Kegiatan produk timbang kilo lebih-lebih lagi melibatkan kosmetik bukan sesuatu yang baru dalam pasaran. Malah pihak kementerian sendiri giat menjalankan operasi untuk membendung perkara ini dari terjadi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kesan penggunaan produk-produk ini kepada masyarakat. Malah ianya juga membawa kepada meningkatan kes seperti penyakit kanser kerana bahan yang digunakan terdapat bahan larangan.
Atas rasa tanggungjawab, seorang yang dahulunya pernah terlibat dengan kes ini tampil membuat pendedahan bagaimana kegiatan ini beroperasi.
Namun pendedahannya itu telah mendapat ancaman dari ‘geng founder’ yang namanya tidak pun didedahkan. Semoga kisah ini dijadikan pedoman buat semua.
Apa yang kita lakukan, haruslah mendapat keberkatan.
POST NI DAH 3X KENA DELETE.
PENDEDAHAN EX-FOUNDER
Assalamualaikum semua, aku sebagai ex founder nak reveal sikit pengalaman buat bisnes tahun 2016 dahulu.
1. GENG FOUNDER
Atas ajakan rakan , aku sertai komuniti founder berpusat di negeri Vlantan. Diorang invite sebab diorang kata aku ada rupa dan boleh success. Kalau korang pernah tengok satu video founder2 berkumpul OOTD dalam sebuah rumah , ha geng tu la. Aku pun ada , tapi sebagai picisan je. Sebab aku bukan bangsa K , so taraf aku jatuh gred B atau C je.
Ads
2. SUPPLIER
Kilang kosmetik OEM bertaraf GMP ada di Vlantan , Kedah , Selangor , Perak dan Selangor. Aku dulu guna kilang di Jalan Klang Lama. Femes sebab time tu dia banyak jadi supplier Pomade. Masa aku lawat kilang , banyak spot banyak produk artis dan beberapa jutawan yang aku ingat dia ada kilang sendiri. Rupanya OEM juga.
Geng lain ada yang suggest pakai kilang thailand. Jauh lebih murah. Tapi disebabkan aku di Klang Valley , saya ambil disini saja. Lagipun diorang taknak bagi aku deal sendiri dengan kilang. Kena melalui diorang. Mungkin sebab aku bukan bangsa K. Produk Thailand juga dikenali Timbang Kilo , seperti gambar. Tak tau macam mana diseludup masuk tapi packaging kena buat sendiri.
3. PERBINCANGAN
Masa discuss dengan kilang , aku buat keputusan nak buat Krim Muka. Kilang listkan nak bau macam mana , bentuk macam mana . Ketika tu takda packaging. Buat diluar dan hantar ke kilang. MOQ minimum 500pcs. Satu jatuh kos RM 10.80. Aku boleh jual retail dalam RM30. Kilang tu sendiri akan uruskan dapat NOT KKM. Kalau buat di kilang thailand , kos modal quote dalam RM 3.40 (seplastik) tapi urusan KKM aku kena uruskan sendiri. Kalau korang ingat ada founder yang produk dia kantoi ada merkuri , haa dia pakai kilang Thailand la tu.
4. MODAL.
Kos produk awal dalam 15k. Kos marketing spend minimum dalam 30k termasuk sewa kereta , rumah dan fb/ig ads. Waktu tu tiktok orang tak pakai sangat dalam bisnes. So aku buat loan 40k dan tambah sikit duit simpanan dalam 10k.
5. DATABASE
Waktu tu Geng Founder ada share database agen yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit. Tak ingat berapa tapi dalam 5k jugak. Jadi jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pulak. Cuma stokis ni satu je mindset dia , produk baru , jadi yang terawal jual cepat2. Lepas tu cari produk lain.
Ads
6. MARKETING
Ada beberapa founder yang memang ada kereta super mewah akan bantu bagi kereta kat kami untuk marketing. Pilih je nak kereta apa. NAMA AKAN DITUKAR SEMENTARA KEPADA NAMA KAMI. TERMASUK INTERCHANGE NUMBER PLAT DAN SPRAY WARNA BARU. Dan ada agreement. Biasanya tempoh sewaan dalam 3 bulan ke setahun. Takda bayaran dikenakan.
Cuma mereka nak percent daripada jumlah keuntungan untuk sepanjang tempoh ‘sewaan’ tu . Bagi owner yang success, dia akan beli terus kereta tu sebab taknak dicop scammer bila tiba-tiba naik myvi 3rd gen dengan masalah oil filternya. Malu wey.
Bagi yang melingkup awal , kereta mewah tu akan dipulang balik.
