Itu kata-kata terakhir juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, yang masih tergiang-ngiang di telinga ibunya, Mahanom Ismail, 67.
Menurut Mahanom, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Jun lalu.
Ads
“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’ dan saya tidak dapat melupakannya sehingga saat ini ,” katanya sebak ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam ini.
Ads
Allahyarham Shahrul Kamal antara 10 mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam hari ini.
Tambah beliau, Allahyarham merupakan seorang anak yang manja dan kehilangannya pasti dirindui keluarga.
Ads
Untuk makluman, Allahyarham Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia 12 hingga tiga tahun.
Sumber: Utusan Online (Iskandar Shah Mohamed),
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dilahirkan tidak cukup bulan dengan hanya seberat 2.4 kilogram, namun kini anak pelakon Dayana Roza, si comel Astrid Raheeya membesar dengan sihat.
Setiap kali gambar si kecil ini dikongsikan di media sosial, ramai yang mengakui geram melihat lengannya yang berketul- ketul ditambah dengan wajah comelnya membuatkan ramai yang geram.
Terbaru, pelakon Zulin Aziz berkongsi satu video ketika bertemu anak Dayana baru-baru ini. Menerusi video tersebut, Zulin sedang meribakan Astrid. Perkongsian video oleh Zulin itu telah mencuri perhatian ramai.
Selain itu, Dayana turut membuat akaun Instagram khas untuk anaknya Itu. Di dalamnya dikongsikan gambar serta video gelagat si kecil ini.
Antara yang mengundang perhatian adalah video gelagat si kecil ini yang berada dalam car seat sedang ketawa apabila diusik. Bukan sahaja comel, rupanya Astrid mudah terhibur dan sangat periang. Comel, gebu dan tembam. Terasa macam nak gigit kan.
Dayana Dalam perkongsian bersama Media Hiburan sebelum ini mengakui ada mengamalkan pengambilan minuman susu kambing selain makanan tambahan lain demi kebaikan ibu dan anak.
“Malah hingga sekarang saya terus amalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan lain.
Lagipun saya menyusu badan dan perlu banyak tenaga serta khasiat untuk diri sendiri serta anak,” katanya yang turut berkongsi perihal makna di balik nama ‘baby girl’.
“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya.
Zalif Sidek Mohon KKM nilai semula sistem perkhidmatan di klinik kesihatan. Pelakon, Zalif Sidek, menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan semasa klinik kesihatan kerajaan di Malaysia.
Melalui satu hantaran di akaun Instagramnya (Instagram Story), Zalif meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menilai semula dan menaik taraf kemudahan sistem yang digunakan di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara.
Manakala dalam satu hantaran lain, Zalif menyatakan bahawa sistem yang digunakan di klinik kesihatan masih mengguna pakai kaedah lama, yang menurutnya sudah ketinggalan zaman. Pelakon itu meminta KKM untuk melakukan perubahan yang signifikan agar perkhidmatan yang disediakan lebih moden dan efisien.
Saya bukan sesuka hati nak marah atau kecam mana mana pihak cuma ini dah Tahun 2024 tak kan tak ada satu perubahan utk Khidmat Rakyat ke Klinik Kesihatan Malaysia.
Dari tahun lepas lagi anak pertama saya ulang alik untuk check updated kesihatan anak dan isteri saya.. sampailah tahun ini anak kedua dah.. tapi sistem diaorang pakai kat klinik kesihatan sangat kuno lagi… tak tahu apa yang doktor-doktor kat sana sibuk sangat ke hulu ke hilir sampai kena tunggu setengah hari untuk anak sorang ni… itu belum lagi staf lain yang kekwat masam je muka ada masalah peribadi bawa ke tempat kerja..
