Bayangkan dapat minum air tembikailemon laici waktu berbuka, alang nikmatnya. Rasa segar lalu ditekak. Tubuh kembali bertenaga selepas seharian berpuasa. Cuaca panas macam sekarang ini kita memang nak minum air sejuk saja.
Salah satu air yang memang nikmat bila minum waktu cuaca bahang adalah air tembikai. Campuran lemon dan laici menjadikan minuman jus tembikai ini lebih ‘puas’ diminum. Berikut resepi air tembikai lemon laici yang dikongsikan oleh Ben Safwan
Air Tembikai Lemon Laici
Bahan-bahan:
1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon (Houseboom)
Minum Waktu Berbuka, Rasa Segar Lalu Ditekak
Cara membuat:
Ads
1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
2. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
3. Tak perlu tambah gula sebab sudah cukup manis.
Ads
INFO TENTANG KHASIAT TEMBIKAI:
*92% kandungan buah tembikai merupakan air, oleh itu ia merupakan antara buah buahan yang mampu membekalkan tenaga dan hidrasi pada tubuh.
*Kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Sudah boleh beli dan simpan stok untuk buka puasa/sahur.
Ads
*Kandungan air yang tinggi dalam buah tembikai membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.
Ketika lock down ni, tentu mak-mak mencari resipi yang mudah untuk memasak kudapan buat anak-anak.
Maklumlah tidak dapat ke mana-mana tentu anak-anak asyik ulang alik ke dapur. Selain makan roti atau biskut apa kata buat kudapan bebola kentang. Ia seakan kuih cekodok pisang. Menariknya kuih ini menggunakan bahan asas iaitu kentang.
Rasanya memang sedap! Rangup diluar, lembut di dalam. Malah daripada perkongsian sebelum ini ada yang telah ubah suai dengan meletakkan keju sebagai inti dalam bebola. Rasa memang superb!
Nak tahu cara nak buat, selanjutnya ikuti resipi viral ini.
Bebola Kentang Rangup
Resepi 3 bahan jer . ~Kentang 5 biji( Direbus .toskan..dilenyek2) ~Tepung Jagung 5 sudu besar ~Sedikit garam Satukan semua. Bulat-bulatkan…Masa ni..sapu sedikit minyak atas tapak tangan.
Goreng . Lebih sedap cicah dengan sos cili.
Siap! Boleh juga buat dengan cara ni. Bulat2kan pastu celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti..
Selamat mencuba!
Sumber: Zuraini Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petang-petang hari ni kalau dapat aiskrim untuk basahkan tekak layan juga kan. Nak-nak lagi kalau dapat yang kena dengan selera kita.
Aiskrim kacang merah nampak rumit untuk disediakan di rumah tapi sebenarnya nak menyediakannya teramatlah mudah. Sedap pulak tu.
Jom cuba resipi perkongsian Siti Nailah ini. Sedap tak terkata.
Aiskrim kacang merah…
Sebijik rasa mcm aiskrim potong yang kat kedai tu… Trust me.
Resepinya…
250gm kacang merah direndam semalaman.
Direbus empuk, disejukkan dan di kisar. Terpulang nak halus ke tak.
1 cwn gula
500ml air
Daun pandan
Masak hingga larut
2 sdb tpg ubi
2sdb tpg jagung
1sdb tpg gandum
Caranya:
1. Larutkan dengan sikit air lepas tu masukkan dalam air gula tadi. Teruskan kacau jangan berhenti.
2. Sambil tu masukkan 2 tin susu cair, 1/2 cawan susu pekat, sikit sirap kordial dan garam.
3. Kacau sebati…masukkan kacang merah yang dikisar tadi dan tutup api.
4. Dah suam masukkan dalam plastik aiskrim. Bekukan dan boleh di makan…
Kredit. Siti Nailah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di