Kalau diikutkan sedari kecil lagi kita sudah ajar anak, mana satu hidung, mata, tangan dan anggota tubuh badan yang lain agar mereka mengenali anggota tubuh badan mereka.
Cuma mungkin jarang kita bercakap atau berpesan tentang adanya bahagian- bahagian anggota tubuh yang sensetif atau juga menjadi private part yang tidak boleh disentuh oleh orang lain kepada anak-anak.
Mungkin sebab kita merasakan tiada keperluan atau kita sendiri kurang mahir untuk menyatakannya kepada anak-anak.
Jadi apa kata lakukan sebagaimana perkongsian daripada pakar motivasi ini. Jom semak.
Puan ini bertanya tentang berkaitan private part. Ada followers yang tag nama saya di ruangan komen. Jadi, saya jawab di sini untuk panduan kita bersama.
1. Sensitive area atau private part adalah anggota badan yang tak boleh disentuh, dipegang, diraba, dicium, diramas atau lain-lain perlakuan ada 5.
2. Ia adalah MULUT, DADA, KEMALUAN (zakar/faraj), PUNGGUNG dan PAHA.
3. Seawal usia 2 tahun dah boleh ajar anak tentang hal ini.
Ads
Gambar hiasan
4. Kita biasa kan geletek anak di bahagian ketiak, tapak kaki, pinggang. Anak pun dah faham anggota badan tu akan rasa geli bila kita sentuh atau geletek. Sebab itu bila kita cuba geletek bahagian itu, dia cepat-cepat lari.
5. Ini bermakna anak maklum ada anggota badan yang bila disentuh akan rasa geli.
6. Maka, kita wajib bagi tahu pada anak ada anggota badan yang lain bila disentuh, mereka akan rasa tak selesa; mulut, dada, kemaluan, punggung dan paha.
7. Jika ada sesiapa sahaja cuba pegang, sentuh, raba, ramas, tarik seluar atau apa jua perlakuan melibatkan private part, ajar anak untuk lakukan 3 STEP ini.
a) YELL – jerit kuat-kuat
Ads
Gambar hiasan
b) RUN – lari selamatkan diri
c) TELL – bagi tahu ibu bapa atau guru tadika atau pengasuh atau sesiapa sahaja yang ada di lokasi berkenaan
8. Bukan sahaja tiada orang boleh menyentuh private part mereka, mereka pun tak boleh sesuaka hati buat benda yang sama kepada orang lain walaupun sesama adik beradik dan sepupu sekalipun.
9. Individu yang mencabul ini boleh jadi orang yang dikenali; suami, ayah, atuk, abang, adik, kawan-kawan, bapa saudara, biras, guru, ustaz, warden dan lain-lain.
10. Anak boleh hafal lagu-lagu Didi & Friends sebab sentiasa ulang video yang sama, seperti itu jugalah anak kena hafal 3 step di atas. Kita sebagai ibu bapa kena selalu ulang dan ulang.
Ads
Gambar hiasan
11. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah, ambil sehelai kertas A4, lukiskan anggota badan, warnakan gambar itu, kemudian minta anak bulatkan anggota badan yang tak boleh disentuh oleh sesiapa.
Gambar hiasan
12. Kena sentiasa cari moment untuk educate anak bab ini. Waktu siapkan mereka mandi, bersama dengan anak dalam kereta saat balik sekolah, tonton tv bersama dan lain-lain keadaan. Inilah yang dipanggil learning moment.
13. Sekiranya anak menjadi mangsa cabul (nauzubillah), terus report polis. Kanak-kanak tidak pandai menipu bab begini.
14. Untuk tindakan undang-undang memang renyah. Apatah lagi kes melibatkan antara kanak-kanak dan kanak-kanak yang lain atau antara sedara mara dan anak kita. Tapi ingat, fokus utama adalah anak kita. Kejahatan berlaku sekejap je, tapi trauma anak akan kekal sampai bila-bila.
Balik kerja dah tentulah kita penat seharian. Kerja pula bukan sekadar masukkan bahan dalam komputer dan simpan seperti dulu-dulu. Sekarang nak kena fikirkan dua tiga kerja yang terpaksa jalan sekali harung.
