Di kala seorang anak mendambakan doa ibu ayah bagi memohon restu menempuh peperiksaan, sebaliknya buat seorang pelajar ini yang kehilangan bapa hari ini.
Khabar sedih diterima ketika memasuki dewan peperiksaan untuk mengikuti kertas sejarah. Hati mana yang tidak pilu, menghadapi saat ini.
Menerusi perkongsian facebook milik seorang guru, Badariah Mohd Mohaidin berkongsi duka dengan berita ini.
_______________________________
Al-fatihah, kuatkan semangat.
Ads
Menghampiri pukul 10.00 pg utk peperiksaan Sejarah K2.. Van jenazah singgah ke sekolah.. Seorang ayah yg sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru)..
Mohon doakan Allah berikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM…Anak ini diuji dengan pemergian ayahnya hari ini…Allahu Akbar…
Ads
Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh… aamiin ya rabbal’alamin
MOGA TABAH DIK!
Ads
Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan simpati kepada pelajar berkenaan dengan mendoakan agar tabah hadapi dugaan itu. Antara luahan hati warganet.
“Hebat juga ujian untuk mu dik.. Allah lebih menyayangi Ayah mu.. semoga di akhirat kelak Kita akan bersama keluarga Kita,ibu Ayah Kita di syurga … amiin ya Rabb.
“Salam takziah .. Ya Allah , kuatkan laa hati adik Haikal agar dia dpt mnjawab peperiksaan dgn tenang .. permudahkanlah urusan dnia akhirat adik Haikal .. buat sehabis baik adik Haikal .. hadiahkan kejayaan adik utk arwah ayah .. InsyaAllah.
“Ya Allah.. Sebak rasanyaa.. Semoga adik ini berjaya dlm pelajaran dan kehidupan.. Buktikan pada ayah.. Adik boleh buat.. Balas jasa dia… Walau dia dh xde… Jaga mk bebaik.. Ya Allah… Semoga adik ini berjaya dunia akhirat.. Semoga roh ayahnya ditempatkan dikalangan para solehin.. Salam takziah(al-fatihah dibaca).
Sumber: Badariah Mohd Mohaidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Garam adalah salah satu bahan yang wajib digunakan dalam masakan. Jika tak ada bahan ini, masakan jadi tidak enak.
Namun tahukah anda, jika salah penggunaannya dalam masakan, khasiatnya akan hilang. Nampak remeh. Tapi ia penting untuk kesihatan tubuh badan ini. Sebagaimana perkongsian Dr Fatimah Salim.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
GARAM
Sejak dahulu lagi, garam telah menjadi bahan perasa dan pengawet dalam makanan dan minuman. Percaya atau tidak, rasa sedikit masin garam mampu memberikan rasa manis kepada buah, dan mengurangkan rasa pahit sayuran. Manakala penambahan garam kasar kepada makanan juga boleh memberikan tekstur unik dan sesasi ranggup kepada makanan.
Tahukah anda garam juga merupakan nutrisi sangat perlu untuk memastikan proses biologi badan berjalan dengan optimum?
YA. Garam penting untuk penyeimbangan cecair badan, dan memastikan sistem saraf dan otot badan kita berfungsi dengan baik.
Garam terbentuk daripada bahan kimia ionik iaitu natrium klorida (NaCl). Asasnya rasa masin garam adalah disebabkan oleh ion natrium (aka sodium), Na+ yang berinteraksi dengan reseptor masin pada lidah. Terdapat beberapa jenis garam iaitu, garam meja/ garam putih (table salt), garam batu (rock salt), garam kosher, garam merah jamu Himalaya/ garam pink (Himalayan pink salt), garam celtic dan garam hitam (black salt), dan garam laut (sea salt).
Antara jenis garam ini, yang sering dibandingkan adalah garam meja/garam putih dan garam Himalaya. Garam putih diperolehi daripada air laut dan dasar bumi. Garam ini melalui proses pemurnian untuk mengasingkan sebarang bahan asing. Setelah dimurnikan, garam putih biasanya ditambah dengan bahan penstabil natrium ferrocyanide, natrium aluminosilicate dan magnesium carbonate. Umumnya garam putih mengandungi 99.7% natrium klorida.
Garam pink Himalaya pula berasal dari kawasan perlombongan garam Khewra, berhampiran Himalaya, Pakistan. Garam pink mengandungi 98% natrium klorida dan 2% lagi mineral lain seperti potassium, magnesium, calcium, iron, zinc dan chromium.
