Amalan dan petua menggunakan kunyit sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Kunyit seperti yang diketahui mempunyai banyak manfaat dan khasiat dalam kecantikan dan kesihatan dalaman wanita terutama selepas bersalin. Dan inilah rahsia kecantikan wanita dulu-dulu.
Malah amalan minum jus kunyit di dalam pantang begitu sinonim dengan kita masyarakat Melayu. Paling menarik, cara nak sediakan jus kunyit ini cukup mudah. Hanya perlu dikisar, ditapis dan kemudian boleh terus diminum.
Boleh cuba amalan jus kunyit seperti yang dikongsikan oleh May Vo Dyakonov ini.
Saya cuci bersih dan rendam semalaman, pagi cuci lagi baru blend.
Kunyit blend dengan air masak.
Air agak-agak je, lagi pekat lagi bagus. Kunyit ni mungkin hampir setengah kilo atau 400gram.
Ads
Remedy turun temurun keluaga saya. Untuk sihat dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit.
Resepi senang je budak kecik pun boleh buat. Kunyit hidup basuh bersih-bersih, blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus.
Dalam pantang minum sehari 2 kali. Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala. Tapi awas, jangan minum selalu jika bukan dalam pantang.
Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot.
Ads
Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit. Betul kan kalau saya salah. Sebab mak saya dah tua pun period elok je. Mak saya dalam pantang lagi ganas minum dalam 4 5 kilo kot.
Botol. Redbull kosong saya isi air kunyit.
Ads
Letak dalam peti sejuk, nak minum panas kan dalam microwave. Sekali minum je.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sihat, antara nikmat yang tiada ternilai harganya. Satu anugerah yang membolehkan kita menjalani kehidupan ini bagi melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan sempurna.
Namun hidup ini juga satu ujian, tidak selalunya indah. Hari ini sihat, mana tahu esok lusa diuji pula dengan kesakitan. Semua boleh berlaku dengan sekelip mata.
Apatah lagi bila diuji dengan penyakit kanser. Seakan satu bom jangka dapat dirasakan terjadi dalam hidup.
Ini memandangkan stigma bagi sesetengah pihak yang beranggapan jika disahkan menghidap penyakit tersebut, itu bermakna maut menanti. Sekali gus apabila disahkan mempinyau penyakit kanser dalam tubuh badan, ia menjadi detik hitam dalam hidup mereka.
Sudah pasti berita yang diterima itu membuatkan penghidap kanser tertekan, namun kisah perjuangan Nur Izzatie Mohd Rizan, 33, melawan penyakit kanser Limfoma ini boleh disifatkan menakjubkan untuk dijadikan inspirasi buat semua.
Ketepikan Kerjaya Untuk Bangkit Melawan Kanser
Memetik kisahnya sebagaimana dikongsikan di mStar, wanita yang mesra disapa Zety ini mengetahui mengenai penyakitnya selepas pulang bertugas membuat liputan Pilihanraya Umum ke-14 di Pengerang, Johor.
“Kesibukan kerja menyebabkan saya ingatkan benjolan di sebelah kanan leher saya ni beguk.
“Saya pula jenis lasak dan sememangnya dari kecil susah nak dapat penyakit, jadi saya tak layan sakit badan dan rasa lesu macam nak demam tu. Tapi keadaan makin teruk pula selepas tu dan benjolan itu tak surut, sebaliknya makin besar.
“Saya ambil keputusan ke klinik berjumpa doktor. Doktor bagi antibiotik dan ubat sapu untuk jangkitan kuman tapi tidak nampak kesanya. Saya pun ambil keputusan ke hospital swasta di Seremban,” ujar Zety yang sudah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama 13 tahun turut mengakui dirinya kurang pendedahan mengenai penyakit kanser sebelum ini.
Balik Kampung Berubat
Setelah mendapat keputusan buat kali kedua menerusi prosedur imbasan CT yang mengesahkan dia menghidap kanser limfoma pada tahun 2018, ahli keluarga Zety membawanya pulang ke kampungnya di Jelebu, Negeri Sembilan.
“Kesedaran tentang kanser memang kurang dan ia beri kesan pada diri hinggakan kurang tidur sebab stres. Asyik fikir apa nak buat dengan hidup.
“Lebih-lebih lagi apabila ramai yang menasihatkan supaya tidak teruskan rawatan kemoterapi,” katanya sambil menambah kansernya dalam kategori tidak agresif.
Berkongsi pengalamannya, Zety berkata kesakitan yang dialami begitu perit dan sukar digambarkan sekitar pukul 5 pagi di mana dia akan alami batuk berterusan dan wajahnya akan membengkak.
Lebih menyeksakan apabila mengalami sakit pada tubuhnya hinggakan berat badannya turun mendadak dan menyebabkan Zety sukar untuk duduk.
