Tidak dinafikan kebanyakkan rumah moden hari ini, bilik tidur disertakan dengan tandas. Ia bertujuan memudahkan penggunaan kepada pemilik rumah. Bagaimana pun, perkongsian seorang arkitek ini menarik untuk diketahui apabila beliau mempersoalkan reka bentuk tidak mematuhi syariah. Justeru, jadikan ulasan beliau untuk peringatan dan kebaikkan bersama.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Gambar hiasan
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
*Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.*
SUAMI ISTERI PUN BOLEH BERGADUH
Ads
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah dulu saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Ads
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
*1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”* (HR. Bukhori 5624).
Ads
*2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).*
*Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.*
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
Kegembiraan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha dua beradik bersama ayah, ibu tiri dan ibu saudara di Kampung Brisu, Alor Gajah bertukar tragedi apabila kelima-lima mereka maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Jelatang, Alor Gajah semalam.
Ibu kepada dua remaja itu, Rosziati Muktar berkata dua anaknya, Alia Azahar, 17, dan Alissa Azahar, 15, seakan memberi petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya apabila mula menunjukkan kelakuan luar biasa sejak kebelakangan itu.
Antaranya, mereka kerap ingin mencium tangan ibu mereka serta sering kali memuat naik status di aplikasi WhatsApp berhubung keinginan untuk bermandi-manda.
Ujar perunding kecantikan berusia 36 tahun itu, dia sudah merancang untuk membawa dua anak kesayangannya itu ke taman tema air di Batu Pahat, namun terpaksa membatalkan hasrat itu selepas bapa mereka yang menetap di Perak ingin mengambil dua remaja berkenaan.
“Dia cakap sentiasa update status dekat WhatsApp yang dia teringin nak mandi kat Wet World Batu Pahat, sebab itulah saya adjust cuti untuk bawa mereka pergi Selasa ini,” ujar Rosziati yang menerima panggilan daripada polis sekitar 10.30 malam tadi sejurus pulang dari tempat kerja.
Katanya lagi, pada awalnya dia menyangka anak-anaknya hanya mengalami kecederaan sebelum dihubungi semula polis yang memaklumkan anak-anak serta bekas suaminya maut.
Ujar Rosziati, kali terakhir mereka berhubung dengannya ialah sekitar 6.30 petang Jumaat yang memaklumkan mereka singgah makan di Muar selepas diambil oleh bekas suaminya sekitar 3.30 petang.
Katanya, dia difahamkan, dua anaknya bersama bekas suami dan isteri yang baharu dikahwini serta kakaknya yang tinggal sebatang kara akan menyambut Aidil Adha di kampung halaman suaminya di Alor Gajah.
Terdahulu dalam kejadian sekitar 9.40 malam itu, dua beradik berkenaan disahkan maut selepas kenderaan dipandu bapa mereka, Azahar Ahmad, 57, dirempuh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.
Turut terkorban ibu tiri Halimahtun Aris Padzil, 24, dan ibu saudara Habibah Ahmad, 62, yang menaiki kenderaan sama.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selamat bergelar bapa pada Isnin lalu selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan, Azmi Saat meluahkan rasa syukur malah berterima kasih kepada semua yang banyak membantunya dari awal kehamilan.
Luah Azmi lagi menerusi media sosialnya, dia dan isteri yang sudah pun dibenarkan pulang ke rumah amat berterima kasih pada semua.
Bukan itu sahaja bahkan Azmi juga turut berkongsi perkembangan terkini buah hatinya, Khalisa yang kini sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah demam kuning.
“Saya, isteri dan Khalisa masih di hospital. Insya-Allah kejap lagi dah boleh balik.
“Alhamdulillah Khalisa dan ibu sihat. Khalisa belum nampak ada kuning. Harap-harap dia akan terus sihat.
“Sedang duduk sementara tunggu masa untuk keluar, tiba-tiba dapat lawatan dari pihak pengurusan UKMSC. Siap bawa hadiah lagi.
“Terima kasih banyak-banyak atas layanan yang sangat baik tak kira doktor, jururawat dan semua pekerja di sini. Kami sangat menghargainya,” kongsinya.
Allah rezekikan bertemu dengan doktor hebat
Melalui perkongsiannya, Azmi turut berterima kasih kepada doktor yang membantunya dari awal kehamilan sehinggalah menyambut kelahiran bayi perempuannya pada Isnin lalu.