Bergantung kepada tempat melombong, disebabkan tiada proses pemurnian, garam jenis ini ada potensi mengandungi pasir, juga logam toksik seperti merkuri, asenik dan plumbum. Perlu diketahui, warna pink pada garam ini disebabkan oleh mineral iron aka ferum yang teroksida, atau dalam bahasa mudahnya karat.
Jika dilihat pada kandungan natrium klorida garam putih dan garam pink, ia lebih banyak dalam garam putih. Maksudnya garam putih lebih masin. Maksudnya untuk menghasilkan rasa masin yang sama, jumlah garam putih yang perlu ditambah dalam masakan adalah sedikit jika dibandingkan garam pink. Kajian menunjukkan perbandingan kandungan minerals dalam garam putih dan garam pink adalah sangat sedikit.
Menariknya, garam putih juga ditambah dengan iodin. Di sesetengah negara, garam juga boleh ditambah dengan zat lain seperti asid folik, zat besi, florida dan diethylcarbamazine untuk menghalang penyakit yang berkaitan. Garam dijadikan sebagai bahan yang sangat berkesan untuk memberikan iodin kepada umum kerana ia tidak mudah rosak dan merupakan keperluan asas dalam memberikan rasa kepada makanan.
Sesungguhnya kekurangan iodin yang berpanjangan boleh menyebabkan muka menjadi sembab atau bengkak dan goiter. Ia boleh menyebabkan kerosakkan intelektual hingga terencat akal yang teruk di kalangan kanak-kanak dan hipotiroidisme (di mana pengeluaran hormon tiroid di bawah paras normal) pada golongan dewasa.
Umumnya iodin boleh diperolehi daripada pemakanan harian seperti kebanyakkan makanan laut seperti ikan, udang dan rumpai laut, produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju serta telur.
Iodin ditambah ke dalam garam komersial biasanya berbentuk potassium iodate, potassium iodide, sodium iodate, atau sodium iodide. Jumlah yang ditambah adalah bergantung kepada pengeluar (5-25 mg/ kg garam). Bagi mengurangkan kadar kemeruapan iodin dan pengumpalan serta retakan pada struktur garam, ia juga ditambah dengan dextrose dan sodium silicoaluminate.
Pun begitu, keberadaan iodin yang ditambah dalam garam ini adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah
• Jumlah iodin yang ditambah semasa proses pengiodinan
• ketidakseragaman taburan iodin dalam garam di antara batch dan setiap paket bungkusan.
• kehilangan/ degradasi iodin disebabkan oleh bahan asing seperti magnesium klorida, pembungkusan dan faktor persekitaran semasa pengendalian dan penghantaran.
• kehilangan iodin dalam garam boleh berlaku semasa penyimpanan paket yang telah dibuka disebabkan suhu persekitaran dan kelembapan yang tinggi melalui proses pengoksidaan dan pemejalwapan (sublimation).
• Jumlah iodin daripada garam juga akan berkurangan dalam proses memasak makanan.
CARA YANG BETUL DIGUNAKAN DALAM MASAKAN
Kadar kehilangan iodin dalam proses memasak adalah bergantung kepada kaedah memasak dan durasi garam dimasukkan dalam masakan. Semakin lama dan tinggi tekanan masakan yang digaram dimasak, semakin banyak iodin termusnah. Dapatan kajian menunjukkan kaedah memasak menumis seketika (1 minit 15 saat) adalah paling kurang jumlah kehilangan iodinnya (6.58%), manakala memasak dengan periuk tekanan tinggi selama 26 minit memusnahkan lebih daripada separuh kandungan iodin garam (51.08%). Untuk durasi masakan dengan kaedah memasak merebus, memanggang, menggoreng, dan penggunaan ketuhar gelombang mikro adalah masing-masing 40.24%, 10.57%, 10.40% dan 27.13%.
Ini jelas menunjukkan bagi mendapatkan khasiat iodin secara optimun daripada garam yang diiodin, kita perlulah memasukkan garam dalam masakan di akhir proses memasak. Garam juga perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara untuk mengurangkan pengoksidaan iodin.
Kajian menunjukan, pengambilan garam yang berlebihan boleh mengurangkan kandungan kalsium tulang (osteoporosis), masalah buah pinggang and meningkatkan tekanan darah terutamanya kepada individu yang sensetif, berat badan berlebihan, berusia, dan penghidap darah tinggi. Pengambilan garam yang berlebihan juga dikaitkan dengan kanser perut.
Begitu bahaya garam berlebihan, kekurangan garam dalam badan (hyponatremia) juga mengancam kesihatan badan. Ini kerana garam mudah dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan seperti kencing dan peluh. Kekurangan dalam badan boleh menyebabkan komplikasi seperti keletihan, kejang otot, masalah tulang dan serangan jantung.