Sampaikan ada ibu nak tidur malam pun masih termimpi-mimpi pasal kerja. Malah ada juga yang sempat buat bahan ketika susukan anak jam tiga pagi. Ya..itulah cabaran ibu hari ini.
Nak masak? Ya soal masak memang jadi semakin mencabar bilamana kerja makin bertambah dan badan terlalu penat untuk masak. Akan tetapi yang semua ibu kena
tahu kuasa memasak sangatlah hebat bagi si kecil anda. Mengapa?
Momen indah dengan makanan
Dari kecil sampai besar makanan ibu nilah yang buat anak terkenang-kenang sampai bila. Sampai tahapnya sarapan pagi ibu misalnya akan jadi satu makanan tradisi yang tak mungkin si anak boleh cari di mana-mana walaupun hanya sekadar nasi goreng putih biasa tanpa ayam, bilis atau telur. Nasi Goreng Legend, Sedap sampai bila-bila.
Suasana kelam kabut
Balik rumah dah maghrib dan rumah jadi hingar bingar bila uruskan anak nak susu, mandi dan sebagainya. Ketika ini jugalah ibu berperang dengan periuk dan kuali di dapur. Tambah bingit bila si ibu hanya bagi arahan itu dan ini daripada dapur dan sesekali keluar menguruskan anak.
Itu belum masuk lagi anak nak berkepit dan pegang kaki ibu. Rimas tapi inilah momen yang akan dirindui satu hari nanti bila anak sudah mula memilih jalan mereka sendiri. Jadi jangan mengeluh.
Kenyang Perut
Bila perut lapar semua jadi tak kena. Anak meragam, ayah gelisah dan satu rumah boleh berdentum bila makanan tidak masuk ke dalam perut. Semua keadaan jadi tak tenang. Jadi sebaik balik ke rumah, cubalah memasak walau hanya berlaukkan telur kicap dan bilis goreng. Itu sudah memadai untuk buat perut kenyang. Bila perut dan kenyang, masing-masing boleh terlena dengan nyenyak.
Raikan hujung minggu
Hujung minggu jangan pula asyik makan di luar. Jadikan waktu hujung minggu waktu bersama dengan keluarga. Raikan mereka dengan makanan. Kalau nak hujung minggu saja tanyakan apa yang anak-anak nak makan supaya dia sendiri rasa gembira dan tak sabar.
Ajar anak-anak masuk dapur dan menikmati kesibukan kacau bilau dengan mereka dan kemudiannya makanlah bersama-sama. Itulah waktu emas bagi mereka. Semua ini momen indah.
Makanan tradisi
Ya..semua makanan ibu adalah makanan tradisi yang akan kita bawa bila sudah besar. Bila di rumah sewa kita asyik telefon ibu bagaimana nak buat resipi itu ini dan bila sudah berkahwin, kita minta ibu tolong ajarkan sampai sedap supaya kita nak suami dan anak-anak rasa sedapnya sama macam nenek buat. Kita nak anak-anak kita terkenang-kenangkan rasanya sampai besar.
Tahu apa anak mahu
Bila anak sudah besar, harus ada satu makanan yang memang dia suka sejak kecil. Misalnya nasi goreng atau sambal bilis ibu, air tangan ibunya sendiri. Kalau kita tak masak, macam mana nak tahu apa kesukaan anak-anak kita dan bagaimana menu tradisi nak disampaikan pada generasi akan datang.
Dan kerana itu jugalah kita perlu masak hari ini untuk anak-anak kita!
Tip Masak Ekpress
* Kisar bawang merah dan bawang putih pada hujung minggu dan simpan dalam peti ais.
* Ketika hendak pergi kerja, letakkan bahan basah seperti ikan di bahagian bawah supaya tidak perlu menunggu lama apabila hendak masak.
* Ikan pula simpan dalam bekas kecil untuk satu hidangan, supaya lebih cepat cair dan tak perlu tunggu lama untuk masak.
* Masak menu ringkas sahaja di malam hari. Pilih bertumis dan didih sahaja supaya lebih cepat.
* Tak perlu menu berat seperti bersantan atau yang dimasak lama seperti rendang dan sebagainya untuk anak-anak makan malam. Menu ringkas seperti masak
kicap, sayur tumis dan sebagainya sudah memadai.
* Fokus ketika memasak.
* Peruntukkan waktu hanya 30 minit atau paling lama 1 jam sahaja ketika masak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbanding sangat berjimat.
