Sarat hamil anak kedua, pelakon cantik Zahirah Macwilson dilihat semakin cantik dan berseri-seri biarpun baby bumpnya semakin membesar.
Bahkan kata Zahirah, dia merasakan dirinya tidak banyak perubahan fizikal biarpun berat badannya naik 10kg.
“Kandungan saya enam bulan, nak masuk tujuh bulan dan masih lagi bekerja selagi mampu.
“Buat masa ini saya masih okay dan kuat lagi. Berat badan naik. Saya rasa perkara itu sesuatu yang normal tapi mungkin sebab saya aktif bekerja jadi tak nampak sangat.
“Saya naik 10 kilogram sekarang ini dan mungkin akan bertambah lagi,” kongsinya.
Ads
Bahkan kata ibu cantik jelita ini lagi, dia dan Aiman sudahpun mengetahui jantina anak kedua mereka tetapi akan mengumumkan bila sampai masanya kelak.
Tambah Zahirah lagi, anak sulungnya Isaac Raees insan paling teruja untuk menyambut kelahiran adiknya tidak lama lagi.
“Dia sangat teruja, setiap hari akan cium perut saya dan bercakap dengan adik. Dia pun sudah beritahu semua orang dia akan jadi abang.
Ads
“Nampak dia punya kematangan dan sikap seorang abang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu kata Aiman, isteri kesayangannya itu amat berbeza ketika hamil anak kedua ini. Jika dahulu Zahirah paling menjaga pemakanannya tetapi kini dia tidak kisah malah cukup sukakan makanan Melayu.
“Anak kali ini lain sangat. Dia aktif, tak tahu datang mana tenaga dia.
Ads
“Dia sebelum ini sangat menjaga pemakanan dan tak minum minuman bergas. Nasi-nasi semua tak makan, tapi kali ini dia belasah semua.
“Kali ini macam rasa Melayu sikit. Itu pelik bagi saya. Biasanya saya yang makan nasi lemak dan minum minuman bergas tapi kali ini dia,” katanya lagi.
Pelbagai video dan gambar-gambar yang dikongsikan sepanjang banjir besar yang melanda negara saat ini terutama di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Namun video yang satu ini meruntun hati ramai. Seorang ibu dilihat sedang membawa bayinya yang diletakkan di dalam besen mandiannya untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Tidak mahu terbeban mengendong bayi sambil mengharung arus deras, ibu dan bapa ini tekad meletakkannnya di dalam besen mandi.
Bayi yang berusia beberapa bulan itu kelihatan tenang berada di dalam besen mandian, dipayungi ketika hujan dan hanya memandang wajah ibunya sahaja.
Perkongsian video ini mendapat tontonan sehingga 3.8 juta di laman Tik Tok dan padat dengan doa rakyat jelata apabila ramai yang mendoakan untuk rakyat negeri yang mengalami banjir terus kuat!
Ramai juga yang meninggalkan komen supaya berhati-hati membawa bayi di dalam besen berkenaan kerana pernah ada kes bayi hanyut dan maut semasa bencana banjir yang lepas.
Jumlah mangsa banjir di negara ini terus meningkat bermula pagi semalam, apabila mencatatkan seramai 119,701 orang yang terjejas di sembilan negeri.
Antara negeri yang terjejas sehingga kini adalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor, yang mana ia membabitkan 38 daerah.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 119,701 orang daripada 36,032 keluarga ditempatkan di 697 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 pagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada seorang kakak berkenaan adiknya yang berusia 24 tahun dan kini sedang bertarung dengan kanser cukup menyentuh hati. Redo dengan ketentuan Ilahi, keluarga ini terus bangkit memberi semangat dan tidak putus doa disandarkan pada Ilahi agar adiknya itu tabah dan sabar melawan kanser.
Lalu, terpanggil untuk Keluarga.my berkongsi kisah keluarga ini dan diharapkan kita dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua yang kini sedang berjuang seperti mana saudara Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ini.
Dan ini perkongsian di akaun fb milik kakaknya Nur Arimi Suhada.
Keluarga kami antara yang terpilih untuk ujian ni .Siapa sangka doktor cakap ayah 50/50 makin sihat dan adik yang sihat tetiba sakit . Aturan Allah hebat.
Ayah –12 tahun lepas ayah jatuh sakit lumpuh separuh badan sebelah kanan akibat kuman block saluran darah selepas cabut gigi. Doktor cakap harapan ayah hanya 50/50 sebab dia tak kenal orang, semua tak boleh . Dunia kami gelap seketika waktu itu. Tapi ayah kuat, dia tak pernah mengalah. Dalam masa setahun dia banyak perubahan, sekarang dia sihat dah, Alhamdulillah.
Mama – 5 Tahun lepas Mama pulak sakit dimasukkan ke hospital . Diserang minor strok. Alhamdulillah tak teruk sangat, sikit-sikit mama dah boleh pulih . Tapi ujian tak sampai situ je , mama pulak jatuh dan kaki dia retak . Mula-mula doktor kata boleh simen pastu akan elok tapi sebabkan mama ada kencing manis tulang tempat retak tu hancur. Orang kencing manis ni tulang dia rapuh, dah 3 kali masuk hospital nak masuk besi tapi semua cancel sebab ada masalah jantung laju. Sampai la sekarang mama kekal menggunakan kerusi roda dan masih berulang alik hopsital untuk checkup.
