Ramai yang mengeluh apabila terima aja gaji, terus duit hilang. Mana taknya dengan duit itu ia digunakan untuk menguruskan perbelanjaan selama sebulan.
Bahkan untuk menabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu yang mudah terutama dalam kalangan generasi muda hari ini.
Nak tahu caranya ikuti nasihat perunding kewangan ini, Azizul Azli Ahmad
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PERJALANAN WANG!
Agar duit kita tak cepat habis, lakukan ini kawan kawan. 1. Kita mesti ada sumber gaji. Pendapatan pengajian penting untuk kita kekal ada sumber pendapatan. Tambah 2 jenis pendapatan ini juga : i. Pendapatan Sampingan ii. Pendaptan Pasif 2. Menabung. Bila ada gaji kita mesti ada impian nak menabung. Mulakan dengan jumlah 10% dari gaji. Nak jadi seksi jika masih bujang buat simpanan 30%-40% dari gaji, mestilah jadi seksi. 3. Melabur. Melabur lepas ada tabungan kecemasan 6 bulan gaji. Jangan melabur sebelum ada simpanan, nanti lebur. 4. Duit Berkembang. Bila melabur pantau hasil pelaburan kita, jangan hanya percaya apa ejen kata. Biasanya ‘auta’ lebih besar dari fakta. 5. Kekayaan Bertambah. Pastikan duit kita ditukar jadi aset. Beli emas, hartanah untuk masa depan. Kekayaan akan bertambah. Kawan kawan, Jika lakukan cara ini, duit yang kita dapat dari gaji akan kekal lama. Ia tak akan habis begitu sahaja. Barulah ada hasil dari gaji kita. Selamat berusaha dan salam merdeka. Merdekakan Dari Hutang Hutang
Hati mana yang tidak sebak apabila duit simpanan untuk meniti hari tua telah lesap sekelip mata akibat penipuan sindiket Macau Scam.
Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat yang berusia 53 tahun yang didakwa telah ditipu oleh sindiket itu wang berjumlah RM350,000 setelah mendakwa mangsa tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM55,800.82.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 53 tahun yang menetap di Pokok Sena itu dihubungi seorang individu yang mengaku daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pembayaran selama 15 bulan.
Bagaimanapun katanya, mangsa menafikan perkara itu dan memberitahu tidak pernah membuka akaun syarikat perniagaan (SSM) dengan nama syarikat AR Maju Trading yang didaftar di Kelantan.
Namun sindiket ini pintar dengan muslihat dengan menyuruh mangsa untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menafikan mangsa tidak terbabit dengan kes berkenaan.
“Mangsa yang panik membuat panggilan itu dan disambung dengan ‘Datuk Nurul Huda Saleh’ dari IPK Kelantan yang kemudian meminta nombor Mykad mangsa untuk membuat pemeriksaan.
Minta nombor akaun bank
Taktik sindiket ini berjaya apabika meminta mangsa memberi nombor kad ATM serta nombor akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam.
“Mangsa menyedari ditipu selepas mangsa pergi ke Bank Islam cawangan Alor Setar untuk mengeluarkan wang dan terkejut apabila membuat semakan baki mendapati wang simpanannya berkurangan,” kata Superintendan Elias Omar.
RM350,000 telah lesap!
Siapa sangka, mereka sekali lagi berjaya memperdayakan mangsa. Semakan yang dilakukan mangsa mendapati wang sebanyak RM350,000 telah lesap.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena, pada 18 Januari. Beliau berkata, berikutan itu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Isteri itu punca rezeki buat suami. Asbab doa isteri juga menjadikan rezeki suami menjadi melimpah ruah.
Justeri rumahtangga bahagia sudah tentu hidup pasangan itu harmoni sekali gus pencetus aura positif untuk keluarga.
Sebagaimana perkongsian lelak ini mengakui kejayaan seseorang lelaki itu adalah kebaikkan yang diberikan oleh seorang isteri itu.
“A man’s success has a lot to do with the kind of wife he chooses to have in life.”
Inilah 10 Ciri-ciri Isteri Pembawa Rezeki Suami.
1. Isteri yang pandai bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki.
Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya.
Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan wanita dinikahi sebab empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu untung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan rezeki yang halal.
Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang gemar silaturahim
Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki.
Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
Shalat dhuha merupakan shalat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Shalat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?”
Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
10. Isteri yang taat dan melayani suaminya
Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.
Kawan-kawan,
Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.
Begitulah.
“A man who treats his woman like a princess is a proof that he has born and raised in the arms of a queen.”
Tular baru-baru ini satu rakaman video oleh seorang pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell yang cuba mengejutkan pekerja tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi.
Tidak mahu isu tersebut mencetuskan kontroversi, Pak Cik Shell selaku pemilik stesen minyak tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram.
Pak Cik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd sejak September 2016.
Dalam perkongsian tersebut, beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.
Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi.
Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Pak Cik Shell.
Malah ada yang memuji pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.
Dalam masa yang sama, ada yang pekerja tersebut kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Bahkan mereka turut menitipkan doa supaya pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.
Didik anak solat sejak kecil menjadi keutamaan Adam Corrie dalam membentuk disiplin dan tanggungjawab agama anaknya. Ketegasan yang disertai kasih sayang menjadi inspirasi buat ibu bapa.