Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Ads
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
Ads
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!
Anak-anak yang tidur lambat sememangnya buat ibu-ibu stress. Masa rehat semakin kurang malah aktiviti malam hari seperti mengemas rumah dan melakukan persiapan untuk esok pagi menjadi semakin lambat. Banyak kerja yang tidak dapat
dibereskan bila mana anak tidak mahu tidur. Adakalanya hingga jam 12 atau 1 pagi.
Bukan bebanan bila anak tidak mahu tidur tetapi fokus ibu untuk berehat lebih awal terpaksalah dilupakan. Sebenarnya mengajar anak untuk masuk tidur lebih awal patut dilakukan sejak kecil lagi.
Cuba ikut cara wanita bernama Nurul Diana ini yang berkongsikan tipnya. Katanya mendidik anak tidur awal perlu bermula sejak kecil lagi. Tapi tak salah kalau nak mulakan dari sekarang.
Malah katanya lagi, kalau nak travel ke destinasi yang bertukar malam dan siang juga tidak menjadi soal. Asalkan anak sudah biasa dengan waktu malam dan siang.
Jom ikut caranya. Mudah!
TIP ANAK TIDUR AWAL
Uwais – 5 tahun
Umar – 9 bulan
Uwais
– Dari dalam pantang tido pukul 7-8 malam. Hanya akan terjaga untuk menyusu je, akan bangun 6-7 pagi. Bangun main takde , bangun susu je. Sekarang dah 5 tahun, dia tidur pukul 8-9 malam. Paling lambat 10 malam.
Umar
– Sama macam abang dia, dari dalam pantang sampai harini ( 9 bulan lebih ) tidur pukul 7-8 malam jugak. Bangun 7-8 pagi, bangun untuk menyusu je. Takde terjaga tgh mlm untuk main.
Dua-dua anak tak tidur buai. Ramai tanya macam mana aku buat?
1. Dari dalam pantang tidur meniarap dan bedung
Dua-dua pun sama, Uwais dan Umar, orang cakap tak bahaya ke tidur meniarap? So far alhamdullilah cuma kena monitor kepala dia tapi tak lama pun. Macam umar dalam pantang lagi dah boleh angkat kepala untuk alih posisi kepala. uwais
bedung sampai umur 1 tahun lebeh. Umar sampai 6 bulan.
2. Tiada istilah tidur ruang tamu atau ruang-ruang lain
Tidur mesti kat bilik, Umar tidur dalam pukul 7 malam macam tu, so lampu bilik akan di matikan. Bagi susu, tepuk dan tidur .
Untuk Uwais, pukul 9 akan remind dia untuk tidur, kalau dia tak tidur lagi maksima pukul 10 malam akan suruh dia tutup all tv, kemas mainan dan tidur. Sama jugak macam Umar. Tepuk dan tidur ( Uwais tak menyusu botol dah ). Angkat dia ke
katil dia sendiri atau tidur terus kat katil dia. Uwais dah tadika, so dia tidur awal, sangat mudah untuk bangun. Tak kejut lagi dah terbiasa bagun pukul 7. So terus siap-siap ke tadika.
3. Ajar siang dan malam
Dari dalam pantang dua-dua tak ada istilah tidur pasang lampu. Malam mesti tutup lampu untuk biasakan anak-anak siang dan malam. Ni penting sebenarnya sebab masa aku pergi Turki baru-baru ni, aku risau sangat tabiat tidur Umar akan
berubah beza waktu Turki dan Malaysia, Sana siang , sini malam . Ingat Umar akan berjaga malam tapi tak, bila malam dia tetap tidur macam biasa walaupun sebenarnya siang kat Malaysia.
4. Boleh tidur lambat kalau umah Opah / Tok je atau sedara mara
Kalau time balik kampung atau apa-apa aku tak tentukan waktu tidur Uwais. Cuma sebab dia dah biasa macam tu. Pukul 10 dia akan start letih. Uwais kadang-kadang je tidur siang walaupun lepas balik tadika. Selalunya tak tidurlah. Umar macam biasa umah tok ke nenek ke tetap tidur macam tu sebab dia kecil lagi .
