Adik beradik susah kita bantu, jangan pula pulau, hina, jauhkan diri. Dalam kehidupan, tidak semua orang dilahirkan dengan nasib yang sama. Ada kalanya, adik-beradik kita sendiri menghadapi kesulitan dalam hidup. Mereka mungkin berdepan dengan masalah kewangan, kesihatan, atau cabaran lain yang membuatkan hidup mereka menjadi sukar.
Adik Beradik Susah Kita Bantu, Jangan Pula Kita Pulau, Hina, Jauhkan Diri
Dalam situasi sebegini, adalah penting bagi kita untuk menghulurkan bantuan dan bukannya meminggirkan atau menjauhkan diri daripada mereka. Bantuan yang kita hulurkan kepada adik-beradik yang susah boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Apabila seseorang merasa disokong oleh keluarganya, ia boleh mengurangkan tekanan emosi dan memberikan mereka kekuatan untuk menghadapi cabaran. Adik-beradik yang susah adalah tanggungjawab kita untuk bantu, bukannya untuk dipinggirkan.
Adik Beradik Tak Sama
Kata orang, walau dari rahim yang sama, namun tiap anak tak sama sikap dan juga kebolehan. Ada anak yang dikurniakan akal yang cergas dan bijak, ada anak yang sederhana saja.
Begitu juga dalam kehidupan mereka setelah dewasa. Ada yang lebih cemerlang, bergaji besar dan mampu hidup mewah. Ada juga yang mungkin hidupnya ala kadar saja. Yang hidup seadanya, nak bermewah jauh sekali!
Pandang Rendah
Yang sedihnya, ada di kalangan adik-beradik sendiri yang pandang rendah dengan adik-beradik yang lebih susah hidup mereka. Nak bantu, memang jauh sekali! Kalau sama-sama balik kampung, bersembang pun ala kadar je. Belum lagi bab layan anak-anak saudara yang susah tu. Buat tak tahu je dan tak mesra langsung.
Belum lagi bab mengumpat dan mengata yang susah tu! Ada je yang tak kena di mata si kaya. Alahai! Kenapalah ada yang berperangai macam tu. Takkan dengan darah daging pun nak pilih kasta?
Ads
Bantu Adik-beradik Dulu Sebelum Bantu Orang Lain
Ada yang hidupnya senang, suka menderma sana sini. Tapi, dengan saudara kandung sendiri berkira. Kalau tengok ada yang susah, memang takkan ditolongnya. Lagi afdal tolong orang-orang terdekat dengan kita dulu. Nak kejar pahala, tapi peluang rebut pahala di depan mata diendahkan. Nak bagi sedekah, bagilah pada adik-beradik dan saudara mara yang susah dulu. Ini tak, sibuk dengan bantu orang luar.
Adik Beradik Ada Yang Rasa Rendah Diri
Biasanya adik-beradik yang susah akan ‘sedar diri’. Dia tahu kalau dirinya orang tak berapa suka. Mesti dia akan pinggirkan dirinya. Tak sedih ke tengok keadaan tu? Sepatutnya, yang kayalah kena sentiasa tanya khabar dan dekati yang lebih susah. Hulurkan bantuan sewajarnya.
Besar pahala bila tolong saudara kandung sendiri yang susah. Dapat pula kukuhkan ikatan silaturahim kita. Kata orang, cubit paha kiri, paha kanan pun rasa sakit. Sepatutnya, kalau tengok ada saudara kandung yang susah, kita kena jadi orang pertama yang hulur bantuan.
Ads
Apa gunanya kita berbuat baik dengan orang lain sedangkan dengan saudara kandung sendiri kita pandang sebelah mata je? Kita juga kena ingat, mak ayah kita juga pasti gembira melihatkan anak-anaknya mampu hidup dalam keadaan rukun dan harmoni.
Majlis Konvokesyen ada detik yang cukup dinanti- nantikan setiap pelajar. Inilah harinya segala penat lelah dan usaha sudah berbayar.
Memegang segulung ijazah momen yang cukup indah dan bakal disimpan sebagai kenangan manis dalam hidup. Apatah lagi hari tersebut, kehadiran insan penting seperti ibu bapa di dalam dewan menemani membuatkan anak lebih bahagia.
Itulah perasaan yang dikongsikan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Safija apabila memeluk bapanya seusai menerima skrol ijazah.
Apa yang menariknya, dia memeluk bapa tersayang di atas pentas konvokesyen itu memandangkan bapanya adalah pensyarah di universiti tersebut.
30 years ago my dad escaped the Bosnian war and came to Malaysia as a refugee.
30 years later he is an esteemed professor and was a VIP & was sitting on stage & witnessed me receive my First Class Degree in Political Science (with Honours).
Rupa-rupanya, ada kisah yang cukup menyentuh hati disebalik kejayaan bapanya bergelar pensyarah. Menurut Safija, 30 tahun lalu, bapanya iaitu Dr Spahic Omer adalah seorang pelarian perang yang datang dari Bosnia. Berkat usaha gigih dia berjaya bergelar seorang pensyarah.
