Bila bercakap tentang Gout, lazim kita membayangkan keadaan di mana ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan dikatakan ianya tersangat sakit. Gout juga boleh menyerang di bahagian sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Rasa sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Lantaran itu, selain mengamalkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, anda juga bolehlah mengamalkan beberapa petua yang dikongsikan ini sebagai usaha dalam mengurangkan kesakitan yang ditanggung dan sekali gus diharapkan sembuh daripada penyakit tersebut.
Ramuan Ubat Herba Untuk Gout
Salah satu caranya anda boleh amalkan minum air kisaran nanas. Nak tahu detail bahan-bahan dan cara penyediaannya, baca perkongsian penuh di bawah ini.
Photo by Gabriel Yuji on Unsplash
Anda boleh memproses nanas menjadi jus untuk merawat gout. Inilah resipi untuk membuat jus nanas untuk ubat gout.
Bahan :-
100 gram buah nanas
1/2 cawan jus limau nipis
1 sudu teh air halia
6 helai daun pudina
Caranya :-
Cuci nanas dan daun pudina dengan bersih. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Setelah sebati dan sebati, anda minum jus nanas semasa sejuk.
Minum jus nanas secara berkala.
Ini menurut perkongsian daripada Ana Mahabu Selain itu anda juga boleh amalkan cara yang dikongsikan oleh Kak Zizie via Pesan Bonda.
Tulisnya, petua ini perlu diamalkan 3 bulan sekali. InsyaAllah baik untuk merawat sakit sendi dan Gout
Ads
Bahan-bahan:
sebiji Nqnas
250gm lobak putih
3 biji buah keras
Lagkah 1 : Blend semuanya.
Langkah 2 : Tapis
Ads
Langkah 3 :Sediakan untuk diminum dan pada peringkat awal amalkan minum 3 bulan sekali.
Cabaran terbesar ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, mengenal penciptaNya dan berbakti kepada ibu bapa. Itu sebahagian perkara utama yang wajib mak ayah lakukan.
Namun berdepan dengan kedegilan anak-anak buat mak ayah buntu dalam mendidik. Pelbagai ragam anak-anak mengundang rasa marah mak ayah. Kesabaran pun mulai
tipis. Tips yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini mungkin boleh diamalkan oleh mak ayah. Kita usaha mana yang termampu.
1. Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun bukan mudah memaafkan orang yang suka menabur fitnah atas diri dan keluarga kita, yakinlah dengan memaafkan hati kita lebih tenang.
Dan menyentuh tentang pernah disakiti dan menyakiti hati orang lain, ustazah Asma’ ada berkongsi tazkirah berkenaan hal tersebut.
Semoga dengan membaca perkongsian ini kita akan terus hidup berkasih sayang dan sentiasa bersangka baik dan ikhlas dalam memberi kemaafan.
Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga pernah menzalimi. Jika kita rasa sedih hari ini oleh seseorang, ingatlah kita juga pernah membuatkan orang merasa sedih.
Apabila orang yang menyakiti kita jatuh atau ditimpa musibah, ia bukan kerana karma atau kerana hebatnya doa kita. Itu adalah bahagian ujian masing², kita sendiri bakal hadapi ujian sendiri. Usah menanti derita orang lain. Tiada manusia akan bahagia atas penderitaan orang lain, kerana ia bahagia yang palsu.
Kita semua tidak sempurna, pasti berdosa pada Allah dan bersalah pada manusia, maka jangan selalu dihitung salah manusia pada kita, kerana ia membuatkan kita mudah lupa pada kebaikan orang pada kita. Ketika sayang bertukar menjadi benci, yang baik tetap harus diingati, maka kita tidak akan lupa diri.
Akhirnya, carilah damai dalam sesuatu peristiwa, memaafkan orang lain pada hari ini bererti kita memaafkan masa lalu kita. Mudahan orang yang pernah kita sakiti juga memaafkan kita hari ini.
Yang dilihat bahagia
Mungkin sedang derita
Yang nampak hina
Mungkin dia mulia
Yang dilihat salah
Mungkin ia benar
Tak rugi mengalah
Yang penting tetap sabar
Sebenarnya ada banyak cara untuk kita pastikan sayur-sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk dapat kekal segar untuk jangka masa yang lebih lama.
Sekurang-kurangnya tidaklah membazir kerana terpaksa membuang sayur-sayuran yang layu dan rosak.
Jadi, bolehlah cuba cara yang dikongsikan ini semoga bermanfaat.
Cara Simpan Sayur Kekal Segar & Tahan Lama
Storage dengan cara yang betul, Insya allah sayur boleh kekal segar dan tahan lama. Sayur ini dah berminggu-minggu. Saya mengambil langkah ini semenjak #PerintahKawalanPergerakan dan #Covid19
Sejak #PerintahKawalanPergerakan oleh kerajaan, baru sekali saya membeli kelengkapkan barangan dapur dan keperluan asas. Alhamdulillah setakat Ini keperluan makanan mencukupi dan saya memastikan setiap hari saya memakan sayur-sayuran bagi memastikan sistem imunisasi badan terjaga.
Jadi, pengalaman lalu, menjadikan saya lebih menghargai setiap bekalan yang ada. Tidak seperti sebelum ini, sayur kekadangnya banyak dibuang kerana rosak dek kerana kesibukan dan tiada masa untuk memasak. Alhamdulillah bersyukur!
Jadi, saya ilhamkan cara menyimpan sayur-sayuran untuk semua Ibu-ibu dan wanita di luar sana.
Cara storage Sayur-Sayur jenis pejal dan berdaun
Bersihkan sayur
Raping dengan kemas
Simpan dalam peti tempat vege
Sayur tak boleh terdedah direct dengan suhu yang sejuk.
Kalau terdedah secara langsung, carrot akan jadi kecut dan kehitaman, timun akan jadi kecut dan tak crunch. Sayur berdaun pula cepat menjadi rosak, kuning dan kering.
Bagi sayur-sayur jenis bunga seperti brokoli dan bunga kobis, sila lihat pada gambar.
Bunga kubis kalau dibiarkan terdedah,
akan mudah rosak dan layu atau kecut.
Celurkan atau masukkan ke dalam sir mendidih bersama titisan minyak zaitun atau minyak masak. Toskan.
Simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.