Kebiasaannya daun-daun hijau seperti ketumbar, daun kunyit, limau purut dan sebagainya jenis sayuran hijau yang mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara jika ibu-ibu mahu sayuran ini tahan lebih lama.
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh Nik Hazifah jika mahu kekalkan kesegaran dedaun. Tak perlu lagi nak ke kedai beli yang baru jika mahu menggunakannya.
“Aiskrim” ketumbar, daun kunyit dan daun limau purut.
Guna plastik aiskrim, masukkan daun-daun tu, masukkan air paip dan ikat. Masukkan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.
Ads
Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni.. Kadang beli nak pakai sikit, yang lain kering layu dalam peti sejuk.
Nak defrost pun kejap je..keluarkan dari plastik tu, Lalukan bawah air paip, setel.
Lihat gambar ini, sudah tentu ada yang rindu nak ‘dine in’ bersama rakan-rakan. Inilah me time buat kita semua. Bersembang bersama mengenai kehidupan begitu membahagiakan. Dapat juga berkongsi suka duka serta luahan perasaan kepada sahabat karib.
Tak kira lah lelaki atau perempuan, momen makan bersama teman itu sudah pasti perkara yang dinginkan setelah hampir 3 bulan SOP ketat dilaksanakan yang tidak membenarkan tempat makanan dikunjungi ramai.
Apa yang menarik tular di media sosial, sekeping gambar yang memaparkan sekumpulan wanita kelihatan beratur secara beramai-ramai untuk membayar makanan sedangkan mereka makan semeja berbual mesra. Manakala lelaki dikatakan lebih santai dengan hanya mewakilkan seorang teman untuk membayar bil makanan.
Perkongsian ini mendapat pelbagai komen daripada warganet, masing-masing mempunyai pendapat.
Ikuti perkongsian ini.
Orang pempuan kalau makan ramai-ramai, time nak bayar, kena kira satu-satu. Takleh terlebih terkurang. Balik tu siap ada spreadsheet resit, nak kena kira balik betul ke bayar dengan exact amount. Terlebih kang nak kena claim kat member yang terkurang. Orang laki jugak yang rilek. Cincai kira makan apa, minum apa. Letak duit atas meja. Kumpulkan. Orang last letak duit pergi bayar kat kaunter. Kalau tak cukup, ada la yang tolong topupkan nanti. Kalau terlebih, rezeki si tukang bayar. Terlebih terkurang, kira halal.
Teringin untuk memiliki kaunter bar di ruang dapur dengan bajet yang rendah mungkin cara ini boleh direalisasikan sebagaimana perkongsian daripada Atam Ayu ini.
Idea kreatifnya membuat inovasi daripada rak buku yang dibeli di pasaraya, nyata menghasilkan seduatu yang wow untuk rekaan kaunter bar.
Jom lihat perkongsiannya itu.
Kaunter bar kos rm137.00 tak sampai rm150.. diy sendiri saja untuk sementara nak kumpul bajet
Ramai yang tanya kukuh tak? Inshallah kukuh.. hujung sekali yang rapat kat dinding tu kami lekat dengan sesiku L kat bawak dia so meja tak akan terbalik kebawah
Kenapa letak kaki plastik? Saja..kami tengok ala scandi (kayu) .. lagi pun kos murah.. pergi je kedai perabot macam² patern ada kaki dia.. besi ada,kayu ada,plastik ada.. ikut citarasa
Kalau ada penutup lagi cantik.. ye seperti yang mana kenal saya di laman sosial, yang mengikuti saya.. saya memang suka deco open shelve.. kalau anda suka bertutup silakan..
Mungkin saya kalau nak tutup pun nanti saya tutup dengan langsir lebihan kitchen top tu..
Rumah ni saya baru dapat kunci tahun 2019.. sebelum ni sewakan ..tapi dah 3 jenis penyewa dapat semua nya sakitkan kepala je maka setakat ni kami decide buat rumah singgah sekali sekala…
Kenapa buat benda yang tak tahan.. kami belum ada bajet..kalau tuan puan ada bajet.. boleh buat yang ala cafe hipster pon tak ada masalah.. pilihan sendiri citarasa sendiri
.
Seperti saya cakap rumah ni, rumah singgah so bukan heavy duty guna.. sekadar sekali sekala duduk hirup kopi.
Biasanya dalam membeli pelbagai jenis mee basah seperti kueteaw, mee kuning atau mee laksa, kita jarang membeli dalam kuantiti yang banyak. Cukup sebungkus dua untuk sekali masak.
Bimbang juga kalau terlebih beli dan bila disimpan di dalam peti sejuk, mee jadi keras.
Pun begitu, melalui perkongsian pengalaman daripada Hani Mynis, rupanya ada teknik perlu dibuat untuk pastikan mee tetap elok. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Penyimpanan mee (kuning, kuey teow dan laksa) basah
Alang-alang hari tu ada yang tanya macam mana nak simpan mee-mee basah ni supaya tahan lama. Hani kongsi kat sini lah ya. Eleh hani copy paste sharing hani kat IG kat sini je hahahaha here we go:
Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa. .
Cara ni sesuai untuk semua jenis mee basah (mee kuning, mee kuey teow dan mee laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur. .
Tapi kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais.Nanti dia mem”beku” dan melekat-lekat mi nya. Bila nak makan kena rebus balik, lepas tu sebab dia keras kejung mulalah dia patah-patah so tak cantik mi nya. Lepas tu lama pulak nak tunggu mi tu terurai satu-satu kan. Sapa pernah buat macam tu faham maksud hani hehehe (hani pun pernah buat dolu-dolu haha)
Buat Begini
1. Keluarkan mee dari bungkusan.
2. Masukkan dalam bekas berpenutup.
3. Letakkan minyak dan lerai-leraikan.
4. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller.
So cara yang sebetulnya (ni yang hn tanya penjual laksa dan mee kari), lepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup, letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu. Pastikan dia tak seketul membongkah cmtu je mi dia. Jgn kena air.
Pastikan bekas nak diisi tu pun kering. Tutup bekas dan masuk dalam peti ais bahagian chiller. Tiga minggu pun boleh tahan.
Nanti time nak makan rebus air sekejap , air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi dia cantik tak patah-patah.
Ok dah boleh makan laksa tetiap hari tetiap minggu sebab selalu masak laksa memang hani lebihkan kuih laksa tu dan bekukan. Nak makan panaskan je. Sapa hantu laksa macam hn bolehlah try camni.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.