Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan kehadiran si kecil bergelar anak dalam melengkapi hidup mereka. Namun jika belum tertulis rezeki buat pasangan tersebut, redha dan bersyukur adalah cara terbaik dalam memujuk hati. Mungkin belum masanya lagi untuk anda dikurniakan anak.
Begitu pun, sikap sesetengah masyarakat yang memandang sinis kepada pasangan yang belum memiliki anak seolah-olah itu menjadi satu kesalahan buat mereka.
Salah seorang pengguna Facebook Farhad Hassan baru-baru ini berkongsi luahan hati dan kisahnya apabila sering mendapat pertanyaan sedemikian daripada sanak saudara. lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitiri.
Perkongsiannya menerusi akaun Facebooknya telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka sejak dimuat naiknya. Ikuti kisah dan luahan hati suami ini.
AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA
Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.
Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.
Berendam air mata
Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.
Ads
Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak2 cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.
Jangan pertikaikan Allah
Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”
Ads
Belum rezeki anak, Allah bagi rezeki lain
Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.
Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.
Jangan jatuhkan darjat isteri
Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.
Ads
Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak2 untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.
Beri sokongan moral pada isteri
Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.
Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.
Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?
InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati bermula 4 Mei 2020.
Justeru, pihak kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan.
Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi.
Pun begitu, ada sesetengah pihak melihat pengumuman tersebut terlalu awal dan bimbang kesannya menyebabkan wabak Covid -19 kian menular lebih serius.
Justeru, Doktor Amirul Amzar mengingatkan orang ramai supaya patuh dengan arahan dan sentiasa ingat 5 perkara ini.
5 BENDA KENA INGAT WAKTU KELONGGARAN PKP
PKP dilonggarkan secara berperingkat. Itu adalah amanah Dan kepercayaan kerajaan kepada kita semua.
Walaupun PKP semakin longgar, kita masih perlu mematuhi norma kehidupan baru untuk mengelakkan jangkitan COVID-19. Ingat, virus ini masih ada di luar sana. Ia tidak pupus. Ia masih boleh merebak.
Lima benda saya nak ingatkan.
Hand hygiene
Pastikan anda amal hand hygiene setiap kali lepas pegang apa-apa permukaan atau bersentuhan dengan orang lain terutama di luar rumah. Pakai air dan sabun pun boleh. Dan cuba amalkan bawa hand sanitizer ke mana-mana anda pergi.
2. Social distancing
Amalkan social distancing. Jauhi orang sekeliling anda sekurang-kurangnya 1 meter. Elakkan persentuhan yang tidak perlu. Tak usah berpeluk-peluk buat masa sekarang.
3. Elakkan perhimpunan ramai
Saya pasti ramai yang tak sabar nak keluar bersenam. Saya jamin ada yang akan guna alasan nak berjogging tapi sebenarnya nak keluar melepak. Dengan semangat PKP yang baru ini, saya minta semua orang elakkan perhimpunan yang melibatkan ramai orang. Jogging pun dengan syarat kurang 10 orang dan amalkan social distancing.
Begitu juga dengan sektor pekerjaan. Majikan perlu bijak dalam mengawal kehadiran pekerja. Tidak terlalu ramai pada satu masa. Cuba bayangkan kalau anda culas, pekerja anda dijangkiti, syarikat anda jadi satu kluster baru. Lebih banyak kerugiaan nanti.
4. Duduk rumah
Duduk rumah jika tiada keperluan keluar. Ini norma baru kita. Banyakkan masa dengan keluarga, bayakkan masa untuk diri sendiri. Bulan Ramadhan ni, sesuai betul untuk kenal diri, kenal Allah dan perbanyakkan ibadah melalui PKP ni.
Anda rimas duduk dalam rumah? Anda takut tak ada duit, tak ada makanan kalau tak keluar rumah? Tak ingat pemuda-pemuda Al-Kahfi duduk dalam gua selama 309 tahun? Allah ada, Allah jaga. Mohon pada dia. Keluar bila perlu sahaja.
5. Pakai mask
Dan kalau perlu juga keluar, pakai mask. Kalau pakai jenis kain, pastikan selalu cuci. Mask kain dikatakan bertahan selama 2-3 jam sahaja. Kerana ia tidak kalis air. Cuba dapatkan stok mask yang betul. Dan pastikan mask itu dibuang dengan baik. Jangan buang merata. Elok-elok syaitan dikunci bulan puasa ni, jangan kita pulak jadi syaitan menyebarkan kuman dengan tabiat buang sampah merata-rata. Sama juga yang suka meludah merata tu. Hentikan.
Semoga kita menang. Semoga tiada gelombang kedua. Kerajaan dah letakkan amanah pada kita. Mari kita pegang amanah ini.
Dr Amirul Amzar
Frontliner masih bekerja. Mohon kita tidak tambah kerja mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang kita patut bangga dengan buah-buahan tempatan Malaysia yang sememangnya mempunyai khasiat yang baik untuk sisi keluarga. Jangan terlalu asyik berbangga dengan buah-buahan import yang harganya boleh tahan lah!
Perkongsian Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine Jabatan Obstetik & Ginekologi PPUM, Prof Dr Imelda Balcin memang mengujakan kerana beliau menjelaskan bahaw buah-buahan tempatan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ikuti perkongsiannya seperti berikut di laman face booknya Imelda Balchin
Buah-buahan tempatan Malaysia mengandungi lebih banyak khasiat daripada buah-buahan yang berasal dari negara sejuk, sebab tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok Malaysia menerima lebih banyak cahaya matahari sepanjang tahun untuk membuat pelbagai zat.
Buah-buahan yang diimport secara besar-besaran untuk pasaran besar pula lebih kerap mengandungi racun serangga dan pesticide supaya tahan lama dalam perjalanan jauh dan dalam pasaran, tetapi bahan kimia dalam pesticide dan racun serangga ini tidak baik untuk kesihatan kita, kecuali jika kita beli hat organik yang lebih mahal.
Sebab inilah tidak masuk akai laaa bila makcik yang berangan-angan nak jadi bidan tapi tak pernah pun menyambut kelahiran bayi pi bagi nasihat kata orang tua-tua nenek moyang kita suruh pantang makan buah-buahan tempatan berkhasiat tapi suruh beli buah-buahan yang diimport seperti epal dan anggur pulak dah.
Sat lagi nenek kebayan bangkit dari kubuq mai tarik telinga hangpa, awat laaa buat fitnah kat orang tua-tua. Orang kampung dulu-dulu mana laaaa dapat peluang makan buah import kecuali mereka yang kaya-raya. Depa nanti kata toksah laaaa mengada-ngada, makan laaa apa yang ada.
Apa yang Tuhan bagi untuk kita di negara sendiri ni lagi baguih daripada yang diimport!
Saksikan televisyen bersama keluarga bukan sahaja merupakan aktiviti santai, tetapi juga boleh menjadi cara yang efektif untuk mengeratkan hubungan keluarga. Boleh dikatakan dalam setiap rumah sekurang-kurangnya akan ada satu TV dan diletakkan di ruang yang boleh mengumpulkan semua ahli keluarga pada masa yang sama.
Kenapa bagus bila nikmati konten bersama-sama keluarga? Sebenarnya waktu ini banyak benda yang membuatkan hubungan sesama ahli keluarga menjadi lebih baik tanpa kita sedari.
1. Sama-sama Kongsi Masa
Nikmati konten bersama keluarga memberikan peluang kepada setiap anggota untuk berkongsi masa dan menikmati program-program yang sama. Ini adalah masa yang baik untuk berbual tentang konten dan berkongsi pendapat. Perbualan ini membantu kita menjadi lebih rapat dan meningkatkan komunikasi dalam keluarga.
2. Membuat Tradisi
Membuat tradisi menonton TV pada waktu-waktu tertentu, seperti malam hujung minggu atau pada cuti sekolah, boleh menjadi rutin yang dinantikan oleh setiap anggota keluarga. Ini membantu membina kenangan bersama dan memberi sesuatu untuk dinantikan.
3. Kualiti Bukan Kuantiti
Fokus pada kualiti masa yang dihabiskan bersama. Walaupun TV boleh menjadi cara yang baik untuk berkumpul, pastikan bahawa ia bukan satu-satunya aktiviti keluarga yang dilakukan. Aktiviti lain seperti makan bersama, bermain permainan papan, atau bercuti juga penting untuk pembangunan hubungan yang sihat dalam keluarga.
Pilih Program Yang Betul!
Paling penting sebenarnya kalau nak menonton TV tu, pilihlah program yang betul. Berbaloi-baloi dan banyak pilihan, barulah dapat memenuhi minat semua orang kan? Sebab itulah kena pilih, NJOI Packs! Tak ada alasan tak ada saluran yang best lagi.
Paling menarik, semua Pek Njoi turut menyediakan program yang menarik sempena sambutan Kemerdekaan tahun ini. Dapatkan Family Pack dengan RM1 sehari dan akses saluran khas “KITA (CH100)” sempena Hari Kebangsaan secara komplimentari, tanpa kontrak!
Tonton Sambil Belajar Erti Kekeluargaan
Untuk yang sukakan drama, bolehlah nikmati Dari Mata Turun ke Hati yang merupakan drama bersiri lakonan Mierul Aiman dan Arabella Ellen yang mengisahkan tentang hubungan cinta serta hubungan kekeluargaan. Bukan itu saja, untuk anak-anak bolehlah tonton Lagenda Puteri Qaseh 2 yang banyak menitikberatkan soal hubungan ibu dan anak.
Anak Belajar Nilai Murni Dengan Didie & Friends!
Dari kandungan yang anak-anak tonton juga sebenarnya boleh mempengaruhi serta membantu pembentukan karakter mereka. Dengan melanggan pek keluarga ini, anak-anak boleh belajar pelbagai nilai murni serta erti persahabatan melalui rancangan Didie & Friends. Tak bosan sebab setiap elemen diajarkan melalui lagu yang menarik dan mudah diikuti. Bagus kan?
Enjoy Travel Dengan Bapak-Bapak & Sepahtu!
Untuk ibu ayah yang mungkin letih mental dan emosi kerana tuntutan kerja, bolehlah tonton Travelawak Projek Bapak-Bapak atau Sepahtu Reunion. Bukan saja menghiburkan dengan pelbagai aksi lucu para bapa ‘senior’, bahkan lawak segar dari Sepahtu juga dapat mengurangkan rasa stres. Sekurang-kurangnya dapatlah bantu kita ‘recharge’ semula tenaga atau keperluan emosi yang berkurangan kerana bekerja.
Yang pasti, anda sekeluarga pasti terhibur dan puas hati dengan kerana ada lebih dari 50 saluran menarik yang boleh anda akses sekiranya melanggan NJOI Family Pack ini.
Dengan memilih program yang sesuai, menetapkan tradisi, dan memastikan aktiviti ini disertakan dengan interaksi yang positif, keluarga boleh memanfaatkan masa bersama dengan lebih berkesan. Ingatlah bahawa kunci kepada bonding yang kuat adalah kualiti masa yang dihabiskan bersama, bukan hanya bilangan jam yang dihabiskan di hadapan skrin.
Apa tunggu lagi, jom langgan sekarang! Untuk maklumat lanjut boleh layari SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di