Di sinilah segala persengketaan akan terungkai dan yang jauh didekatkan. Sebab itulah ramai yang sanggup ambil cuti lama untuk meraikannya dan menggunakan kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahim.
Bukan setakat bersama keluarga dan saudara mara sahaja, inilah masanya untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan yang bertahun-tahun tidak berjumpa.
Jika sebelum ini asyik sibuk dengan kerjaya, peluang inilah yang terbaik untuk berjumpa.
Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Rose Zainal apabila dapat bertemu semula dengan sahabat baiknya yang juga merupakan rakan sebilik sewaktu di universiti yang dikenali sebagai Yus Idawati, selepas 20 tahun berpisah.
Menerusi hantaran di laman TikTok, Rose yang kelihatan sangat teruja telah berkongsi momen bahagia itu dilihat begitu gembira menyambut kedatangan sahabatnya sekeluarga yang datang berkunjung ke rumah untuk beraya.
Ads
“Pertemuan selepas 20 tahun berpisah dengan sahabat baik saya. 3 Tahun kami jadi rakan sebilik.” Tulisnya di kapsyen.
Tambah runtun lagi, apabila Rose berkata, Idawati merupakan individu yang banyak membantu dan menjaganya ketika dia jatuh sakit ketika menjadi roomate.
Kongsi susah senang bersama. “Aku tiada duit kau belanja makan. Kalau aku sakit kau tolong tengokkan. Aku ingat lagi semua itu.”
Ads
“Sayang kau selamanya sahabatku Yus Idawati. Semoga ada rezeki kita berjumpa lagi.”
Video tersebut telah mengundang sebak dikalangan para netizen apabila melihat pertemuan semula dua rakan baik itu selain mendoakan persahabatan mereka kekal selamanya.
Ada juga yang melahirkan harapan untuk bertemu semula dengan rakan baik mereka di zaman belajar dulu kerana selepas tamat pengajian, ramai yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing sehingga tidak dapat meluangkan masa bertemu dengan rakan-rakan.
Ads
Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturrahim dan ikatan persaudaraan di antara kita semua.
Dalam dunia kanak-kanak, bermain bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya menjadi medium penting untuk perkembangan minda, emosi dan kreativiti.
Menyedari kepentingan ini, Hasbro tampil dengan satu kolaborasi menarik menerusi rangkaian Play-Doh Disney Junior Mickey Mouse Clubhouse yang menggabungkan elemen permainan kreatif bersama karakter ikonik kegemaran ramai.
Direka khas untuk kanak-kanak seawal usia dua tahun, koleksi ini memberi ruang kepada si kecil untuk meneroka imaginasi tanpa batas. Dengan kehadiran karakter seperti Mickey Mouse dan rakan-rakannya, setiap set bukan sahaja menghiburkan, malah merangsang daya fikir melalui aktiviti membentuk, mencetak dan mereka cerita sendiri.
Apa yang menarik, setiap permainan dalam siri ini membawa pendekatan ‘open-ended play’, di mana anak-anak bebas mencipta dunia mereka sendiri tanpa had atau peraturan tertentu. Ini secara tidak langsung membantu perkembangan kemahiran motor halus serta meningkatkan keyakinan diri ketika mereka bereksperimen dengan bentuk dan warna.
Antara produk yang diperkenalkan termasuk set Happy Stackable yang membolehkan kanak-kanak menyusun karakter kegemaran mereka menjadi pelbagai bentuk kreatif. Dengan bekas bertemakan Mickey, ia mudah dibawa ke mana sahaja, menjadikan aktiviti bermain lebih fleksibel sama ada di rumah atau ketika berkunjung ke rumah saudara-mara.
Bagi anak-anak yang gemar bercerita, set Shape a Story pula membuka ruang kepada mereka untuk membina jalan cerita sendiri. Dilengkapi dengan pelbagai alat seperti roller, stamper dan acuan interaktif, kanak-kanak boleh mencipta pelbagai babak menarik bersama karakter Disney Junior dalam satu pengalaman bermain yang lebih immersive.
Dalam masa sama, set seperti Stamp and Go dan Mini Kits sesuai untuk ibu bapa yang mencari pilihan permainan ringkas tetapi tetap menyeronokkan. Saiznya yang kecil memudahkan ia dibawa ke mana-mana, sekali gus menjadi penyelamat ketika perjalanan jauh atau ketika menunggu di luar.
Tidak ketinggalan, On-the-Go Playset pula menawarkan pengalaman bermain yang lebih menyeluruh dengan konsep lipat dan simpan. Anak-anak boleh mencipta pelbagai situasi seperti suasana bakeri atau bengkel, sekaligus memberi pendedahan awal kepada konsep dunia sebenar melalui permainan.
Secara keseluruhan, koleksi ini bukan sekadar permainan biasa, tetapi satu platform untuk ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Dalam kesibukan rutin harian, aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil menyokong perkembangan si kecil secara menyeluruh.
Pendek kata, Play-Doh Disney Junior Mickey Mouse Clubhouse membuktikan bahawa dunia imaginasi kanak-kanak sebenarnya bermula daripada sentuhan kecil di tangan mereka sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun sudah seminggu sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula, namun masih ada lagi murid yang belum dapat mengesuaikan diri. Perkara ini amat merisaukan ibu bapa terutamanya yang bekerja.
Mereka sukar untuk menguruskan anak-anak jika perkara ini masih berteruskan dan ianya juga akan menggangu pembelajaran kanak-kanak tersebut.
Bagi seorang ibu, gara-gara anaknya selalu menangisdan enggan ke sekolah, dia telah ‘menggertak’ anaknya itu dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis.
