Pengacara Jihan Muse berkongsi khabar gembira kini sedang hamil anak kedua.

Pemilik nama sebenar Nuur Jihan Musa  memberitahu, usia kehamilannya kini sudah lebih enam bulan dan dijangka bersalin pada September depan.

Meluahkan rasa syukur, Jihan Muse, 38, akui dia juga kini lebih menghargai kehidupan selepas disahkan positif Covid-19, hujung Januari lalu.

“Allah nak uji, ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor selama 10 hari.

“Saya dapat tahu positif virus berkenaan sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ia ditangguhkan,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun bersyukur tidak mengalami situasi sukar sepanjang berada di hospital.

“Saya bersyukur sebab ketika fasa tersebut, saya punya simptom tidaklah teruk. Mungkin kerana sudah lengkap vaksin. Cuma saya ada alami batuk, demam yang teruk tidak ada alhamdulillah,” katanya.

Isteri kesayangan Ungku Hariz ini turut mengakui tidak pernah putus doa untuk memiliki cahaya mata kedua.

“Saya gembira, begitu juga dengan suami. Sebab memang sudah lama berhasrat untuk ada rezeki zuriat lagi sebenarnya. Anak sulung pun dah masuk empat tahun.

“Saya dapat tahu hamil pun pada minggu-minggu akhir Gegar Vaganza 8 (GV8). Soal jantina saya tidak kisah, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan baik sudah memadai,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Jihan yang dinobatkan sebagai Personaliti TV MeleTop menyifatkan kemenangan pertamanya secara solo di AME kali ini sebagai dedikasi buat peminat.

“Selain ini rezeki anak, saya rasa ini juga satu penghargaan buat peminat. Mulanya memang tidak jangka. Ingatkan hanya ‘content’. Bila nama diumumkan, saya tergelak.

“Tapi saya bersyukur memandangkan sebelum ini selalu juga tercalon dalam mana-mana anugerah, tapi susah nak menang sebab ini peminat punya usaha. Terima kasih buat kalian yang mengundi,” ucapnya.

IKLAN

Sumber: media hiburan  &jihanmuse


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club