Adik -Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ,24 tahun – Tahun ni adik pula. Ramai tanya tanda-tanda dia. Dia dah lama sakit dari tahun lepas tapi dia ingatkan sakit biasa tak nak check di hospital. Tapi Rabu lepas dia tak tahan sangat dah, jadi dia mintak kami bawa dia ke hospital. Terus doktor sahkan dia mengidap kanser tahap 4 . Semua berlaku dengan cepat, kami masih lagi tak percaya . Tapi tu adalah semua ujian Allah. Kami redha. InsyAllah kami kena kuat .
Alhamdulillah dia sekarang kurang rasa down , sebab ada support dari kami sekeluarga. Ramai bagi kata-kata semangat, bagi dia happy . Esok insyAllah dia akan ke HKL balik untuk chemo sesi ke dua . Dia ade 4 sesi chemo di KL dan Ipoh .
Imbas kembali
Tanda-tanda yang adik alami, dia macam angin pasang tapi dia mengeras . Kalau angin pasang sebab lebihan lendir, tapi adik dia tak. Dia mengeras dan makin besar bahagia yang sakit tu. Kami berubat cara kampung, dua tiga tempat kami pergi, tapi tak baik-baik. Dia tak nak check ke klinik atau hospital. Setahun lebih dia sakit, kejap ok kejap tak.
Adik tak suka bercerita yang dia sakit, lagi pun sebab dia kerja, duduk rumah lain. Kami sekeluarga tidak tahu tahap kesihatannya. Pun begitu, sekali sekala tu kawan dia ada call bagi tahu yang dia tak sihat sampai pucat-pucat. Makan ubat tahan sakit lepas tu ok balik. Sampai la tahap dia tak boleh jalan, lepas tu pakcik sedara HA klinik 1malaysia datang nasihat dia minta ke hospital dengan segera.
Berlaku sekelip mata
Pada 9 Januari masuk kecemasan, 10 Januari dapat pengesahan adik ada kanser dan pada 11 Januari terus transfer ke HKL.
Hari yang pertama di kecemasan doktor dah suspect cancer tapi tak pasti tahap berapa. Lepas tu, esoknya doktor bagi tau dia cancer tapi tak bagi tahu stage berapa. Dia call minta datang ke hospital sebab doktor pakar semua nak jumpa kami . Doktor kata sel kanser dalam badan dia dah merebak ke injap paru-paru dan paru.
Jadi kena cepat chemo dan transfer ke Hospital Kuala Lumpur. Kami sekeluarga terdiam menangis rasa dunia gelap sekejap . Sampai KL selepas buat pemeriksaan penuh, baru tahu adik kini stage 4. Cancer dia germinal cell tumor.
Dia down,menangis hari-hari dan saya hari-hari bagi tahu dia yang ramai doakan dia. Ramai nak dia sihat, sejak dia balik minggu lepas saya banyak bagi dia happy ,bergurau bagi dia lupa kesakitan dia.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Sungguh besar dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini dan didoakan agar Muhammad Syalihin terus tabah dan kuat melawan penyakit kansernya itu. Teruslah berusaha dan bergantung harap pada Allah agar ada kesembuhan untuknya nanti…Amin Ya Rabb!
Bersemut Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Norman Hakim Untuk Isteri Tercinta!
Kebahagiaan itu harus dicari, bukan mengharapkan ia datang begitu sahaja. Untuk itu, pasangan suami isteri harus suburkan perkahwinan dengan hubugan yang harmoni.
Memang dalam perkahwinan ada cabarannya, sedangkan lidah lagi tergigit, namun jangan jadikan ia sebagai ‘booster’ untuk hancurkan kasih sayang.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Begitu juga selebriti, pelakon popular Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza kini sudah memasuki ulangtahun perkahwinan yang ke 11. Wow, kukuhnya hubungan indah ini.
Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, ini menarik perhatian ramai peminatnya d media sosial. Norman memuatnaik foto perkahwinannya bersama isteri tercinta Memey Suhaiza.
Titip Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Yang ‘Sweet’
Norman memberi ucapan penuh rasa cinta untuk isterinya di media sosial, sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka berdua.
Terima kasih Ya Khaliq untuk ‘pelayaran bahtera’ rumahtangga kami untuk tahun yang Ke-11 ,tahun Masihi pada hari ini.
Alhamdulillah syukur untuk limpahan rahmat & kasih sayang Mu Ya Rahim.Permudahkanlah urusan ibadah,zakat,jariah & rezeki kami dalam mengejar Jannatul Firdausi Mu.Hijabkanlah kami didalam lindungan & rahmat Mu Ya Muhaymin.
Terima kasih juga buat sahabat2 yang sentiasa mendoakan secara zahir & batin.Hanya Ya Dhul Jalaliwal Ikram sahaja yang mampu membalas segala kebaikan buat sahabat2 semua🙏🏻
Dan terima kasih makmumku..isteriku untuk segala pengorbanan & kesetiaan.Ampun maaf diatas khilaf sepanjang memimpin & membimbingmu dalam perjalanan menuju ke pengakhiran yang abadi.
Ku mohon bantuan kerajaan Mu Ya Malik Ul Mulk didalam menyusuri perjalanan duniawi yang penuh dengan muslihat ini.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku”- Surah Taha ayat 39
PEMINAT BERI UCAPAN ULANG TAHUN UNTUK NORMAN DAN MEMEY
Melihat foto perkahwinan dan kapsyen ucapan ‘bersemut’ pelakon bertubuh sado itu, ramai peminatnya menitipkan ucapan bagi meraikan juga ulang tahun perkahwinan pasangan bahagia tersebut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.