Kesimpulannya, tidak kisah garam jenis mana pun yang anda ambil, pastikan bersederhana dan jelas tujuan. Ambil tahu tahap kesihatan dan keaktifan badan. Pastikan juga keperluan badan kepada iodin.
Malaysia masih lagi bergelut dengan kemelut pandemik COVID-19.
Apa yang jelas adalah kita masih belum menang apabila bilangan kes harian tiada tanda akan surut dengan ketara.
Impaknya dalam menghadapi segala prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu, segelintir rakyat Malaysia terpaksa hidup dalam serba sederhana. Malah ada yang kehilangan punca pendapatan.
Begitulah juga dengan pelakon dan pelawak terkenal, Azlee daripada kumpulan Senario khabarnya kini menjalankan perusahaan di sebuah pasar tani dengan menjual buah-buahan tempatan. Ia sebagai usaha untuk menampung pendapatan keluarga.
Tular di media sosial selepas foto Azlee sedang duduk menunggu pelanggan disebuah gerai.
Lebih manis apabila ada uar-uarkan di media sosial meminta warganet untuk menyokong perniagaan Azlee dengan membeli buah-buahan yang dijualnya. Difahamkan, gerai buah-buahan itu di tapak pasar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.
Memetik laporan Harian Metro berkata, Azlee berkata mendapat sambutan menggalakkan semenjak menjadi viral. Malah, tapak perniagaan itu mula dikenali ramai dan secara tidak langsung dapat membantu rakan-rakan yang lain.
Difahamkan, Azlee memulakan perniagaan buah-buahan serta hasil laut di situ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan. Sejak tular, ada peminat yang datang mengambil gambar sambil membeli barangan jualannya.
Di kesempatan itu, pelawak ini berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mempromosikan perniagaannya sewaktu pandemik ini.
Azlee turut menasihati rakan artis dan penggiat seni untuk cuba berniaga mencari pendapatan.
“Selagi kita ada keupayaan cari rezeki, jangan malu. Berniagalah kerana sekurang-kurangnya kita dapat menyara keluarga dan apabila semua pulih kita akan dapat bekerja semula.”
Warganet memuji sikap pelakon veteran itu yang tidak malu mencari rezeki begitu biarpun dikenali ramai.
Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin.. 🤲🏻
Terdahulu, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Jaafar,53, yang ditemui sebuah media memaklumkan bahawa dia ada dikunjungi jiran-jiran kawasan perumahan untuk meminta bantuan seperti beras kerana kesempitan hidup disebabkan oleh PKP.
Sumber: Twitter FoodPornMalaysia , BrotherBatu Return & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak lama lagi kita akan meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri, jadi sudah tentunya pelbagai persiapan sudah dilakukan.
Bukan sahaja memastikan rumah dihias cantik tetapi penampilan diri juga dititikberatkan. Siapa yang tak nak cantik. Semua wanita mengakuinya. Ingin kelihatan cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Malah ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk cantik dengan mengunjungi pusat kecantikkan. Dalam pada itu, boleh cuba petua secara alami hanya mengguna bahan di rak dapur sahaja.
Sebagaimana petua ini hanya mengguna asam jawa dan tepung pulut.
MASKER TEPUNG PULUT DENGAN ASAM JAWA
Kenapa baru sekarang aku jumpa masker ni. Sumpah best gila weh.Mana tidaknya,lepas pakai masker ni,parut jerawat pudar, jerawat kecut, muka cerah, putih la senang cakap. Bila sentuh pipi, Ya Allah lembutnya, macam sentuh pipi baby.
Sebelum ni, aku ada terlihat, sorang budak perempuan berkongsi petua untuk pudarkan parut jerawat dia, aku lihat hasil dari petua dia kongsi tu, boleh tahan juga la, dari muka berparut sampai hilang terus parut dia, licin weh.
Dalam hati aku cakap, boleh cuba ni, sebab muka aku pun, ada la sikit parut jerawat, mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.
Dalam post budak tu, dia guna bedak sejuk, tapi kat rumah aku ni, mana da bedak sejuk, lain la masa aku tinggal dengan mak aku dulu, boleh la ambik yg dia.
Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik, sapa tak nak cantik, nak raya ni weh, aku hentam tepung pulut je, bedak sejuk pun dari beras juga, cuma cara penghasilan tu lain dari bedak sejuk..
Bahan
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji dia tu, kemudian masukkan tepung pulut, kacau, kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut, kalau pekat sangat tambah air.
Lepas tu, boleh la sapu dekat muka, sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu tu, selawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.
Bila dah kering,boleh cuci muka, boleh lah anda rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Azmazatul Afifah Arpi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.