Kisah seram sudah membuatkan kita meremang bulu roma. Jika boleh mahu mengelak mendengarnya. 

Malah menghadapi situasi begini sudah tentu tidak. Namun kadang kala faktor kerja kita terpaksa melaluinya kerana tiada pilihan. 

Bagi lelaki ini Mohmd Zaidi menerusi facebook miliknya berkongsi kisah seram yang tidak dapat dilupakan ketika membaiki sebuah van jenazah. 

 Biarpun kejadian itu telah lama berlalu iaitu pada tahun 2015 ia masih ‘melekat di mindanya yang masih lagi menjadi misteri dalam hidupnya. 

Dapatkan Karangkraf Al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk & Sofia Muslimah dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini

Van Jenazah Terbakar semasa Pulang dari hantar jenazah ke tanah perkuburan… [TAHUN 2015]

6 bulan tersadai di sebuah masjid di petaling jaya.. Semua pomen tak nak repair.

Last sekali saya yang terpaksa repair walaupun dah menolak kerana alasan kos repair melebihi rm10k.

Pendekkan cerita van di tarik ke workshop. Ketika itu sampai di workshop saya tepat waktu Maghrib.. Tanpa angin dan mendung, hujan tiba2 turun dengan lebat seketika waktu. Bermulalah episod yg sungguh tak dapat dilupakan.

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

6 Bulan Van Jenazah Tersadai, Mekanik Ini Kongsi Kisah Benar, Ramai Meremang  Bulu Roma.

Pengalaman ni memang lama… Hanya saya dan sorang je pembantu yang sanggup membaikinya… Staff yg lain semua tak nak tolong.

Apa yang peliknya, saya hanya boleh baiki van jenazah ni selepas waktu kerja… Iaitu dari jam 8.00 malam hingga sebelum 12 tgh malam. Staf yang lain cepat2 balik bila diorang tau saya nak repair van jenazah tersebut.

Kerja baiki ni mengambil masa lebih kurang 3 bulan…

Ramai yang jumpa wanita dalam van jenazah tersebut…

Ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..

Bayangkanlah waktu mula nak baiki… Bekas tanah kubur, kain pelapik keranda dan bau mayat masih kuat dalam van tersebut…

Memang menyeramkan…

Van jenazah tak dapat masuk ke dalam bengkel kerana semua staff tak setuju…

Jadi saya hanya baiki di luar Workshop sahaja dan hanya berbekalkan lampu ayam…

IKLAN

Kawasan sekeliling memang gelap.. Hanya ada lampu jalan dan lampu ayam je pada waktu itu…

Ini pengalaman saya… Ada yang mulut celupar semasa van jenazah tersebut berada di bengkel saya… Setahu saya ada yang akan mengekori dia semasa balik ke rumah…

Ada seorang rakan saya buat lawak ketika van jenazah sampai ke bengkel saya… Dia kata sambil berlawak… “Keranda Tak ikut sekali ker?”

Dan Apa yang berlaku semasa dia pulang ke rumah, Ada Makhluk yang mengekori sampai dalam rumahnya…

Esoknya dia ceritakan kepada saya perkara yg berlaku pada diri dia…

Saya cuma nak kongsi pengalaman membaiki van jenazah…

Hari ni ramai lak member yg berdekatan bengkel saya berkongsi cerita van jenazah tersebut…

Meremang Bulu Roma

Saya pulak yg jadi seram…

Rupanya mereka ni dah pernah nampak benda yg tak kena semasa mereka lalu kat van jenazah ni pada waktu malam…

Patutla tak da yg nak singgah masa saya repair van jenazah ni…

Ada yang nampak wanita dalam van semasa mereka lalu depan bengkel saya pada waktu malam…

Lampu van jenazah tiba2 menyala sendiri padahal wiringnya habis terbakar. Sekumpulan Anjing Akan berkerumun dekat van jenazah ni dan ada yang menyalak..

IKLAN

Adoi..

Saya ada perasan gak, sepanjang saya repair di waktu malam, tak ada sorang member bengkel pun yang singgah nak lepak ngan saya…

Rupanya diorang ada nampak wanita dalam van jenazah ni… Kalu saya tau, dah lama saya cabut lari… Bau kapur barus dan mayat tu memang la ada… Tapi tak terpikir lak ada penunggu sedang memerhati saya dan pembantu saya semasa buat kerja. ..

Sampai brother yg nak buat inspection van jenazah kat puspokom tu pun jumpa ada wanita dalam van jenazah ni…

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Bukan setakat tu je… Van jenazah tu buat perangai masa nak ke puspakom. Betul2 dugaan dari mula saya repair sampai nak serah kunci kepada pihak masjid…

Banyak lagi perkara yang saya alami sepanjang membaiki van jenazah tersebut. Yang masih saya ingat, radio hidup sendiri, kuat pulak tu, mau tak terperanjat dibuatnya dah la malam sunyi..

Lampu siren atas bumbung sesuka hati dia je nak menyala. Bahagian belakang van memang bahagian yang paling seram nak dibersihkan… Nasib baik keranda pihak masjid dah keluarkan. Itu pun saya pesan sebelum hantar ke bengkel saya…

Meremang bulu roma masa nak bersihkan bahagian belakang van jenazah ni.. Mau taknya, kain batik tutup jenazah, tanah kubur, serpihan kain kapan, dibiarkan berselerak kat belakang… Confirm dah digunakan untuk urusan jenazah yang meninggal…

Yang akhirnya saya sendiri rebah lepas van jenazah tersebut berjaya disiapkan dan dipulangkan ke pihak masjid..

 

Mungkin badi orang yang meninggal melekat kat badan saya… Semangat saya ketika itu dah hilang. 

Alhamdulillah seorang pak cik telah mengubati saya… Tapi pak cik tu meninggal dunia tak lama selepas mengubati saya…

IKLAN

Kenapa staff yang bantu saya tu relax je macam takda apa2 perasaan takut?

Barulah saya tau sepanjang dia bantu saya membaiki van jenazah tersebut, rupanya dia layan ice.. Patutla dia relax je… Dah berhenti kerja pun dia…

Persoalan yang masih bermain di fikiran saya sampai sekarang, siapa wanita yang diorang katakan tu?…

Mungkin jelmaan wanita yang diorang jumpa dalam van jenazah tu tak aman.. Rohnya mungkin ada masalah semasa di dunia… Wallahualam… Kita sedekahkan Al-Fatihah pada roh beliau… Semoga roh wanita itu dirahmati Allah SWT…

Jila tak silap saya tak kurang 4 orang yang nampak jasad wanita itu dalam van jenazah tu…

Ok… Hanya nak berkongsi pengalaman je. .

Pesanan… Jangan selalu tengok cermin belakang semasa memandu di waktu malam yang gelap…

Sumber: Mohmd Zaidi

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

 

6 Bulan Van Jenazah Tersadai, Mekanik Ini Kongsi Kisah Benar, Ramai Meremang  Bulu Roma.

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

6 Bulan Van Jenazah Tersadai, Mekanik Ini Kongsi Kisah Benar, Ramai Meremang  Bulu Roma.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI