Air Rebusan Daun Durian Belanda, Manfaatnya Luar Biasa. Wanita Ni Amal & Kongsi Info!

Share

Durian belanda jika dijadikan minuman jus memang enak dan menyelerakan. Pun begitu tahukah anda, daun durian belanda mempunyai banyak khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan.

Petua kesihatan berasaskan daun durian belanda ini ada yang mengamalkannya dan merasai manfaat pada tubuh badan mereka. Nak tahu apa kebaikan tersebut, baca perkongsian ini.

Malam ni saya nak share petua untuk..

Ringankan badan,
Kurangkan bacaan diabetis
Pulihkan barah usus.

Dengan hanya minum air rebusan daun durian Belanda,…

.

Petua ni saya dapat dari seorang cikgu bila saya jumpa beliau semasa saya buat cod barang niaga saya..

Alhamdulillah saya minum, bila bangun pagi badan memang rasa ringan…angin keluar berdesup…

Suami saya pulak mengidap diabetis, tapak kaki selalu kebas, saya rebus dan suami amalkan, Alhamdulillah sekarang kaki dah tak kebas..

Mak sedara saya mengidap barah usus, dah operate tapi masih ada sel barah tu.. Cuma amalkan air rebusan ni saja beliau sembuh.
Alhamdulillah

Tapi semua tu dengan izin Allah, kita di suruh berusaha.

Cara nya ada pada gambar ya, moga dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.

Step 1

.

Ambil daun durian belanda dengan jumlah yang ganjil. Contoh yang saya buat adalah 33 helai.

Step 2

.

Bersihkan sambil ramas-ramas daun durian belanda dan kemudian masukkan 2 jug air.

Step 3

.

Rebus hingga air tinggal separuh.

Step 4

.

Air yang siap direbus. Amalkan minum satu gelas untuk dua atau tiga kali dalam sehari.

sumber : Rosmah Rasidi TE via MAHN
​​​​​

IKLAN