Detik pertemuan yang tidak disangka-sangka bersama Prof Azurah, seperti yang dikongsikan oleh Azmi rupanya menjadi asbab rezeki hebat dari Allah SWT.
“Antara keajaiban Tuhan yang saya dan isteri dapat rasai adalah bertemu dengan wanita hebat yang berada di sebelah isteri itu. Beliau adalah pensyarah dan pakar perunding kanan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di PPUKM. Beliaulah yang bertanggungjawab memeriksa kandungan sampailah membuat pembedahan untuk isteri saya melahirkan puteri kami.
“Saya mula kenal Prof Azurah adalah waktu sesi temubual di TV 3 dalam rancangan Helo Doktor pada bulan Oktober tahun lepas. Waktu itu kami berbincang tentang Kemurungan Pasca Kelahiran. Selesai bersiaran, sempat kami berbual. Barulah kami tahu rupanya kami tinggal di kawasan yang berhampiran. Terus Prof tawarkan untuk hantar saya balik. Tak perlu saya tempah Grab.
“Semasa dalam perjalanan balik, Prof Azurah maklumkan sekiranya saya dan isteri berhasrat untuk buat IVF, beliau sedia membantu. Tanpa disangka rupanya Prof bantu saya bukan untuk urusan IVF tapi terus ke urusan mengandung. Hehehe.
“Kalaulah kalian tahu betapa baiknya layanan Prof kepada kami, pasti kalian turut merasakan betapa kami bersyukur dengan apa yang Allah rezekikan kepada kami. Ia benar-benar keajaiban Tuhan untuk kami. Terima kasih dari lubuk hati kami yang paling dalam buat Prof Azurah dan pembantu-pembantunya.
“Semoga Allah limpahkan keberkatan kepada kalian, peroleh kejayaan dan kesejahteraan di Dunia, bahkan lebih lagi di Akhirat nanti,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazirah Mohammad selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 6 November lalu selepas pemergian anak pertama, Khairul Afnan pada tahun 2020 kerana mempunyai masalah pernafasan selepas lahir.
Kisah seram sudah membuatkan kita meremang bulu roma. Jika boleh mahu mengelak mendengarnya.
Malah menghadapi situasi begini sudah tentu tidak. Namun kadang kala faktor kerja kita terpaksa melaluinya kerana tiada pilihan.
Bagi lelaki ini Mohmd Zaidi menerusi facebook miliknya berkongsi kisah seram yang tidak dapat dilupakan ketika membaiki sebuah van jenazah.
Biarpun kejadian itu telah lama berlalu iaitu pada tahun 2015 ia masih ‘melekat di mindanya yang masih lagi menjadi misteri dalam hidupnya.
Dapatkan Karangkraf Al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk & Sofia Muslimah dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Van Jenazah Terbakar semasa Pulang dari hantar jenazah ke tanah perkuburan… [TAHUN 2015]
6 bulan tersadai di sebuah masjid di petaling jaya.. Semua pomen tak nak repair.
Last sekali saya yang terpaksa repair walaupun dah menolak kerana alasan kos repair melebihi rm10k.
Pendekkan cerita van di tarik ke workshop. Ketika itu sampai di workshop saya tepat waktu Maghrib.. Tanpa angin dan mendung, hujan tiba2 turun dengan lebat seketika waktu. Bermulalah episod yg sungguh tak dapat dilupakan.
Pengalaman ni memang lama… Hanya saya dan sorang je pembantu yang sanggup membaikinya… Staff yg lain semua tak nak tolong.
Apa yang peliknya, saya hanya boleh baiki van jenazah ni selepas waktu kerja… Iaitu dari jam 8.00 malam hingga sebelum 12 tgh malam. Staf yang lain cepat2 balik bila diorang tau saya nak repair van jenazah tersebut.
Kerja baiki ni mengambil masa lebih kurang 3 bulan…
Ramai yang jumpa wanita dalam van jenazah tersebut…
Ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..
