya menghafal surah walaupun pendek.
Sukar buat seseorang untuk menerima orang baharu untuk menjadi ahli keluarga. Dalam hal ini, anak Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, melembutkan hati untuk menerima Muhamad Sufian sebagai ayah tirinya.
Dayini, 25, merupakan anak daripada perkahwinan Mas Idayu dan bekas suaminya, pelakon Aman Graseka. Perwatakan Muhamad Isa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi adalah sebab utama Dayini menerima kehadirannya dengan hati dan minda yang terbuka.
Anak Ratu Dangdut itu bukanlah mengalir air tangisan sedih pada hari perkahwinan ibunya tetapi tangisan bahagia kerana ibunya bertemu jodoh selepas 16 tahun berseorangan.
“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka. Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa. Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya” kata Dayani.
“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan. Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain. Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.