Pelakon, Lisdawati berkongsi kegembiraan dan menitipkan rasa syukur selepas anak ketiganya yang juga merupakan model muslimah, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.
Memuatnaik berita tersebut di laman Instagramnya, isteri kesayangan Fauzi Nawawi ini turut mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya itu bersama pasangannya yang dikenali sebagai Afiq akan kekal hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah selesai sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ke 3. Semoga Allah swt merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat.
“Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis ini. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
Lisdawati dalam pada itu turut memohon maaf kepada mereka yang tidak mendapat undangan memandangkan majlis tersebut diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengelak covid-19.
“Maaf juga kepada Mereka yg tak dpt kami jemput atas sbb2 SOP yg terhad. Terima kasih juga kepada pihak besan dan seluruh ahli keluarga yg dtg dr jauh. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Pasangan dua merpati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan persalinan rona putih beserta songket hasil sentuhan pereka Shanell Harun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon ini menitipkan ucapan tahniah buat pengantin baru. Tak kurang yang kagum dengan Lisdawati yang tetap awet muda dan wajah tak dimamah usia.
ifatifah_ Kak lis umur berapa ni.. Kenapa muka muda je tapi anak ke tiga pun dah besar ni…. 😍😍… Tahniah kak lis…barakallah untuk pengantin dan suaminya
shafiraemyzaTahniah kak lisda n abg fauzi terima ahli baru dlm family. Semoga perkahwinan mereka dilimpahi kasih syg allah 🤲🏼
cikguiqa_tasneeemMasyaAllah Tabarakallah… kedua-dua pasangan sama cantik sama lawa..semoga istana yg dibina berkekalan hingga ke syurga Allah
fttyttnAlhamdulillah…syukur ….Tahniah …bertambah ahli keluarga…
Penyakit buah pinggang sering kali digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana gejalanya yang hadir secara perlahan tanpa disedari. Dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap penyakit ini hanya mengetahui keadaan sebenar apabila ia sudah berada pada tahap yang serius.
Situasi ini berlaku kerana ramai tidak menyedari tanda-tanda awal yang mungkin dianggap biasa atau tidak berbahaya. Hakikatnya, kegagalan mengenal pasti tanda-tanda awal boleh membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa.
Antara tanda-tanda awal penyakit buah pinggang termasuklah rasa keletihan yang melampau walaupun mendapat rehat yang mencukupi. Ini berlaku kerana buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan, lantas mengganggu sistem tubuh.
Selain itu, bengkak pada bahagian muka, tangan, atau kaki juga sering berlaku akibat penahanan air dalam badan. Tanda ini sering kali tidak diberi perhatian kerana disalah anggap sebagai masalah sementara.
Perubahan pada air kencing juga merupakan petunjuk penting. Air kencing berbuih atau berwarna keruh mungkin menunjukkan kehadiran protein dalam air kencing, satu tanda jelas bahawa buah pinggang sedang bermasalah.
Ada juga yang mengalami kencing yang kurang daripada biasa atau rasa sakit semasa membuang air kecil. Nafas berbau, hilang selera makan, dan tekanan darah tinggi yang sukar dikawal turut menjadi antara gejala yang lazim dialami oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.
Golongan yang berisiko tinggi termasuklah pesakit diabetes dan darah tinggi, kerana kedua-dua penyakit ini memberi tekanan besar kepada fungsi buah pinggang.
Selain itu, individu yang mempunyai sejarah batu karang juga berisiko tinggi kerana komplikasi batu karang boleh merosakkan struktur buah pinggang. Perokok tegar dan mereka yang mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan tanpa kawalan juga perlu lebih berhati-hati, kerana amalan ini boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang dalam jangka masa panjang.
Namun begitu, penyakit buah pinggang sebenarnya boleh dicegah jika langkah-langkah pencegahan diambil lebih awal. Pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti ujian darah dan air kencing adalah sangat penting bagi mengesan sebarang masalah sebelum ia menjadi lebih serius.
Selain itu, tekanan darah dan paras gula dalam darah perlu dikawal dengan baik untuk mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang.
Tabiat pemakanan juga memainkan peranan penting. Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi setiap hari membantu memastikan buah pinggang berfungsi dengan baik, manakala pengambilan makanan masin dan tinggi garam perlu dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan tekanan pada buah pinggang.
Elakkan juga minuman manis yang boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti obesiti dan diabetes.
Kesedaran tentang kepentingan menjaga buah pinggang adalah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat. Jangan tunggu sehingga tanda-tanda serius muncul, kerana pada ketika itu, pilihan rawatan mungkin terhad.
Sebaliknya, jadikan penjagaan buah pinggang sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Ingatlah, buah pinggang yang sihat adalah kunci kepada tubuh badan yang sihat. Sayangi diri anda, lindungi buah pinggang anda!
RINGKASAN
Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang:
1️⃣ Kerap keletihan walaupun cukup rehat.
2️⃣ Bengkak pada muka, tangan, atau kaki akibat penahanan air.
3️⃣ Kencing berbuih atau berwarna keruh (tanda protein dalam air kencing).
4️⃣ Kencing kurang daripada biasa atau sakit ketika membuang air kecil.
5️⃣Nafas berbau
6️⃣hilang selera makan .
7️⃣ Tekanan darah tinggi yang sukar dikawal.
Siapa Berisiko?
🔸 Pesakit diabetes dan darah tinggi
🔸 Individu dengan sejarah batu karang
🔸 Perokok tegar & pengambilan ubat tahan sakit berlebihan
Apa Perlu Dilakukan?
Jangan tunggu tanda serius muncul. Lakukan:
✅ Pemeriksaan kesihatan berkala – ujian darah dan air kencing.
✅ Kawal tekanan darah dan paras gula.
✅ Minum banyak air kosong, elakkan minuman manis dan
✅ Kurangkan makanan masin dan tinggi garam.
Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan tenaga yang cukup luar biasa. Sementelah terpaksa melakukan dua kerja yang bukan mudah. Kena siapkan keperluan rumah tangga dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan tugasan di pejabat dengan sempurna. Justeru, soal kesihatan cukup penting dan harus dititikberatkan baik dalam kesihatan dalaman mahupun luaran. Barulah suami bertambah sayang.
Bagi ibu-ibu di luar sana, Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya berkongsi petua yang cukup mudah dalam memastikan kesihatan terpelihara. Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Antara Kelebihannya:
1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2.Mengeluarkan angin dalam badan.
3.Anti kanser
4.Memecahkan lemak-lemak.
5.Mengurangkan masalah bau badan
6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4.Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk menarik selera anak-anak makan kadang kala bukan mudah. Lagi lagi bagi yang jenis memilih. Ibu-ibu kena tahu apa kegemaran atau kesukaan mereka barulah mudah untuk pancing selera nak makan kan.
Admin kongsikan satu resipi mudah tetapi pasti anak-anak sukakannya. Cara nak buat pun ringkas jer, tak mengambil masa yang lama.