Bila keluar rumah pada waktu tengah hari, kita akan rasa bahang kepanasannya, dan sekali gus membuatkan kita anak beranak tidak selesa untuk melakukan aktiviti di luar rumah.
Begitu juga jika sedang menaiki kereta yang mana aircond tidak lagi terasa sejuk. Boleh berpeluh juga dibuatnya, dan pastinya semua yang ada di dalam kenderaan merasa tidak selesa.Hendak dibaiki pada waktu terdekat, duit pula banyak digunakan untuk keperluan lain.
Jadi, ini penyelesaiannya. Tanpa perlu menggunakan duit, aircond kereta akan dapat berfungsi dengan baik bila anda segera lakukan ini.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Farizah, jom semak.
Serious AIRCOND KERETA terus jadi SEJUK!!!Menyesal tak buat dari dulu. Tak payah keluarkan duit pun! Tak sampai 5 minit dah siap. Jom try!
Ads
Sebelum ni kalau duduk dalam kereta time tengah hari, memang macam dalam oven. Aircond on paling high pun masih berpeluh. Rupa-rupanya sebab penapis dia penuh dengan habuk!
Aircond tidak sejuk dipengaruhi banyak faktor, kadang-kadang disebabkan cooling coil bocor, kompessor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.
Tapi kadang-kadang sebab penapis penuh dengan habuk je! Jadi boleh la try cara ini dulu sebelum ke workshop. Tak ada la terkopak duit beratus.
Cara-caranya:-
Ads
1) – Buka drawer kat dashboard tempat penumpang depan tu dan tarik keluar
2) – Akan nampak ada satu box hitam kecil dalam tu, buka penutup box tu
3) – Tarik keluar penapis berbentuk segi empat
4) – Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk
5) – Ketuk dan bersihkan segala habuk
6) – Selepas dah bersih, letak balik penapis tu
7) – Lepastu pasang balik penutup dan drawer tu.
Ads
(Buat masa enjin kereta off ye)
Lepastu on enjin dan test aircond korang! Mesti dah sejuk angin dia!
Kalau tak sejuk juga maksudnya kena hantar workshop la tu, ada masalah aircond lain.
Siapa yang dh cuba nnt share la hasilnya sejuk ke tidak. Tak sampai 5 minit pun nak buat. Memang senang.
Kebanyakan kereta kat malaysia ni, kat situ la kedudukan penapis tu. Kalau kereta pelik-pelik skit, tak tau la kat mana, pergi tanya kat workshop hehe. Proton, perodua dan kebanyakan honda kat situ la.
Jangan buat main bila rasa diri sedang mengalami depresi. Tekanan hidup termasuk masalah tempat kerja, hilang punca pendapatan atau masalah dengan pasangan adalah antara faktor utama ramai yang mengalami tekanan hingga melakukan tindakan di luar kawalan.
Tragedi suami kelar isteri dalam pantang yang tular sejak semalam telah membuatkan ramai yang meruntun jiwa. Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak perempuan dan cucu yang masih dalam pantang diperlakukan begitu.
Tinjauan di media sosial, rata-rata meluahkan rasa sebak kejadian itu, Ada juga yang meluahkan rasa marah dan terkejut ia berlaku dalam masyarakat.
Terkesan dengan tragedi, Terapi Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi berkongsi pandangan mengenai tragedi ini. Malah turut menjelaskan mengenai perbezaan mengenai depresi wanita dan lelaki.
“Berangin betul”
Saya terbaca “caption” di atas bersama-sama dengan berita gempar semalam tentang seorang lelaki membunuh anak dan isterinya. Sakit pula hati, walaupun orang luar.
Kalau kita orang luar tidak tahu cerita, tolonglah jangan komen bukan-bukan. Walaupun perbuatan tersebut adalah salah dan menyayat hati tetapi cukuplah dengan mendoakan mangsa dan keluarga yang terlibat.
Sebak bila baca statement bapa mangsa, yang anak dan menantunya tiada masalah dan hubungannya sangat rapat. Jiran pun beritahu yang tidak pernah mendengar mereka bergaduh.
Baru kahwin. Akhir bulan ini baru buat kenduri kahwin. Bayi umur 25 hari. Masih masih dalam pantang. Baru diberhentikan kerja / tiada kerja tetap.
Dengan kos barang dah meningkat, separuh troli pun dah beratus ringgit. Nak beli barang keperluan bayi lagi, isteri berpantang lagi.