Keadaan Semakin Parah
Disebabkan keadaan semakin parah, pada tahun 2019 paru-paru wanita ini dipenuhi air membuatkan dirinya semakin lemah untuk bergerak.
“Masa tu saya dah tak larat. Nak tidur pun secara menelungkup di sofa, sebab dengan cara itu saja saya boleh bernafas.
“Disebabkan keadaan saya semakin lemah, emak bawa saya ke hospital dan rawatan yang dibuat menyebabkan air dikeluarkan dari paru-paru, semuanya lebih kurang 10 botol,” katanya.
Bercerita lanjut, wartawan penyiaran stesen televisyen terkemuka di negara ini mengakui mencuba rawatan alternatif hingga berdepan masalah untuk mendapat rawatan susulan di hospital.
“Saya ingat lepas makan ubat alternatif, kesannya lebih baik sebaliknya keadaan semakin parah,” luah wanita yang mendakwa ditinggalkan suami yang dikahwininya selama empat tahun ketika berdepan dugaan akibat penyakit itu.
“Diberi 2 Pilihan, Koma Atau Paru-paru Ditebuk…”
Walaupun banyak hospital telah menolak untuk merawatnya, namun Zety bersyukur ada sebuah hospital di Seremban bersedia membantunya.
“Saya diberi pilihan untuk koma atau paru-paru ditebuk tetapi saya tolak kedua-duanya dan saya memilih untuk ditebuk,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu yang bersusah payah membantunya.
Ditanya mengenai tugasnya sebagai wartawan, graduan Ijazah Komunikasi Korporat Universiti Infrastruktur (IUKL) yang belum dikurniakan cahaya mata itu akui apabila terpaksa melepaskan kerjayanya bagi memberi tumpuan kepada kesihatan dirinya.
“Bila dah kena macam ni, banyak urusan dunia harus dilepaskan kerana fokus utama adalah rawatan untuk segera sembuh,” katanya.
Energy Positif Bantu Segera Pulih
Bagaimanapun, Zety tidak terpaksa menerima hakikat apabila terkena jangkitan virus sehingga lapisan pertama paru-paru sebelah kanannya bernanah dan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang lapisan tersebut.
Setelah segala ujian yang ditempuhi wanita ini, dia akhirnya pulih daripada penyakit kanser pada Jun 2020 dan sejak itu hanya perlu melakukan pemeriksaan secara berkala dan dapat kembali bertugas seperti biasa.
“Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan “Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan orang. Bila kita maafkan orang ni, energy positif membantu saya cepat pulih.
“Jangan anggap penyakit yang Allah beri ini satu musibah, sebaliknya ia anugerah daripadaNya. Sebenarnya melalui dugaan ini jugalah kita boleh kenal orang di sekeliling kita. Siapa yang ada dan bantu kita ketika sakit sebab saya sendiri banyak hilang kawan masa sakit,” ujarnya.
Nasihatnya buat sesiapa yang didiagnosis menghidap kanser supaya tidak membuang masa mendengar cakap-cakap orang terutama yang gemar mencadangkan pelbagai rawatan alternatif, sebaliknya terus dapatkan dan jalani prosedur rawatan di hospital adalah tindakan terbaik.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sakit kepala, sering mual dan muntah-muntah, lelah, pendarahan di hidung dan sebagainya lagi antara tanda-tanda seseorang itu menghidap darah tinggi. Jika anda ada tanda-tanda begini sebaiknya jumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Jangan biarkan ia semakin kronik.
Walaupun mengambil ubat yang disarankan doktor tetapi pada masa yang sama anda juga boleh mengamalkan petua tradisional untuk mendapatkan kesan postif menstabilkan kadar bacaan darah.
Bagi yang baru disahkan menghidap penyakit ini apa kata anda cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Ummi Hias ini:
Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa muda yang masih berisi lembut.
3 batang serai
7 biji halba
Cara membuatnya:
• Halba dan serai dititik atau diketuk sikit. Pastu masukkan dalam buah kelapa.
• Letak atas dapur buah kelapa tadi.
• Masak kelapa tu agak agak airnya panas. Pastu angkat dan tuang dalam cawan atau bekas.
• Biarkan suam sikit baru minum.
CARA TRADISIONAL LAIN:
1. Makan Cincau
Cara makan ialah setiap dua hari sekali anda boleh makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau nak lebih mudah, kisar semua cincau dan minum macam biasa. Nak mudah, beli di pasaraya yang cincau bentuk packing silinder, jadi setiap hari anda boleh makan satu.
2. Bawang Putih
Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.
Tip:
[su_highlight background=”#f11620″ color=”#242121″]Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mencuba petua ini kerana tidak semua petua sesuai dengan kesihatan semasa seseorang dikhuatiri anda mempunyai penyakit lain[/su_highlight].
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...