Bahagia mempunyai pelbagai pengertian buat setiap orang. Ada orang bahagia bila mempunyai harta yang banyak, ada yang mempunyai isteri dan anak-anak dan ahli keluarga yang baik-baik. Malah ada juga anggap bahagia itu apabila diberi kesihatan yang baik.
Sudah pastinya kita semua nak sihat. Bila badan sihat tentu segala urusan kerja dan tangungjawab kepada keluarga dapat dilakukan dengan sempurna.
Begitulah juga dengan coretan seorang doktor ini menerusi perkongsiannya di facebook miliknya, Dr Hana Hadzrami mengenai kepentingannya menderma organ untuk memberi sinar baharu pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang.
Hari ini saya terlibat dalam 2 pembedahan transplan buah pinggang jenis cadaveric.
Seorang penderma yang baru meninggal dunia telah menderma kedua-dua buah pinggangnya atas persetujuan ahli keluarga. Maka beruntunglah dua orang penerima yang boleh memulakan kehidupan baru tanpa dialisis.
Gembira saya melihat peningkatan kesedaran tentang pendermaan organ dikalangan masyarakat kita.
Semenjak 1 Februari saja dah ada 5 transplan buah pinggang berlangsung di hospital ini.
Kesemua penerima muda-muda belaka; berumur lingkungan 20-30 tahun.
Punca kegagalan buah pinggang ada disebabkan oleh komplikasi jangkitan, ada juga disebabkan oleh pengambilan suplemen berasaskan herba dan produk ala sunnah. Ada juga punca yang tak diketahui.
Sebenarnya sumber buah pinggang terbaik ialah dari penderma hidup (living-related), berbanding penderma yang dah meninggal. Lebih berkualiti dan lebih lama jangkahayat organ tersebut.
Adik beradik ramai pun tak boleh bantu jika tiada kesedaran
Semakin ramai masyarakat mempunyai kesedaran untuk menderma buah pinggang buat yang tersayang. Ada suami derma pada isteri; ibu pada anak, kakak pada adik dan sebagainya.
Seorang pesakit saya ada ramai adik-beradik. Namun seorang pun tak boleh jadi penderma sebab tak mampu meninggalkan hobi merokok. Nak jadi penderma organ perlu berhenti merokok.
Tapi begitulah. Cinta pada rokok melebihi cinta pada silaturrahim adik beradik. Harap janganlah sampai melebihi cinta pada Tuhan dan rasul.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Ads
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak setiap kali kita bergambar tentu ada sahaja pelbagai gaya pose yang kita buat namun dalam banyak-banyak gaya tersebut pasti ada satu gaya yang menjadi kesukaan. Bahkan boleh dikatakan setiap gambar yang diambil walau di mana jua pasti ada gaya kita yang satu itu.
Ini sama kisahnya apabila baru-baru ini, anak perempuan kepada pelakon veteran Kamarool Yusoff iaitu Nur Najihah Kamarozaman baru sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM).
Namun apa yang menarik perhatian adalah aksi pelakon veteran yang berusia 64 tahun itu ketika mengambil gambar bersama anaknya apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem ‘Rock Oo!’.
Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.
Melihat gambar tersebut, pengguna laman sosial tercuit hati dan merasakan pelakon yang pernah popular menerusi filem ‘Gila-Gila Remaja’ itu memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga pun bergaya bergitu.
“Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga.”
“Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man,” antara komen-komen pengguna laman sosial.
Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).
“Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda,” tulisnya.
Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!
“Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah.”
“Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah,” komen yang lainnya.
Sarah Hildebrand timang anak sulung, kongsi detik indah di Instagram. Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya.
Perkhabaran manis itu disampaikan sendiri oleh Sarah menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.
Sarah atau nama penuh Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berkongsi foto bersama suami tersayang serta bayi mereka yang baru lahir di bilik bersalin, tidak lama selepas proses kelahiran berlangsung.
Kehadiran si kecil itu nyata mencuri perhatian ramai apabila ruang komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis serta peminat, yang mendoakan agar keluarga kecil ini terus dilimpahi rahmat.
Terdahulu, pada Ogos 2024, Sarah mendedahkan bahawa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat.
Kemudian pada Februari lalu, dia memuat naik foto kit ujian kehamilan di Instagram sekali gus mengesahkan dirinya sedang menantikan kelahiran zuriat sulung.
Untuk makluman, Sarah pernah bernikah dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019. Namun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah meskipun tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian.
Sekadar mengimbas, pelakon popular drama Pujaan Hati Kanda itu pada tahun 2022 pernah mengumumkan pengunduran dirinya daripada industri hiburan.
Selepas itu, Sarah membuat keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat dan menyertai pasukan beruniform Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
Adalah lumrah bagi manusia untuk berasa ‘down’ atau kecewa apabila diri diuji. Tertanya-tanya kenapa Allah turunkan ujian sedemikian. Namun percayalah itu semua adalah cara Dia mahu menguji hambaNya sejauh mana tahap keimanan dan kesabarannya apabila diuji sedemikian.
Percayalah, Dia takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sebagai hambaNya kena sabar dan reda. Ujian itu tanda Allah sayangkan kita. Itu yang patut kita pegang dan tanam dalam diri. Usaha berprasangka buruk ke atasNya.
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.
7 DOA PENENANG HATI YANG UNTUK MENGHILANGKAN STRES, SEDIH, DAN GELISAH
DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
DOA 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
DOA 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
DOA 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
DOA 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.