Ianya dipercayai berlaku di satu daerah di Sarawak menerusi loghat bahasa yang digunakan dalam perbualan tersebut.
Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq telah memaparkan kejadian lucu tersebut bersamakanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.
Abang Polis Pun Sama-Sama Berlakon
Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi ini dan sama-sama ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.
“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain berjanji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit untuk se sekolah selepas ini.
Ramai Terkejut Tonton Video Update Dari Ibu Selepas Insiden Ke Balai Polis
Selepas kejadian tersebut, ibu kepada kanak-kanak tersebut telahpun mengemaskini keadaan terkini anaknya itu di sekolah.
Kanak-kanak tersebut dilihat gembira apabila ibunya dapat menjemput pulang dari sekolah. Wajahnya yang ceria menggambarkan perasaannya ketika itu.
Dah Tak Menangis Ke Sekolah
Wajah ceria kanak-kanak ini untuk ke sekolah dapat dilihat sewaktu ibunya memuat naik video di dalam kereta sewaktu mahu menghantarnya ke sekolah.
Video yang dimuatnaik oleh wanita ini telah mendapat tontonan yang banyak di aplikasi TikTok. Ramai yang terlibur melihat aksi dua beranak tersebut dan ada juga yang mencuba tip yang dilakukan oleh ibu tersebut kepada anaknya yang mempunyai masalah yang sama, tidak mahu ke sekolah.
Ada waktunya, kita sebagai ibu bapa diam seketika memerhati anak bermain dan tanpa sedar, fikiran melayang ke zaman kecil kita sendiri. Balik sekolah, main sampai senja, dunia terasa luas walaupun sekadar halaman rumah.
Namun anak-anak hari ini membesar dalam realiti yang berbeza. Dunia mereka lebih pantas, luas, lebih tersusun dan sarat dengan rangsangan.
Rutin harian seperti aktiviti bermain yang dirancang, rangsangan pembelajaran awal serta pendedahan kepada teknologi asas menjadi sebahagian pengalaman membesar yang membantu membentuk perkembangan emosi, sosial dan personaliti mereka sejak kecil.
Semua ini merupakan pengalaman kanak-kanak moden yang penuh dengan peluang, tetapi juga hadir dengan cabaran tersendiri.
Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak mampu mengubah persekitaran tersebut. Tetapi kita boleh memilih bagaimana untuk menyokong perkembangan mereka dari dalam diri.
Kanak-kanak masa kini bukan sahaja aktif secara mental, malah sentiasa terdedah kepada rangsangan visual dan maklumat.
Penggunaan gajet yang menjadi medium pembelajaran dan hiburan membuatkan mata bekerja lebih keras, manakala aktiviti berstruktur pula kadangkala mengurangkan masa bermain bebas di luar rumah.
Apabila ruang untuk berlari, memanjat dan meneroka secara spontan semakin terbatas, perkembangan fizikal dan koordinasi juga memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
Pada masa yang sama, tuntutan pembelajaran dan rangsangan berterusan boleh membuatkan anak cepat letih atau sukar mengekalkan fokus.
Situasi ini menunjukkan bahawa perkembangan kanak-kanak hari ini tidak boleh dilihat daripada satu sudut sahaja. Kesihatan otak, kecergasan tubuh dan kesejahteraan mata semuanya saling berkait dalam membantu anak menjalani kehidupan harian mereka dengan baik.
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian mereka, malah sebagai asas menghadapi masa depan.
Dalam dunia yang semakin pantas dan sarat rangsangan, sokongan nutrisi yang tepat membantu anak membina keupayaan kognitif, kekuatan fizikal serta kesihatan visual yang diperlukan untuk terus belajar dan meneroka.
Kesihatan otak, misalnya, menjadi tunjang kepada proses pembelajaran, daya ingatan dan keupayaan anak mengekalkan fokus dalam pelbagai situasi.
Pada masa yang sama, perkembangan fizikal membantu mereka bergerak dengan lebih aktif, membina stamina serta keyakinan diri ketika berinteraksi dengan persekitaran.
Tidak kurang pentingnya ialah kesihatan mata, yang kini memainkan peranan semakin besar dalam kehidupan kanak-kanak. Keupayaan memberi tumpuan, membaca dengan selesa serta mengikuti pembelajaran berasaskan skrin semuanya berkait rapat dengan kesejahteraan visual mereka.
Memahami perubahan dalam dunia kanak-kanak hari ini, Fernleaf telah menambah baik Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak dengan Nutrisi SmartGro™ yang dirumus khas bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak merangkumi otak, mata, dan tubuh.
Formulasi ini diperkaya dengan:
c.) Protein & 100% Kalsium yang penting dalam menyokong pertumbuhan fizikal serta kekuatan badan.
Gabungan nutrisi ini menjadikan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf dengan Nutrisi SmartGro™ satu pilihan yang selari dengan keperluan kanak-kanak masa kini.
Ia ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 1–3 tahun dan 4–6 tahun, dengan pilihan perisa Plain, Honey serta Chocolate (untuk 4–6 tahun) bagi memudahkan ibu bapa memilih mengikut kesukaan anak.
Akhirnya, membesarkan anak dalam dunia yang sentiasa berubah mungkin terasa mencabar. Tetapi di sebalik semua perubahan itu, satu perkara kekal sama iaitu kasih sayang dan usaha ibu bapa untuk memberikan yang terbaik.
Kerana setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini, termasuk pilihan nutrisi, merupakan sebahagian daripada perjalanan panjang anak menuju masa depan mereka. Anak membesar hanya sekali. Pastikan mereka mendapat sokongan yang terbaik sepanjang perjalanan itu.
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.