Dalam diam , pelakon cantik manis Hannah Delisha selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya. Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon berkenaan di laman instagramnya sebentar tadi.
Mengimbau saat dapat menggenggam segulung ijazah di majlis konvokesyen, tentu itu menjadi antara detik begitu membahagiakan dalam diri.
Saat itu juga, dirasakan cukup seronok bila orang-orang tersayang turut bersama-sama berada disisi.
Namun berbeza dengan apa yang dilalui oleh wanita ini dan ianya dikongsikan untuk dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Saya Nurhafisah Ismail, berumur 28 tahun. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media di Universiti Malaya. Saya mendapat ijazah ketika saya berumur 26 tahun dan selepas setahun pemergian ayah tercinta ke negeri abadi.
Tak terfikir langsung yang saya akan menamatkan pengajian tanpa ayah disisi. Memang perit untuk terima sebab ini impian ayah dan mak. Ayahlah orang paling gembira dan teruja bila dapat tahu saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Banyak pengorbanan ayah yang menjadikan saya seperti sekarang. Kami pasang impian sama-sama. Ayah dah pencen sewaktu saya mendapat tawaran ke UM. Mulanya saya tak nak sambung sebab tiada sumber kewangan yang cukup dan memikirkan keadaan ayah yang tidak sepatutnya bekerja lagi. Tetapi, impian ayah terlalu besar untuk melihat saya mendapatkan segulung ijazah. Katanya, kalau betul nak belajar, duit boleh cari.
Selepas pencen, ayah masih bekerja sebagai pemantau kebun sawit demi mencari duit untuk menanggung pengajian saya. Ayah gigih cari duit walaupun dirinya sudah tidak sihat dan mempunyai masalah jantung.
Setiap kali saya daftar semester baru, ayah akan hantar saya ke UM. Saya dah besar, saya boleh buat urusan pendaftaran sendiri, tapi ayah nak juga hantar. Alasannya, nak tengok bilik adik.
Ayah selalu cakap, “Nanti dah habis belajar, bolehlah jadi wartawan. Nanti ayah boleh tengok adik dalam TV.” Itu yang saya ingat sampai sekarang, tapi saya tak dapat tunaikan impiannya itu.
Ayah pergi sewaktu saya cuti semester sebelum memulakan tahun pengajian yang ketiga. Tahun terakhir pengajian, tahun yang sangat mencabar. Saya pernah ambil keputusan untuk berhenti sebab semangat saya dah tak ada. Tapi, keluarga nasihatkan supaya saya teruskan pengajian kerana ini impian ayah.
Saya usaha sehabis baik untuk tamatkan pengajian. Rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu terutama dalam menyiapkan tesis akhir. Keluarga banyak memberi sokongan supaya saya terus kuat.
Saya tahu ramai lagi yang mempunyai kisah hebat bersama ayah atau ibu. Saya cuma berkongsi rasa setelah ayah tiada dan bagaimana saya menghabiskan sisa pengajian. Kalau ikutkan hati, memang saya tak habis belajar. Tapi, memikirkan impian ayah untuk tengok saya naik pentas dan menerima scroll, saya kuatkan semangat dan teruskan sampai habis.
Sewaktu konvo, saya terlupa yang ayah dah tiada sampai saya tercari-cari ayah. Tunang saya datang, bawa gambar lukisan ayah, baru saya sedar. Saya hanya mampu menangis sambil bercakap dengan gambar, “Adik dah konvo. Adik dah capai impian ayah.” Perit untuk terima. Orang yang selalu teruja bila saya cerita perihal belajar, saya ceritakan apa yang saya buat, kongsi semuanya, tiba-tiba dah tak ada.
Terlalu banyak pengorbanan ayah sampai saya tak tahu macam mana nak cerita. Terlalu banyak kenangan sampai saya tak tahu untuk gambarkan. Semuanya tersimpan rapi dalam ingatan saya.
