Tahniah diucapkan buat pengacara, Jihan Musa yang mendedahkan dia kini hamil anak ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Jihan dan suaminya, Ungku Haris memuat naik video berkongsi perkhabaran gembira itu kepada ahli keluarga kedua belah pihak ketika menyambut Aidil Adha pada Jun lalu.
“Berita yang tidak dijangka, reaksi yang tidak dijangka.
“Alḥamdulillāhi ‘lladhi bi ni`matihi tatimmuṣ-ṣāliḥāt,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ads
Menerusi video kejutan yang dikongsikan itu, kedua-dua buah keluarga ternyata amat terkejut dengan pendedahan mereka sebelum kesemuanya bersorak gembira dan mengucapkan tahniah atas kehamilan itu.
Tambah menarik bila mana anak sulung Jihan, Arsalan turut sama mengumumkan kehamilan bondanya kepada ahli keluarga. Memang gamat.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Jihan turut sama mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu serta mendoakan agar kehamilan dipermudahkan hingga melahirkan kelak.
Terdahulu, Jihan dan suaminya, Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Dalam melayari alam rumah tangga, suami dan isteri harus saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja. Jangan apabila balik ke rumah, hanya seorang yang sibuk di dapur, manakala seorang lain melepak di depan tv sambil berehat.
Mungkin kerana sejak dulu lagi, kita sudah terbiasa dengan isteri atau ibu yang menguruskan rumah tangga termasuklah membuat segala kerja rumah. Jika suami yang melakukan, pasti ada yang memandang sinis dan menganggap lelaki tersebut takut bini dan sebagainya.
Hakikatnya ini memang kerja suami, dan untuk menjadi isteri yang baik, mereka “tolong” buat sebab kita tak sempat buat.
Perkongsian dari Nur Atiqah ini mungkin biasa pada pandangan orang lain, namun dari sisi seorang isteri ia satu perkara yang cukup bermakna.
“Ayang, dalam peti ais ada apa lagi?”
Ikan kembung ada 5 ekor, tenggiri sekor, ayam sebelah…”esok ayang pergi pasar ya, duit abang dah letak dalam beg, kalau tak cukup, ambik yang abang selit tepi laci almari tu…”
Esok bila balik kerja, “Ayang, pagi tadi pergi pasar habis berapa ringgit…?”
40 bang…”Dalam beg tinggal lagi brapa?”…30 lagi…saya ambik beg duit isteri, tambah lagi 50…Esok2 balik tanya lagi, duit kurang, kita topup…bukan nk bagitau yang saya ni banyak duit, tapi itu tanggung jawab suami…duit yang dia habiskan tu, semua untuk belikan barang2 untuk dia nak masak…bagi makan minum ni termasuk dalam nafkah & tanggung jawab seorang suami…
Pastu, buka mesin basuh, tengok ada pakaian tak basuh lagi…”Ayang, ada tak lagi baju2 kotor yang nak basuh…?”Dia ambik, masuk dalam mesin…kita pun masukkan air, masukkan sabun, biar mesin tu jalan sendiri…siap ja basuh, kita masuk dalam bakul…”Abang, tinggal la, esok ayang sidai…”… takpe, ni kerja abang, abg sidai jap je ni…
Hujung2 minggu, hari sabtu dan ahad, tanya isteri, “umah dah sapu ke yang?” Dah…dua ari lepas bang…”Ok, abang sapu lagi…” Jumpa la rambut dia, bergumpal sana sini…”Ayang, meh nak tgok kepala…” Dia pun datang…”Kenapa bang?” Saja, abang jumpa banyak rambut bila abang menyapu rumah, abang takut ayang dah botak je (saja gurau2 dengan isteri)…saya sambung sapu umah, mop umah, cuci kipas, lap almari…isteri jaga anak, suap anak sarapan sambil main basikal kat luar, saya dok dalam umah, buat kerja-kerja rumah…
Siap je kerja, ambik periuk nasi, basuh beras, masak nasi 2 pot, cukup la untuk kami satu keluarga…”Ayang, abang keluar beli lauk yang dah siap kat kedai…hari ni ayang tak payah masak, cuti, berehat…”
Ini adalah antara tanggungjawab seorang suami dalam rumah tangga…jangan bersikap lepas tangan dan menganggap ini tanggung jawab dan tugas seorang isteri…bila suami ada kesempatan, ada masa, kena buat semua kerja-kerja ni dan bukannya mengadap hp atau keluar melepak dengan kawan-kawan.
Didik diri untuk buat kerja-kerja umah…ini kerja suami…
RasulullahSAW pun banyak membantu isteri-isterinya dalam melakukan kerja-kerja rumah apabila baginda ada masa lapang…Sunnah ni, jarang suami-suami nak ikut, tapi kalau sembang bab poligami, terangkat bontot nak ikut…tepuk dada tanya diri sendiri la ye sama ada kita dah buat belum tanggung jawab ni. Kalau selalu buat, lama kelamaan dah jadi biasa…not a big deal pun.
Hakikatnya ini memang kerja suami, dan untuk menjadi isteri yang baik, mereka “tolong” buat sebab kita tak sempat buat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia sebentar tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh Ebit Lew menerusi media sosialnya. Menurut Ebit, jenazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.
Ebit berkata, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak.
“Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.
“Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah.
Ebit sebelum ini berkongsi kisah sedih mengenai keadaan ayahnya selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap akhir. Salam takziah buat Ebit dan keluarga. Semoga tabah dengan dugaan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan.
Dengan kata lain, anak-anak memerlukan bantuan kita terutama dalam keadaan seperti ini. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi… hati dan jiwa mereka tercalar.
Berikut perkongsian oleh Ibu Rose – Mesejnya Kasih yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan tentang bagaimana cara untuk mengawal anak yang suka mengamuk terutama mereka yang berusia 2 hingga 6 tahun:
Pertama – Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.
Kedua – Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.
Ketiga – Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata- kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.
Empat – ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dengan tenang dan dalam-dalam. Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dengan tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.
Lima- Tenangkan diri anda dulu – Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakkan apinya. Lihat punca mengapa dia mengamuk dan sebagainya.
Enam- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
Tujuh- Minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.
Lapan- Setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik untuk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya.
Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di