Sebelum ini dirinya pernah mengimpikan untuk membina sekolah anak-anak pendidikan khas bersama isteri, siapa sangka akhirnya tercapai jua. Bahkan baru-baru ini pengarah dan pelakon Dr Ahmad Idham dalam usahanya untuk memastikan pendidikan awal anak-anak istimewa diberi perhatian sewajarnya, dia menubuhkan pula sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pertubuhan Ibu Bapa Anak-anak Istimewa (Prisma)!
Memetik berita di myMetro, Idham berkata, usaha awal Prisma adalah untuk mewujudkan tabung khas bagi mengumpul dana menubuhkan Pusat Intervansi Awal Kanak-kanak di seluruh negara.
“Antara usaha awal Prisma adalah melalui usaha sama dengan platform infaq digital, Rezeki Infaq. Di mana pihak mereka akan mewujudkan Tabung Sinar Firdaus.
Ads
“Sumbangan masyarakat kepada tabung ini melalui Rezeki Infaq akan digunakan sebagai dana penubuhan Pusat Intervansi Awal Kanak-Kanak di seluruh negara,” katanya.
Penubuhan pusat intervansi itu akan turut menyediakan pendidikan dan terapi khusus kepada anak-anak istimewa seawal usia tiga hingga enam tahun.
Ads
“Contohnya Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di bawah Kementerian Pendidikan, saya tidak nampak ada koordinasi yang lebih sistematik dari sudut modul pendidikan khas di mana kita tahu sekolah PPKI hanya akan mengambil anak-anak istimewa bermula dari umur tujuh tahun sahaja.
Ads
“Oleh itu, sebagai usaha awal dari pihak saya, Prisma akan memainkan peranan penubuhan pusat intervansi itu. Malah sumbangan masyarakat melalui Tabung Sinar Firdaus turut digunakan untuk menaja anak-anak istimewa dari keluarga B40,” katanya.
Selain itu, Idham juga merancang untuk mewujudkan pelbagai program kesedaran serta latihan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa di bawah Prisma.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang tidak dinafikan kalau anak-anak ini tidak nampak depan mata, sukar mereka hendak percaya. Lagi-lagi bila kita kata kita ini adalah seorang penyanyi dan ada ramai peminat suatu masa dahulu. Memang sukar untuk diterima akal. Maklumlah kehidupan masa kini jauh berbeza seperti apa yang ingin digambarkan.
Begitulah juga lah kisahnya yang berlaku pada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, hingga menyebabkan dia sanggup menerima lamaran menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) demi anak bongsunya, Alayna Selma, 4, yang tidak pernah tahu dia seorang penyanyi.
Memetik laporan berita di kongsikan di myMetro, difahamkan Datuk Fazley telah beberapa kali tidak dapat menerima tawaran GV sebelum ini kerana jadual kerja yang padat. Pun begitu dia akhirnya nekad bersaing untuk memenuhi impian puteri tunggalnya itu.
“Saya sebenarnya 50-50 juga untuk terima tawaran GV8 ini. Namun, apabila mendengar pertanyaan anak bongsu yang tidak tahu saya dahulunya seorang penyanyi, perasan rasa agak sebak.
“Ditambah, dia melihat pula video saya menyanyi lagu Asmara Ini sambil mendukung abang-abangnya dan dia bertanya di mana dia, kenapa tiada? Dari situ, saya rasa wajar untuk dia tahu daripada saya sendiri dan bukan orang lain,” katanya.
Rindu Buat Persembahan Pentas
Ditanya adakah dia sudah bersedia menerima kritikan juri profesional dan mungkin juga tersingkir, Fazley berkata, dia sudah memikirkan segala-galanya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.
“Sudah sembilan tahun saya menjadi juri masakan dan sering memberi kritikan dalam masakan orang lain. Jadi, sekarang saya membuka hati untuk menerima pula apa saja kritikan daripada juri mahupun netizen terhadap nyanyian saya.
“Apatah lagi, saya sangat rindu untuk membuat persembahan pentas. Sejak kehadiran Covid-19 dalam negara, sudah lama juga saya tidak berpeluang membuat persembahan nyanyian secara ‘live’ dan hanya virtual saja.
“Kalau dulu, selalu juga saya diundang menyanyi dalam majlis makan malam korporat. Apapun, dunia muzik saya tidak pernah terhenti selama ini kerana di rumah selalu juga menyanyi dengan anak-anak,” katanya.
Mengulas penerimaan isteri, Datin Azrene Ahmad, Fazley berkata, isterinya bimbang dan menyokong. Katanya, Azreen bimbang jika dia tidak cukup masa berlatih dan menyokong kerana tahu muzik adalah minat utamanya.
Fazley dan Azreen mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; Ahmad Firudz Shah, 10; dan Alayna Selma.
Setiap kali bila kita dengar sama ada sanak-saudara atau kawan-kawan yang berpeluang menunaikan ibada umrah, hati kita seakan turut meronta-ronta untuk ikut sama. Tapi apakan daya, belum sampai rezeki kita lagi. InsyaAllah suatu masa akan tiba juga.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi pengalaman manis ziarah di bumi barakah di media sosial, seakan kita juga dapat merasai keistimewaan dan keseronokan berada di sana. Ini seperti mana perkongsian dari Dr Ahmad Samhan baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan dengan mendapat 5.5K tanda suka.
Menurutnya jika berpeluang datang ke Saudi, ada 3 perkara yang dia tidak akan lepaskan begitu sahaja.
1. Makan daging anak unta
2. Minum air buah
3. Tempah jubah Saudi
1. Kabsah Hasyi( كبسة حاشي)
Alang-alang datang buat umrah, saya takkan lepaskan peluang untuk makan daging anak unta di Mekah.
Daging unta memang susah nak jumpa di Malaysia. Kalau ada pun daging unta dewasa. Daging anak unta memang berbeza dengan daging unta dewasa.
Rasa dagingnya sangat lembut hingga boleh terbawa dalam mimpi!
Kalau datang Saudi memang saya tak beli jubah yang dah siap. Memang akan tempah. Jubah Saudi memang special. Pattern jubah yang lebih fit tapi selesa. Nampak lebih segak.
Nak custom kolar, butang, warna jubah, pattern jubah semua boleh. Lebih menarik, tempah jubah hari ini, esok dah siap!
Ada 2 tempat saya rekemen dan saya memang tempah disitu:
Di Madinah, ini kedainya. مشعل أنوار المدينة
Di Mekah, ini kedainya. الوليد الراقئ الخياطة
Saya tak pandai cakap arab, macam mana nak pergi tempat-tempat ni? Jangan risau.
Kalau di Malaysia kita ada Grabcar tapi di Saudi kita ada Careem. Download saja aplikasi ini dan taip tempat yang ingin dituju.
Kebanyakkan pemandu memang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau tak yakin, korang ajaklah mutawif teman. Lepas tu belanja la minum air buah. Takkan itu pun nak bagitau.
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya baru-baru ini.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.