Bayangkanlah waktu mula nak baiki… Bekas tanah kubur, kain pelapik keranda dan bau mayat masih kuat dalam van tersebut…
Memang menyeramkan…
Van jenazah tak dapat masuk ke dalam bengkel kerana semua staff tak setuju…
Jadi saya hanya baiki di luar Workshop sahaja dan hanya berbekalkan lampu ayam…
Kawasan sekeliling memang gelap.. Hanya ada lampu jalan dan lampu ayam je pada waktu itu…
Ini pengalaman saya… Ada yang mulut celupar semasa van jenazah tersebut berada di bengkel saya… Setahu saya ada yang akan mengekori dia semasa balik ke rumah…
Ada seorang rakan saya buat lawak ketika van jenazah sampai ke bengkel saya… Dia kata sambil berlawak… “Keranda Tak ikut sekali ker?”
Dan Apa yang berlaku semasa dia pulang ke rumah, Ada Makhluk yang mengekori sampai dalam rumahnya…
Esoknya dia ceritakan kepada saya perkara yg berlaku pada diri dia…
Saya cuma nak kongsi pengalaman membaiki van jenazah…
Hari ni ramai lak member yg berdekatan bengkel saya berkongsi cerita van jenazah tersebut…
Meremang Bulu Roma
Saya pulak yg jadi seram…
Rupanya mereka ni dah pernah nampak benda yg tak kena semasa mereka lalu kat van jenazah ni pada waktu malam…
Patutla tak da yg nak singgah masa saya repair van jenazah ni…
Ada yang nampak wanita dalam van semasa mereka lalu depan bengkel saya pada waktu malam…
Lampu van jenazah tiba2 menyala sendiri padahal wiringnya habis terbakar. Sekumpulan Anjing Akan berkerumun dekat van jenazah ni dan ada yang menyalak..
Adoi..
Saya ada perasan gak, sepanjang saya repair di waktu malam, tak ada sorang member bengkel pun yang singgah nak lepak ngan saya…
Rupanya diorang ada nampak wanita dalam van jenazah ni… Kalu saya tau, dah lama saya cabut lari… Bau kapur barus dan mayat tu memang la ada… Tapi tak terpikir lak ada penunggu sedang memerhati saya dan pembantu saya semasa buat kerja. ..
Sampai brother yg nak buat inspection van jenazah kat puspokom tu pun jumpa ada wanita dalam van jenazah ni…
Bukan setakat tu je… Van jenazah tu buat perangai masa nak ke puspakom. Betul2 dugaan dari mula saya repair sampai nak serah kunci kepada pihak masjid…
Banyak lagi perkara yang saya alami sepanjang membaiki van jenazah tersebut. Yang masih saya ingat, radio hidup sendiri, kuat pulak tu, mau tak terperanjat dibuatnya dah la malam sunyi..
Lampu siren atas bumbung sesuka hati dia je nak menyala. Bahagian belakang van memang bahagian yang paling seram nak dibersihkan… Nasib baik keranda pihak masjid dah keluarkan. Itu pun saya pesan sebelum hantar ke bengkel saya…
Meremang bulu roma masa nak bersihkan bahagian belakang van jenazah ni.. Mau taknya, kain batik tutup jenazah, tanah kubur, serpihan kain kapan, dibiarkan berselerak kat belakang… Confirm dah digunakan untuk urusan jenazah yang meninggal…
Yang akhirnya saya sendiri rebah lepas van jenazah tersebut berjaya disiapkan dan dipulangkan ke pihak masjid..
Mungkin badi orang yang meninggal melekat kat badan saya… Semangat saya ketika itu dah hilang.
Alhamdulillah seorang pak cik telah mengubati saya… Tapi pak cik tu meninggal dunia tak lama selepas mengubati saya…
Kenapa staff yang bantu saya tu relax je macam takda apa2 perasaan takut?
Barulah saya tau sepanjang dia bantu saya membaiki van jenazah tersebut, rupanya dia layan ice.. Patutla dia relax je… Dah berhenti kerja pun dia…
Persoalan yang masih bermain di fikiran saya sampai sekarang, siapa wanita yang diorang katakan tu?…
Mungkin jelmaan wanita yang diorang jumpa dalam van jenazah tu tak aman.. Rohnya mungkin ada masalah semasa di dunia… Wallahualam… Kita sedekahkan Al-Fatihah pada roh beliau… Semoga roh wanita itu dirahmati Allah SWT…
Jila tak silap saya tak kurang 4 orang yang nampak jasad wanita itu dalam van jenazah tu…
Ok… Hanya nak berkongsi pengalaman je. .
Pesanan… Jangan selalu tengok cermin belakang semasa memandu di waktu malam yang gelap…
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.