Selain kereta , Founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Biasanya kami ambik beribu gambar dalam beberapa hari dan dengan baju yang berbeza . Tapi gambar tu akan dipost di media sosial sikit2 setiap hari. Oleh sebab lokasinya jauh di Vlantan , aku sewa 3 hari je.
6. JUALAN.
Aku berjaya jual 6000 pcs dalam masa seminggu je. Tapi semua aku jual dengan agen. Agen yang biasa buat fake review dan marketing. Keuntungan aku dapat dalam RM 12 setiap satu. So untung kasar dalam RM 90,000. Untung bersih dalam RM 40,000. Kalau aku pakai kilang Thailand, untung bersih aku akan jadi dalam 100k -200k. Sebab tu geng yang buat di kilang Thailand , mudah nak jadi jutawan dengan 2-3 cycle je.
Ads
7. END OF STORY
Oleh sebab aku start dengan beberapa penipuan , maka rasa bersalah dan aku tak sanggup teruskan. Dan aku pun stop. Ramai agen bising barang tak dapat dijual sebab aku tak aktif dalam IG dan dah stop upload gambar .
Ni antara penipuan aku buat yang juga diajar oleh Geng Founder :
1. Acah-acah ada kereta mewah. Penipuan dapat disorok sebab kereta tukar nama kepada nama aku dan nombor plat pun tukar.
2. Overclaim. Buat review palsu bersama agen dan founder lain Kami bertukar-tukar review je. Tapi banyak penipuan review agen yang buat dan share sesama diorang. Waktu tu aku ada dalam 40-50 orang agen satu Malaysia.
3. Acah-Acah ada rumah mewah. Padahal semua fake. Aku ambik beratus gambar dan upload ke IG sikit-sikit atas nasihat founder lain. Aku stop upload sebab setiap kali upload memang rasa bersalah teramat.
4. Yang ni aku tak buat. Tapi kesalahan aku adalah diamkan sahaja benda ni. Banyak produk Timbang Kilo dipasaran lulus KKM. Sebab apa yang dihantar untuk test lain. Tapi apa yang dijual lain. Harap KKM boleh perbanyakkan operasi. Ni antara skandal penipuan terbesar oleh Geng Founder ni
*Ada banyak lagi .
Bila mula dengan penipuan , kita akan tutup penipuan dengan penipuan juga.
Akhirnya , untung aku tu aku bagi sama rata dengan semua agen dan bayar full settlement loan. Sebab aku tak rasa keberkatan pun bila belanja duit tu.
Founder yang korang tgk kt ig/tiktok tu memang legit , tapi setelah berbisnes 1-3 cycles. Sebab lepas berjaya , dia akan beli rumah dan kereta mewah. Cuma , kejayaan mereka bermula dengan penipuan. Ada juga founder yang lepas sukses first cycle , stop buat dan gunakan untuk bukak restoren , kedai elektronik dan lain-lain.
SEKADAR PEDOMAN UNTUK SEMUA.
Sekian .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja Eco-Shop, terbayang deretan barangannya yang murah dan mampu milik dan menepati pilihan mak-mak untuk mengisi kelengkapan seisi rumah. Syurga bagi wanita.
Menepati pilihan mak-mak, Eco-Shop tampil memperkenalkan duta produknya, Baki Zainal yang cukup mesra menyantuni pelbagai golongan malah sentiasa dekat dengan alam.
Baki Zainal yang bernaung di bawah Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau dipilih sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Baki yang sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawabnya ini juga rupanya cukup komited dan bersemangat dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan.
Ia selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari, untuk sentiasa dekat dan melengkapi kehendak pengguna.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” katanya berkongsi.
Sebagai langkah pertama, Baki Zainal bersama Eco-Shop akan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini bukan hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Semoga Eco-Shop terus maju jaya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Antara impian yang ingin dicapai oleh setiap keluarga muslim pastinya menunaikan umrah atau haji bersama-sama.
Sudah pasti kenangan di Tanah Suci merupakan kenangan yang paling manis dan berharga untuk dikenang sampai bila-bila.
Namun lain pula dengan kisah satu keluarga ini yang mana momen yang mulanya bahagia apabila dapat menunaikan umrah bersama-sama bertukar duka setelah diuji oleh Allah SWT selepas ibu tercinta meninggal dunia semasa di sana.
Menerusi satu ciapan di laman Tiktok Ezzathur wanita berkenaan yang juga pemilik video dipercayai memuat naik beberapa rakaman perjalanan mereka sekeluarga semasa menunaikan umrah.
Ketika berada di sana, semua urusan perjalanan dengan lancar dan mereka sekeluarga kelihatan begitu ceria kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan melihat Kaabah buat kali pertama.
Kesihatan ibu merosot pada hari terakhir di Mekah
Bagaimanapun, di hari terakhir mereka sekeluarga di Mekah, ibu tersayang pula jatuh sakit hingga perlu dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas serta demam.
Lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan dan ayahnya dikejutkan dengan berita ibunya terpaksa ditidurkan selepas doktor mengesahkan beberapa organ dalamnya tidak berfungsi dengan baik.
Ibu meninggal dunia selepas 10 hari di ICU
Keadaan menjadi semakin sedih dan pilu apabila ibu tersayang disahkan meninggal dunia setelah 10 hari bertarung nyawa di wad ICU.
Difahamkan, jenazah arwah ibunya diuruskan di Tanah Suci Mekah dan turut disolatkan di Masjidil Haram bersama jenazah umrah yang lain sebelum dikebumikan di tanah perkuburan As Sharaya Mekah.
‘Ya Allah jemput kami lagi ke tanah sucimu, tempat mama kami bersemadi.”
Setiap orang mempunyai cita-cita yang didambakan dari kecil. Malah apabila meningkat dewasa, kita akan cuba untuk mendapatkan kerjaya yang diidamkan lebih-lebih lagi jika sudah mengambil pengkhususan yang berkaitan.
Namun kadang-kala rezeki tidak berpihak pada apa yang yang kita inginkan tetapi Allah gantikan dengan yang lebih bermakna untuk kita.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita, Rufaihah Ishak yang turut mengalami kekecewaan selepas terkandas dalam temuduga kerja pertama bagi jawatan pensyarah pada Disember 2022.
Mengakui dia sangat kecewa dengan kegagalan tersebut kerana ia adalah cita-citanya yang diimpikan sejak sekian lama.
Kata ibu kepada tiga cahaya mata ini, akhirnya akur dengan ketentuan Allah. Malah dia bersyukur kerana keluarga dan suaminya tidak lekang memberi kata-kata semangat supaya dia terus berusaha untuk mencapai impian.
“Pada awal tu suami berat hati apabila saya cakap nak mohon (jawatan pensyarah) tapi selepas saya yakinkan, dia akhirnya bersetuju dan membantu apa yang patut.
“Apabila dipanggil temuduga, memang rasa gembira sangat… saya bagi komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.
“Tapi apakan daya, saya tidak berjaya menempatkan diri malah semasa menghadirinya, saya sudah agak ‘senior’ berbanding calon lain yang rata-ratanya 20-an.”
Disebabkan ingin mengetahui siapa yang berjaya menjawat jawatan berkenaan, Rufaihah memuatnaik status di media sosial berhubung perkara tersebut.
Akhirnya anak kelahiran Klang, Selangor ini terkejut selepas mengetahui individu yang berjaya menyandang jawatan tersebut adalah seorang lepasan universiti yang tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja dan hanya berkelulusan ijazah.
“Saya ingatkan pesaing ada master dan sedang sambung doktor falsafah yang berjaya tapi rupanya bukan… selepas diselidiki, rupa-rupanya graduan baharu,” ujarnya yang berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam jurusan Peruncitan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Merasakan graduan baharu itu tidak layak, dia menceritakan situasi ketika temuduga kerja berlangsung.
Menurutnya, enam calon memasuki bilik yang sama dan duduk berhadapan panel penemuduga.
“Apabila diminta memperkenalkan diri, saya adalah orang pertama yang menjawab termasuk kesemua soalan yang diajukan… dan saya menjawabnya dengan baik.
“Masa ini saya terangkan sudah ada bisnes tetapi minat untuk menjadi pensyarah serta meneruskan cita-cita.
“Individu tersebut berbeza, dia hanya ‘copy and paste’ ayat saya sebab itu tak jangka dia yang dapat. Mungkin juga sebab dia graduan baharu dan sesuai dengan gaji yang ditawarkan,” luahnya sayu.
Meskipun masih berharap dapat mencapai cita-citanya itu, wanita berusia 34 tahun enggan terus dibelenggu kesedihan.
Dia kembali bangkit dan merencanakan perniagaan pakaian yang telah dimulakan sejak 2012 iaitu selepas tamat pengajian ijazahnya, supaya berkembang lebih besar.
Pada Februari lalu dia mula mengaktifkan diri dengan menghasilkan beberapa rekaan dan koleksi Hari Raya Aidilfitri.
Umpama rezeki terpijak, setiap rekaan yang dihasilkan di bawah jenamanya mendapat sambutan baik sehingga menjadi tular.
“Bayangkan dalam tempoh sejam, kira-kira 200 pasang baju terjual,” ceritanya yang memulakan perniagaan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberi kata-kata semangat dan berkongsikan kisah mereka yang pernah berhadapan situasi sama.
Ada juga yang menitipkan semangat agar wanita ini tidak putus asa dalam mengejar cita-citanya sebagai pensyarah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...