5. Mak pak mesti tidur jugak
Ni untuk permulaan nak train anak tu lah. Memang tutup lampu dan tidur. Sebenarnya nak acah-acah tidur je tapi tertidur sekali…hahaha. Tak lama pun dalam 1-2 bulan memang kena konsisten tutup lampu awal dan tidur sebab nak ajar
minda anak.
Tutup lampu bukan samar-samar, tutup gelap lubang hidung pun tak nampak…hahaha permulaan lah. Dah lama macam sekarang tidur pasang lampu bilik air bagi samar skit. Bila diorang dah biasa yahoooo! Mak tidur pukul 12 layan
drama…hahaha.
6. Kalau keluar berjalan macam mana?
Kadang-kadang mesti keluar makan kan atau jalan malam? Tu penting sangat waktu dalam pantang. Ibu berpantang tak boleh keluar umah 40 hari, jadi dalam masa 40 hari tu latih anak untuk tidur awal. Yes ! seawal itu sebab kena mulakan. So
nanti pas pantang hang keluar pi makan ka pi mana ka , anak hang lena dalam stroller .
7. Kalau terjaga tengah malam macam mana?
Buat bodoh saja. Masa awal-awal ada jugak terjaga, pukul 12 macam tu, mak tengah layan drama hahahaha tapi dengan pantas mak tutup handphone dan buat-buat tidur. Kadang dia naik atas badan nak tengok muka mak. Mak pejam mata tidur
dan anak give up dan tidur semula.
Apa-apa pun bermula dengan kita sebagai ibu bapa. Kita nak didik anak tu macam mana? Anak ikut kita ke kita ikut anak?
Kalau nak mulakan esok, cuba lah bertahan untuk sebulan tanpa miss , walaupun dah tutup lampu tapi anak lompat-lompat atas katil, sabar…baru 1-2 minggu tiba-tiba kita nak twist rutin anak. Tak mudah, paling penting hari-hari:
– suruh tidur awal
– tutup lampu
– jangan main hp
Ni paling penting, mak gigih usaha nak tidur anak awal tapi ayah dok main hp kat luaq. Dok tengok tv serius memang
gagal. Kena kerjasama dua-dua.
Anak-anak tidur awal memang melegakan. Rasa free dan relax sangat.
Good luck mama papa!
Kredit: Nurul Diana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mempersiapkan stok bahan kering sepanjang musim perayaan ini dapatlah memudahkan kita daripada bersesak-sesak dihari raya membeli barang-barang untuk dimasak.
Pun begitu, pengurusan bahan-bahan kering tersebut perlu disusun rapi agar ruangan pantri tidak berselerak dan kemas.
Nak tahu bagaimana caranya, jom kita baca perkongsian daripada Widyana Ali ini.
Tips simpan barang di rak pantry dapur:
1)Periksa tarikh luput.
Apa yang dah expired boleh buang.
2)Simpan ikut kategori.
Rempah bersama rempah.Bahan untuk baking asingkan.Mudah untuk dicari bila perlukan.
3)Labelkan jika mahu.
Mudah nak trace tepung apa dalam bekas merah.Gula mana gula?
4)First In First out.
Mana yang beli dulu guna dulu.Sama konsep macam simpan susu ebm.
5)Pastikan bekas simpanan bertutup rapat supaya tidak dimasuki semut,serangga atau digigit tikus.
6) Asingkan dahulu segala kitchen gadgets, kitchen tools yang tak digunakan untuk dijual atau derma kepada yang memerlukan.Baru ruang menyimpan tak serabut dengan barang tak digunakan.
7)Declutter first, storage second. Kesilapan yang kita selalu buat ialah meluru pergi ke kedai untuk beli tempat storage macam rak kecil, rak besar. Bakul berbakul-bakul. Kan?
Tapi sebenarnya kita perlu declutter dulu atau sisihkan barang semua mana yang dah luput, mana yang tak guna,pecah atau rosak.Barulah boleh fikir storage.Macam saya guna mana yang ada je, tak beli baru. Guna je bakul mana ada.
8)Maintain sistem penyimpanan.
Hari ini kemas. Esok jangan sepah pula.
Sentiasa kemas dalam sistem berkala.
Tak kisah buat cleaning sebulan sekali ke, dua kali ke atau seminggu sekali ikut keselesaaan.