Bangunan masih lama, sistem masih lama, tempat menunggu tak ada upgread langsung, paling rare panas tambah kipas saja penuh kipas kalau pegi KK… bilik doktor dan rawatan ala zaman PRamlee semeja share 2 doktor.. pesakit kau tahu aku sakit apa, aku tahu kau sakit apa… sedihh pastu sorang pesakit tunggu 4 5 jamm nak habis.. kalau ada contact ke member-member ke masuk dulu sembang sembang dilu citer nk masak ape balik nanti…
Untuk nurse-nurse di KLINIK KESIHATAN JAYA GADING KUANTAN terima kasih sayang semua macam kakak kakak kite baik sangat & peramah bila kite bersamanya… LOVE NURSE DI SANA
Cume nak sikit perubahan tempat selesa atleast sejuk sikit nak pegi sana…. hmm entahlah…
Luahan Zalif telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Isu ni dah lama berlarutan.. cuma kita ni rakyat biasa siapa nak dengar..
Setuju, dari sistem smpailah kepada kebersihan tandas…pastu makmal ujikaji yang nak hantar sampel pun nun lihat jauh di sana..kan bila mengomel kata “nak selesa pergilah swasta…”
Setuju sangat..satu step pun nak menunggu ambik masa Lama..nak daftar, pastu bila nak pergi saringan pun Lama juga, pastu tunggu doktor lagi laa berejam, last sekali tunggu nak ambik ubat adoi Lama juga..kadang klinik xramai pun diorg ambik masa Lama jugak..
Ya betul …ada lak kerusi menunggu dekat luar..dah rosak-rosak…tak kan nak bawa tikar pula.
Moga KKM dapat memperuntukkan bajet untuk menaik taraf klinik-klinik ini supaya perkhidmatan kesihatan menjadi lebih baik dan moden dapat disediakan kepada rakyat.
Kegembiraan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menimang cahaya mata bukan hanya dikongsikan bersama ahli keluarga, bahkan seluruh rakyat Malaysia tidak ketinggalan mengucapkan tahniah.
Umum mengetahui perjalanan untuk mendapatkan zuriat bukan semudah yang disangkakan. Pelbagai ujian dan dugaan terpaksa dilalui oleh isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini.
Tidak hairanlah, ramai yang sebak dan tersentuh hati bila mana lahirnya bayi lelaki penyanyi berkenaan. Ini termasuklah Beauty & Co. Clinic menerusi lama instagramnya telah memuat naik sebuah video semalam yang memaparkan perjalanan Siti dalam melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video berdurasi 6 minit itu, ia memaparkan temu bual ringkas Siti dan suaminya yang mesra disapa Datuk K. pasangan ini menceritakan pengalaman dan luahan hati sepanjang kehamilan penyanyi tersebut berlangsung.
Dalam sesi temubual bersama Datuk K, warga maya sedikit tersentuh apabila beliau meluahkan isi hatinya yang kemungkinan tidak sempat melihat anak-anaknya bersama Siti membesar atau berjaya satu masa nanti.
“I just want her to know that I just love her, she’s always in my heart. I truly honestly love her. And all my prayers sebagai seorang suami yang sangat-sangat menyayanginya untuk selamat melahirkan.
“Saya percaya kedua-dua anak ini akan memberinya berjuta-juta kegembiraan dan harapan yang menggunung. InsyaAllah kedua-dua anak ini akan menjadi solehah dan soleh yang akan menyayangi ibunya.
Sebab pada saya, menjangkau umur yang melebihi 60 tahun dan Siti baru 40an dan anak yang baru dilahirkan… untuk melihat mereka berjaya ataupun grown up, possibilities ia adalah agak kecil.
“Apa yang saya doakan anak-anak inilah yang akan bersama-sama ibunya. Yang akan mengharungi masa depan mereka bersama. InsyaAllah,” katanya.
Rata-rata yang melihat video berkenaan meluahkan rasa sebak dan mendoakan semoga Dato K dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik supaya dapat melihat anak-anaknya membesar suatu masa nanti.
Sebak pulak dengar ucapan DS Khalid terutama part perbezaan umur dia dan Siti, possibility dia untuk melihat Aafiyah dan #BabyA berjaya / grown up adalah kecil.#SitiNurhalizapic.twitter.com/SNjIjTHABt
Terdahulu penyanyi lagu Anta Permana itu selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi, semalam.
Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.