Tiada yang lebih membanggakan seorang anak apabila menerima ijazah dengan kehadiran si ayah di bangku VIP sewaktu isitadat konvokesyen berlangsung. Malah, momen anak dan ayah ini berpelukan di atas pentas usai menerima Ijazah Kelas Pertama dalam bidang Sains Politik membuatkan ramai sebak.
Akuinya Safiya, bapanya adalah rakan baik serta insan yang sentiasa memberikan semangat serta sokongan bagi meneruskan pengajian serta kerjayanya kini.
Pengorbanan yang telah dilakukan dari dulu sehingga saat ini sememangnya tidak mampu dibalas dan hanya ucapan terima kasih serta kasih sayang yang berpanjangan mampu diberikan.
so much positivity because of this tweet! thank you all so much for your kindness!
my dad is my best friend in the whole entire world, he has been my biggest support during my studies & now in my career. i’d never be able to repay all that he’s done.
Perasaan cinta berkekalan antara suami dan isteri merupakan salah satu anugerah bagi mereka yang ikhlas mendirikan rumah tangga dari awal.
Kerana cinta, baik suami mahupun isteri sanggup menolak kepentingan diri sendiri ke tepi dan mengutamaka keperluan pasangan terlebih dahulu. Kata orang, itu adalah salah satu cara untuk memanifestasikan rasa cinta kepada pasangan halal kita.
Apatah lagi apabila pasangan kita mungkin sudah tidak sekuat dahulu, ketika di usia mudanya. Kehidupan seharian perlu bergantung kepada bantuan orang lain. Maka saat itu, kekuatan cinta antara suami dan isteri semakin teruji. Hanya yang benar-benar berpegang pada cinta sejatinya sahaja sanggup berkorban apa sahaja demi orang tersayang.
Fetrah Bt Abu Samah yang berkongsi pengalamannya ketika menunaikan umrah sebelum ini mendedahkan dia pernah melihat situasi dipercayai antara suami dan isteri yang sangat menyentuh hati di Kota Mekah.
Katika berada di hadapan Maqam Ibrahim, Fetrah melihat sepasang suami isteri sedang berada di hadapan Kaabah, dan si isteri sedang menunaikan solat.
Apa yang menjadikannya sebagai satu momen yang luar biasa apabila si suami sanggup berkorban, menjadikan dirinya sebagai kerusi untuk isterinya yang sukar untuk solat secara berdiri.
Untuk makluman, si isteri berkemungkinan mengalami sakit kaki yang menyebabkan dirinya tidak dapat bersolat seperti biasa. Mungkin, ketika itu tiada kerusi roda hingga membuatkan si suami mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sendiri sebagai tempat duduk si isteri untuk beribadah.
Berdasarkan tulisan Fetrah di Facebook, si isteri mungkin cuba untuk melaksanakan tawaf sebanyak tujuh kali sedaya upayanya, tanpa menggunakan kerusi roda.
“Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.”
Justeru, pengguna Facebook tersebut merasakan suasana tersebut amat indah dan mengharukan serta mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sehingga ke Syurga.
“Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.”
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan untuk dipanjangkan umur buat pasangan ini. Tidak lupa juga, ada yang terharu dengan tindakan si suami pada isterinya.
Seperti mana mamanya yang banyak gelagat mencuit hati ketika LIVE, begitu jugalah dengan anak bongsu MuaBellaz. Bukan saja comel tetapi telatah anak bongsu pempengaruh media sosial itu, Wara, sering menarik perhatian ramai. Ada saja benda yang dibuat yang mengusik hati.
Melalui sebuah video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram ain.fatin.lyana, yang telah mengambil sedutan sesi LIVE MuaBellaz bersama anaknya telah mengundang tawa orang ramai kerana gelagat Wara yang ‘menguji’ kesabaran mamanya.
Pada awalnya, dua beranak ini menyanyi sebelum Wara menjawab soalan MuaBellaz ketika ditanyakan apa yang ada pada muka mama. Dengan selamba dia memberitahu di wajah mama ada jerawat.
Mendengarkan jawapan Wara, MuaBellaz mengiyakan kata-kata anaknya itu. Walaupun begitu, dia sempat berpesan supaya tidak menegur wajah orang seperti itu.
Kemudian MuaBellaz meminta Wara untuk mempromosikan maskara. Dalam kesibukan mamanya bercakap tanpa disedari Wara telah membuka penutup maskara dan memakainya. Habis comot!
Apabila melihat wajah anaknya itu, MuaBellaz terperanjat dan segera mengambil tisu untuk membersihkan kesan maskara tersebut. Alahai, macam-macam ragam ya Wara! Makin lama, makin menurun minat mekap mama. Sikit je lagi pandailah pakai maskara tak comot dah kan?