Its the day, Hero. My big day. Supposely, you were there beside me, holding a bouquet of flowers and hugging me, taking pictures together with mom. Supposely. Physically you was not there. But, with that painting, i feel you. Besides me, hugging and crying together with mom. You will say, “ini anak ayah, anak ayah dah besar, lepas ni boleh kahwin.” I miss that, Hero.
Ketika itu semua orang tengok saya bawa “ayah”. Sampai datang seorang pakcik ni tanya, “maaf pakcik tanya, siapa ni?” Adik jawab, “ini ayah saya, ayah dah tak ada, saya bawa gambar saja.” Pakcik tu cuma mampu angguk, mata mula merah tahan sebak mungkin.
Ayah, terima kasih sebab galas tanggungjawab didik dan besarkan sata sampai tahap sekarang, sama-sama dengan mak. Ayah orang paling excited bila tahu saya dapat sambung belajar dekat UM. Setiap sem ayah akan hantar saya untuk daftar, semua orang tengok bila ayah gigih panjat tangga semata-mata nak tengok bilik saya, walaupun bilik tu tetap sama kedudukannya dan lelaki tak dibenarkan masuk pun. Hehehe. Tetap nak hantar.
Banyak lagi saya nak tulis. Pengorbanan ayah, gigihnya ayah cari duit, banyak sangat. Adik simpan semua kenangan kita. Ayah tunggu saya dekat pintu syurga ya. Nanti panggil nama, takut tak perasan ayah sebab ayah mesti handsome sangat waktu tu.
Cendawan memang sejenis sayuran yang cukup sensitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.
Apabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas.
Disebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama.
Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.
Ada caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.
BAHAN-BAHAN:
Cendawan segar
Kertas surat khabar
CARA-CARA:
1. Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.
2. Tanpa dibasuh terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.
3. Simpan dalam peti sejuk.
4. Bila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.
Selepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.
Disebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amalan minum kopi di kalangan masyarakat seperti sudah menjadi kebiasaan. Malah penangan minuman berkafien tinggi ini seperti sudah sebati dalam diri.
Jika tidak mendapatkannya sehari, boleh tak keruan hidup jadinya. Jadi tak mustahillah kopi sentiasa menjadi minuman utama dalam kehidupan.
Tapi awas! Amalan menikmati minuman ini sewaktu hamil dan berterusan boleh mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan.
Berdasarkan kajian jurnal JAMA Network Open, bayi yang terdedah kepada kafein ketika dalam kandungan cenderung untuk lebih pendek berbanding rakan sebayanya.
Menerusi 2,400 responden yang terdiri daripada wanita hamil, didapati anak yang dilahirkan daripada ibu yang mengambil kafein dan paraxanthine dalam kehidupan harian, lebih pendek.
Jurang ketinggian juga dilaporkan mengalami perbezaan seolah-olah anak berusia empat tahun dan lapan tahun.
Pun begitu, harus diingat kafein bukan hanya terkandung di dalam kopi sebaliknya meliputi coklat, teh dan juga air bikarbonat.
Maka disebabkan itu, pengambilan kafein dihalang khususnya untuk ibu hamil.
Bagaimanapun, pengkaji NIH, Jessica Gleason mengklasifikasikan dapatan kajian tentang perbezaan ketinggian itu masih rendah.
Baginya, kajian perlu lebih menyeluruh dan meliputi tahap kesihatan kanak-kanak terlibat serta adakah perbezaan ketinggian itu berlarutan sehingga dewasa.
Beliau juga menasihati supaya ibu hamil tidak panik dengan hasil kajian yang diperoleh itu kerana penelitian lebih lanjut diperlukan.
“Dapatan kajian ini bukanlah perbezaan besar dalam ketinggian meskipun terdapat bukti yang menyatakannya,” jelas Gleason.
Walaubagaimanapun, wanita hamil perlu berbincang tentang pengambilan kafein dengan doktor mereka bagi mengetahui kesan lanjut dan melihat perkembangan bayi dalam kandungan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...