Barang memasak saya memang banyak sebab saya suka ada semua bahan lengkap.Lagi satu, saya suka memasak dan baking from scratch.
Menerima ujian disahkan diri positif covid-19 dan turut dialami oleh ibu dan ayah yang telah berusia, tentunya merupakan ujian yang berat untuk diterima. Tidak dengan itu, belum pun surut rasa bebanan yang ditanggung, kini ibu dan ayah pula telah kembali ke negeri abadi.
“Mereka dah janji nak sehidup semati, tak sangka akhirnya mereka ‘pergi’ bersama,” luah Zuriyani Ramli, sayu bercerita tentang ibu dan bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19 masing-masing pada Jumaat dan semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sik, Kedah.
Menurut sumber, Zuriyani, 42, yang turut disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital sama berasa terkilan apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Salmah Shariff, 74, buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan.
Namun, suri rumah itu tetap bersyukur kerana bapanya Ramli Awang, 82, ditempatkan di wad sama dengannya dan sempat meluangkan masa sehingga warga emas itu pula dijemput Ilahi.
“Kami bertiga dirawat di hospital sama dan saya duduk satu wad dengan ayah, mak pula menerima rawatan di wad kecemasan. Jadi saya tak dapat tengok mak langsung dari mula masuk hospital sampai beliau meninggal dunia pukul 11.50 malam hari Jumaat lepas.
“Ayah duduk satu wad dengan saya dan kami sempat baca Yassin sama-sama. Malah, semasa ayah nazak saya sempat ajar ayah mengucap dan beliau menghembuskan nafas terakhir depan mata saya pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” kata Zuriyani dalam nada sebak ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Zuriyani yang tinggal di Kampung Kota Bukit, Jeneri, di sini bersama suami dan lima anaknya berusia antara enam hingga 20 tahun berkata, bapanya yang menghidap strok tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu sebelum ibunya menyusul beberapa minggu kemudian.
“Sebelum ini ayah dan mak tinggal di rumah mereka di Kampung Batu 9, Gurun, bersama seorang lagi adik lelaki saya yang belum berkahwin. Saya bawa ayah duduk dengan saya sebab nak jaga dia dan mak pun ikut sekali selepas itu,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai jangkitan COVID-19, Zuriyani berkata beliau tidak pasti siapa yang pertama dijangkiti dahulu, namun penyakit itu mula dikesan pada dirinya.
Zuriyani berkata sebelum disahkan positif COVID-19, dia mengalami demam dan batuk selama seminggu dan beransur pulih, namun memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat batuk pada Jumaat lepas.
“Di hospital, doktor kata saya perlu buat ujian calitan. Apabila tahu saya positif COVID-19 saya terus telefon adik lelaki saya suruh bawa ayah ke hospital, sebab ayah juga beberapa hari sudah demam dan sejak itu tak boleh bercakap. Mak pula batuk-batuk tapi ingatkan batuk biasa sebab usia tua,” katanya.
Wanita itu berkata selepas bapanya disahkan positif COVID-19 pihak hospital mengambil ibunya di rumah yang kemudian turut disahkan positif dan dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan keadaannya yang agak lemah.
“Saya tak sangka mereka positif. Saya ingat ayah yang kritikal sebab ada strok, tapi tak sangka mak yang pergi dulu sebelum ayah. Saya tak tahu kena jangkitan dari mana sebab saya tidak pergi ke mana-mana, rutin harian saya jaga mak ayah dan masak untuk mereka sahaja,” katanya.
Zuriyani berkata suami dan lima anaknya turut menjalani ujian saringan COVID-19, namun keputusannya belum dimaklumkan dan berharap mereka bebas jangkitan.
“Sebelum ini, ayah ada cakap yang dia nak beraya (Hari Raya Aidiladha) dengan saya sekeluarga, malangnya tak kesampaian. Ayah juga selalu pesan agar jangan tinggal sembahyang,” katanya yang turut memberitahu jenazah ibu dan bapanya dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mereka.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi berkata pasangan suami isteri warga emas itu dimasukkan ke Hospital Sik pada Jumaat lepas dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan kematian adalah akibat pneumonia COVID-19.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.