Sebenarnya ada beberapa jenis kolesterol yang perlu kita fahami. Pertama, low density lipoprotein (LDL) yang disebut pula kolesterol jahat. LDL mengandung 75 persen kolesterol dan hanya sedikit protein. LDL berperanan untuk mengalirkan kolesterol ke seluruh tubuh. Kadar LDL yang berlebihan dapat menyebabkan penumpukan lemak di dinding arteri.
Jenis kolesterol berikutnya pula adalah high-density lipoprotein (HDL), dikenal sebagai kolesterol baik. HDL mengandung banyak protein dan mengalirkan 20-30% kolesterol ke seluruh tubuh.
Penyebab seseorang mengalami kolesterol tinggi
Kadar LDL dan HDL dalam tubuh boleh dipengaruhi oleh banyak perkara dan ini antaranya:-
Makanan yang dimakan
Contoh makanan yang mengandung lemak tinggi adalah, gorengan, ayam dengan kulit, daging berlemak, dan fast food.
Berat badan berlebih.
Orang yang obesitas cenderung mempunyai kadar LDL yang tinggi
Ads
Berumur
Semakin tua seseorang, maka semakin naik kadar LDL-nya. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh perubahan fungsi dan metabolisme tubuh yang semakin menurun. Jadi tidak hairanlah orang yang lanjut usianya akan memiliki jumlah LDL yang lebih besar daripada orang yang lebih muda. Kadar LDL akan mulai meningkat setelah anda memasuki usia 20 tahun.
Tidak aktif bersenam
Melakukan aktiviti bersenam atau olahraga ternyata boleh membantu meningkatkan kadar HDL dan juga membuat LDL menjadi kurang berbahaya, dengan cara meningkatkan ukuran partikel yang membentuk LDL.
Keturunan keluarga.
Sekiranya anggota keluarga anda ada yang memiliki kolesterol tinggi, anda mungkin akan mengalami hal yang sama. Orang kurus yang mempunyai keturunan kolesterol tinggi pun boleh jadi mempunyai kolesterol yang tinggi juga.
Ads
Oleh itu, bagi mencari cara untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan selain mengamalkan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor. Ada baiknya anda turut amalkan minuman ini yang telah dikongsikan oleh Ainasar Azizah yang menurutnya resipi minuman ini diperolehi daripada seorang ustaz.
Ini perkongsiannya
Masalah kolestrol degil dan dijauhi dari serangan jantung,..
“Alhamdulillah dpt petua dari seorang ustaz, dan saya ingin kongsi kan bersama sahabat FB semua…”–Ainasar Azizah
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – buang kulit
Ads
3-5 biji kurma – buang biji
2 biji lemon – blend bersama2 kulit
1 biji timun
2 cawan air zam-zam /air mati (air mati – air panas yang dah sejuk)
CARA BUAT :
Semua bahan2 diatas diblend halus, diminum bersama2 hampas pada waktu pagi, tegah hari dan malam.
sumber : Ainasar Azizah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam fasa keempat, menyaksikan kerajaan terus berusaha keras untuk mengekang penularan COVID-19.
Bermula 4 Mei ini, semua jenis taman asuhan kanak-kanak atau taska akan dibenarkan kembali beroperasi, namun ia masih tertakluk kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Begitu pun, sekiranya taska itu berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, kebenaran untuk taska kembali beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat kini, bergantung pada kepatuhan pemilik premis itu terhadap garis panduan KKM.
Berikut merupakan garis panduan yang harus dipatuhi pemilik dan pihak pengurusan taska:
Waktu Operasi:
Operasi biasa –
7 pagi hingga 6 petang
Operasi bersyif –
7 pagi hingga 3 petang
3 petang hingga 11 malam
11 pagi – 7 petang
Waktu kehadiran pelanggan –
8 jam
Kapasiti pekerja –
100 peratus
Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (sebelum membuka operasi)
Pengusaha, guru dan kakitangan perlu bebas daripada wabak COVID-19.
Premis taska mesti dibersihkan dan dinyahkuman
Guru dan kakitangan taska perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti.
Ibu bapa/penjaga, guru, kakitangan, dan kanak-kanak perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum taska mula beroperas
Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (semasa operasi)
Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan.
Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke taska dalam tempoh 14 hari.
Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di taska.
Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer
Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di taska.
Melatih kanak-kanak taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial
Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska.
Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dahulu dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari taska.
Langkah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat warga dalam Taska disahkan positif COVID-19
Menutup taska serta-merta.
Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana tak cemas, hati mana yang tak gusar bila mana anak yang disayangi tiba-tiba ‘hilang’. Namun segala kerisauan lenyap bila menerima berita daripada si anak akan ‘kehilangannya’ itu. Lebih menyentuh hati ibu ini bila mengetahui keberadaan si anak tersebut.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh puan Ruhaidini Abd Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Beliau awalnya ingin mengajak bersarapan bersama sempena hari jadi si anak tetapi diberitahu yang anak tiada di rumah kerana sudah keluar dengan rakan-rakannya. Benar! Semalam (15hb Ogos) merupakan ulang tahun Aiman Zaharudin yang ke-21.
Selepas waktu Syuruk semalam, saya mencari aiman untuk sama-sama bersarapan pagi. Namun, dimaklumkan oleh pembantu rumah – awal pagi lagi aiman telah keluar dengan rakan-rakan baiknya; Luqman, Azmil, Harun, Naim dan Manol.
Rupa-rupanya Aiman memilih pendekatan yang berbeza dalam menyambut hari kelahirannya. Dia bersama rakan-rakan meraikan hari jadi dengan membersihkan tanah perkuburan. Membuatkan si ibu hilang kata-kata dek kerana terharu dan tersentuh hati. Rupa-rupanya, Aiman memilih untuk meraikan hari jadinya pada 15 Ogos 2020 dengan sahabat dunia akhiratnya – membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.
Dari Syuruk hingga selesai Zuhur, Aiman dan rakan karib bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan yang merupakan ‘rumah kediaman’ terakhir kita di dunia yang fana ini.
Saya sebagai ibu yang melahirkan aiman ke dunia ini; hilang kata-kata!
#myaiman #myheart #mysoul
(Man…terima kasih untuk sebuah kasih sayang man yang sangat berharga)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menikmati popia memang terasa enak. Pun begitu, apa yang tidak puas hatinya bila kita beli di bazaar, biasanya bila dimakan sudah tidak rangup lagi rasanya, malah liat pula digigit.
Jadi untuk tidak terus kecewa dengan rasanya, apa kata ibu-ibu sediakan sendiri popia rangup ini. Ia dikongsikan oleh Riana Samad. Jom semak.
Popia sira ranggup TAHAN LAMA. Payah jumpa. Kadang baru beli pun layu. 1 demi 1 petua akhir jadi jugak. Ni kali ke2 dah berjaya buat. Ranggup dia memang sampai malam.
Time ganti puasa ni, memang sedap buat berbuka. Petang memang tak larat dah so pagi tengah semangat macamni la elok nak masak.
Ok jom.
POPIA SIRA RANGGUP KRUP KRAP TAHAN LAMA
Kulit popia 15helai
1 ulas bawang besar holand
3 ulas bawang putih
5 sudu cili boh
Setengah cawan gula
2 sudu cuka
Sesuku cawan air
Carrot parut
Bahan untuk sira
Awas! sebab dia tinggi gula dan minyak so bagi skin jerawat tu jangan amalkan sokmo tau.