Kisah wanita hamil, Jahidah Nordin yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada pertengahan tahun ini menggemparkan masyarakat. Dia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.
Terbaru, Harian Metro melaporkan, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Jahidah sebelum ini telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.
“Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah lahirkan ‘baby,’ pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Baby sihat dok kata,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.
Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Dia pada mulanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Tuntutan hidup masa kini memerlukan isteri perlu bertindak bijak tanpa perlu menyerahkan masa depan sepenuhnya ditangan suami.
Ada banyak faktor menyebabkan kita sebagai isteri perlu berdikari, umpamanya jika suami tidak berminat dalam hal hibah.
Ini dijelasjan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad untuk info bersama. Jom semak.
BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH?
1. Bencana kewangan buat wanita bermula bila suami meninggal, penceraian berlaku, ketua keluarga kemalangan, masalah kesihatan melanda atau ada hati dengan gadis jelita Alya.
2. Jangan bergantung pada suami sepenuhnya hidup ini. Buat simpanan sendiri. Jika suami tiada kesedaran kewangan, jangan kongsi berapa simpanan yang kita ada.
3. Mula belajar beli aset pelaburan seperti emas dan hartanah. Saya adakan kampen ‘Gadis Bistari Ada Rumah Sendiri’. Beli sebuah rumah kecil sahaja dan bermula.
4. Ambil perlindungan diri, jika bencana datang pada diri dan suami ada takaful melindungi.
5. Jadi Gabenor Kewangan Keluarga, urus kewangan keluarga dengan baik. Wujudkan Tabung Simpanan, Tabung Pelaburan dan Tabung Perlindungan.
6. Jangan utamakan tabungan pendidikan anak hingga lupa dana persaraan diri sendiri.
7. Bab duit jangan beremosi, suami nak pinjam duit suruh buat Pinjaman Peribadi mohon hindari diri. Jangan buat hutang kerana Terlalu Sayang!
8. Pujuk suami beli aset pelaburan hartanah, jika dia tak berminat himpun duit sendiri dan belilah sebuah rumah kos rendah.
9. Jangan terlalu lama menyewa, didik suami beli rumah sebelum ada anak pertama.
10. Hidup ini bukan berserah pada takdir, kita yang harus tadbir dengan baik.
Suami gaya Shahrizal yang tak boleh buat keputusan ada dimana mana.
Generasi milenial seringkali dianggap sebagai generasi yang beruntung kerana berada dalam zaman perkembangan teknologi yang luar biasa. Sayangnya, pakar kesihatan mendapati bahawa generasi ini sebagai generasi yang paling mudah sakit dan memiliki risiko mati muda paling tinggi dibandingkan dengan generasi-generasi sebelumnya.
Laporan yang dikeluarkan oleh Blue Cross Blue Shield menyebut generasi milenial mempunyai jumlah yang mati muda lebih banyak berbanding dengan generasi lain. Mereka mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan dan lebih cenderung untuk membelanjakan lebih banyak wang merawat masalah kesehatan.
Sebagai informasi, Blue Cross Blue Shield adalah salah satu syarikat insurans yang mempunyai lebih dari 100 juta orang yang berdaftar di Amerika Syarikat. Mereka mengeluarkan data ini setelah melakukan analisis bersama dengan Moody’s. Hasil dari penelitian ini kemudian diberikan ke Centers for Disease Control and Prevention (CDC), badan berautoriti yang mencegah dan mengendalikan pelbagai penyakit di Amerika Syarikat.
Kesimpulan dari data amat mengejutkan kerana dijangkakan sepuluh tahun akan datang, akan berlaku peningkatan kira-kira sebanyak 40% kematian dalam usia yang akibat pelbagai jenis penyakit. Akhirnya dibimbangi, mereka tidak mampu membiayai rawatan untuk masalah kesihatan mereka kerana kos yang semakin meningkat.
KEMURUNGAN ANTARA PUNCA
Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh generasi milenial ini adalah kemurungan, kemalangan dn kecederaan akibat kemurungan, kekurangan nutrisi (akibat tiada selera untuk makan makanan yang sihat) akibat gangguan kemurungan dan penyalahgunaan ubatan/dadah (akibat kemurungan).
Sebagai contoh, dalam tahun 2014 hingga 2017, jumlah pengidap masalah kemurungan di kalangan generasi milenial meningkat hingga 30 peratus. Kes bunuh diri, pembunuhan yang melibatkan masalah kemurungan, dan akibat penyalahgunaan ubat dan dadah akibat kemurungan semakin meningkat.
Ramai saintis menyebut ada beberapa cara yang boleh kita lakukan agar berada dalam keadaan lebih sihat. Antaranya:
1. Memperbanyakkan Pengambilan Sayuran Hijau
Sayuran hijau mempunyai kandungan mineral, vitamin, dan antioksidan yang tinggi dan mampu memperkuat sistem ketahanan tubuh dan menyihatkan saluran penghadaman. Ketahanan tubuh sendiri akan bertambah baik apabila system penghadaman kita menjadi bertambah baik. Kesihatan fizikal dan mental akan meningkat.
2. Selalu Berehat dengan Cukup Setiap Malam
Salah satu faktor yang membuatkan generasi milenial mudah sakit adalah tidak mendapatkan waktu tidur yang cukup setiap malam. Tak hanya karena faktor pekerjaan, ia juga boleh disebabkan oleh amalan bersukan, bermain gajet elektronik, menonton program di televisyen, dan hal-hal lain yang dilakukan pada waktu malam. Kurang rehat pada waktu malam ( dan tidak cukup tidur) akan mengganggu system daya ketahanan tubuh dan akan menyebabkan mendapat penyakit kronik pada waktu yang muda.
3. Rajin Melakukan Aktiviti Fizikal
Tidak dapat dinafikan bahawa melakukan aktiviti fizikal akan membuat kita menjadi lebih sihat dan tidak mudah mendapat penyakit. Lakukan setidaknya 30 minit setiap hari di waktu siang bagi mengatasi stres dan keradanganyang menjadi sumber utama berbagai macam masalah kesihatan.
Melakukan aktiviti fizikal juga akan membuatkan peredaran darah meningkat, menurunkan tekanan darah dan kolesterol, memperbaiki fungsi hormon, sekaligus memperkuatkan sistem daya tahan. Kita akan dapat mencegah diabetes, kanser, penyakit jantung, stroke, dan lain-lain jika rutin melakukannya. Tetapi lakukan pada waktu siang dengan mengikut kadar kemampuan kita.
4. Mendapatkan Bekalan Lemak Sihat dengan Cukup
Pastikan untuk kita mengambil makanan yang mempunyai kandungan kandungan minyak sihat (yang mengandungi omega 3) yang tinggi seperti ikan salmon, ikan tuna, dan kuning telur. Mengamalkan suplemen lemak sihat seperti minyak zaitun dan vitamin E juga boleh dijadikan pilihan untuk memperbaiki kesehatan tulang, jantung dan saluaran darah, serta sistem daya tahan tubuh. Kita juga sangat disarankan untuk menikmati sinar matahari pada waktu pagi setiap hari untuk memastikan tubuh mempunyai vitamin D yang mencukupi.
5. Tidak Merokok
Merokok adalah sumber dari pelbagai jenis penyakit kronik dan ia seharusnya dihindari. Begitu juga pengambilan alcohol, ubat-ubatan penenang yang berlebihan dos dan penyalahgunaan dadah.
Semoga ia bermanfaat.
Sumber: Smoothers, Hannah. 2019. Millennials Will Get Sick and Die Faster Than the Previous Generation. (Dibaca pada 8 November 2019)
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...