Tak berjalan ke mana-mana.
Tak langsung beli makanan sedap, beli yang murah sungguh.
Tak berbelanja untuk kebahagiaan sendiri.
Tak gembirakan anak-anak dengan berjalan sini sana.
Hidup dalam keadaan tak ceria, serabut, tertekan tanpa sedar, kerja dan kerja semata demi untuk menyimpan di masa akan datang.
Kemudian, dapat beli rumah tanpa hutang, di usia 50 Tahun.
Berbanding begitu.
Saya lebih rela, makan apa yang saya teringin nak makan, sekali sekala berjalan travel membahagiakan diri dan keluarga.
Membeli baju, reward diri sesekali enjoy-enjoy dan manjakan diri untuk berehat di hotel. Memberi pada yang memerlukan. Belanja anak saudara, adik beradik yang kekurangan. Walaupun tak mampu beli rumah, mungkin hanya menyewa, itu lebih saya sukai dan enjoy my life to the fullest.
Kita penuh duit dalam bank,
Namun anak-anak kekurangan kasih sayang, anak-anak tak ada memori menarik untuk dikenang. Kita berjimat dan menyimpan bersungguh, dengan harapan
“Nanti anak aku ada rumah. ada aset untuk aku tinggalkan…”
Ketahuilah. InshaAllah anak ada rezeki dia kelak. Allah sediakan.
Tapi, masa untuk bergembira, masa untuk dia ada memori kanak-kanak yang ceria, yang dia boleh cerita pada rakan-rakan tiada.
Saya lebih suka hidup yang gembira, bahagia, walau tak ada simpanan mana, cuma ada juga untuk kecemasan, yakin yang rezeki Allah sentiasa ada.
Berbanding ada duit banyak, beli benda itu ini cash, namun hidup tak ceria mana, tiada warna warni di sana. Rumah ada, namun tiada bahagia dalam isi rumah.
Kalau saya lah!
Biar kita takde duit full akaun bank.
Tapi we live our life to the fullest.
Supaya ketika hari kematian kita,
Kita tak cakap macam ni…
“Ruginya aku kumpul banyak harta, tapi aku abaikan anak, tak bawa anak jalan-jalan, tak bagi kenangan indah…aku kerja untuk bagi mereka selesa kelak…tapi mereka lebih inginkan kasih sayang, anak nak makan KFC pun aku sangat berkira…
I wish I make people around me happier…”
Tapi penting juga menyimpan, bukan joli sakan. Bergembira, namun masih sederhana. Hotel bajet pun dah mengembirakan, makan aiskrim murah pun tak tak kurang bahagia, pakai baju tak branded pun bukan tak bahagia.
Begitulah!
Sumber: Amalina Nudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyuap sepotong putu bambu yang masih panas ke mulut memang terasa nikmatnya. Apa lagi kala dikenakan dengan secawan kopi panas. Memang tak sedar kalau mak mentua lalu di belakang.
Selalunya kita membeli putu bambu di kedai tepi jalan yang di usahakan oleh peniaga kecil. Jarang sekali kita cuba buat sendiri di rumah. Maklumlah kena pakai acuan buluh. Takut tak jadi pula kalau cuba.
Tapi langkah yang dikongsikan oleh saudari Azila Abdullah di facebooknya tanpa menggunakan acuan buluh ini sangat menarik perhatian. Menariknya dia hanya memakai acuan lompang sahaja. Menarik!
“Petang ni kita try buat putu bambu.. alhamdulillah jadi. Sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi, rasa tepung je.. kena 3 biji dah kenyang.
Bahan:
2 cawan tepung beras
13 sudu makan air
Gula merah
Daun pandan
Garam sikit
Caranya:
1. Masak air dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam.
2. Bila sudah sebati, tutup apinya.
3. Dalam bekas berasingan, letakkan tepung beras dan masukkan air 13 sudu besar tadi.
4. Gaul tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
5. Ayak tepung dengan penapis yang sedikit besar.
6. Apabila sudah siap, masukkan tepung ke dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi di atasnya.
7. Kukus selama 15 minit.
8. Letakkan kain pada tudung periuk supaya tidak masuk air.
Nota: Jangan tekan tepung tu bagi padat ye..letak saja. Selamat mencuba!