Orang yang sedang berfikiran waras tidak akan melakukan perbuatan itu. Tetapi tetap ia bukan lesen untuk melakukan jenayah.
Oleh itu, saya mohon padamlah video suspek, kita jaga aib dia insyaAllah aib kita pun terjaga. Jaga kata-kata dan komen kita juga.
Beza Depresi Lelaki Dan Wanita
Tahukah kalian yang:
Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza.
Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dll).
Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu.
Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi.
Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.
Teringat saya semasa berklinikal 2 bulan dalam bidang psikiatrik, 1001 cerita yang ada. Semasa kendalikan kes fizikal, badan penat. Tapi semasa kendalikan kes psikiatrik, otak yang penat.
Balik rumah kepala rasa “panas”.
Sebab itu staf kesihatan yang bekerja dalam bidang psikiatrik dapat cuti khas 14 hari tambahan setahun. Sangat besar cabarannya sebab kadang-kala terbawa-bawa masalah pesakit balik ke rumah.
Ramai orang ingat yang depresi hanya boleh ada pada orang yang banyak masalah, tak tahu yang depresi ini adalah satu penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat.
Teknik Tenangkan Pesakit
Ramai tak tahu yang Occupational Therapist juga ada yang bekerja dalam bidang psikiatrik.
Tugas kami adalah untuk tingkatkan kefungsian hidup pesakit, teknik yang biasa digunakan:
“Relaxation technique”
Cara lepaskan kemarahan (anger management)
Latihan skil sosial (social skill training(
Latihan vokasional (untuk pesakit kembali bekerja)
Banyak lagi teknik dan cara yang boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik.
Cuma setakat ini servis ini hanya banyak di hospital kerajaan, tidak meluas lagi di swasta. Mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.
Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit yang memerlukan.
Saya puji dengan Sistem Saringan Minda Sihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kalian boleh lakukan ujian DASS (Depression, Anxiety dan Stress) sendiri dan dapatkan temujanji dengan pakar.
(Nanti keputusan dari ujian ini kalian boleh print dan pergi klinik pesakit luar terdekat, doktor akan refer ke klinik psikiatri sekiranya memerlukan)
Berbalik kepada kes diatas, kita tak tahu apa puncanya lagi. Mohon sama-sama kita doakan keluarga mangsa dan suspek diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Musim cuti sekolah ni, anak-anak banyak duduk di rumah. Ibu-ibu mula pening kan apa nak disediakan menu sesuai untuk mereka. Lagi-lagi waktu petang, asyik cucur goreng jer, anak-anak pun dah muak.
Apa kata petang ini cuba resipi ini. Apam Milo yang cukup mudah cara penyediaannya. Selain menggunakan 4 bahan je, resipi ini hanya dikukus 20 minit je.
Jom cuba resipi dari puan Fatihatul Hakimah ni. Mudah, cepat dan sedap. Pasti anak-anak akan sukakannya!
APAM MILO 4 BAHAN JERR.
Nak buat kek pelangi tapi x cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yg penting suami n adik2 kata sedapp..
Pestime buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi
Air rebusan kunyit memang selalu kita lakukan untuk memulihkan kesihatan dalaman wanita. Namun berbeza dengan air susu kunyit. Dua gabungan ini rupanya masih lagi serasi malah mampu mengatasi masalah batuk dan selesema.
Paling menarik, resipi gabungan dua bahan ini juga baik untuk merawat masalah tidur. Kata Sue Bertley yang mengongsikan resipi ini di laman Facebook miliknya, resipi ini membantu suaminya yang juga menghidap strok untuk tidur lebih nyenyak. Malah tidak mudah kena demam selesema. Menarik kan?
Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia. Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.
Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa atau ringan yang melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan. Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.
Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (jika mahu)Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.
Caranya:
1. Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).
2. Kecilkan api dan masukkan susu.
3. Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.
4. Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
5. Tutup api dan buat ala susu tarik.
6. Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
7. Moga sihat walafiat semuanya, tak mahu demam ye.
Kami minum 1 hingga 2 kali saja seminggu. Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut-turut. Biasanya hari ke 3 dah sihat semula.
Sumber: Sue Bertley
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puding kastard tiramisu biskut cream crackers, pemanis mulut menggoda selera. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang semakin mendapat tempat di hati ramai penggemar makanan manis.