Ambil 6 Menu Ini Segera Jika Tercekik Tulang

Share

Kelazatan dan keenakan rasa ikan yang dimasak dengan pelbagai menu, tentunya menjadi juadah pilihan ramai antara kita. Tidak dinafikan, ikan yang hanya sekadar digoreng sekali pun, sudah boleh membuka selera sesetengah antara kita.

Namun sering juga terjadi, sedang kita asyik menikmati lazatnya rasa ikan tersebut, entah bagaimana boleh tercekik tulang. Pasti bila ini terjadi, hasrat untuk terus menikmati juadah terhenti memandangkan kita akan berasa tidak selesa pada bahagian kerongkong. Hal yang demikian, berkali-kali kita akan cuba berdeham atau menelan air liur dengan harapan agar masalah tersebut boleh di atasi.

Jika tulang masih terlekat juga, jangan panik. Lakukan segera 6 langkah ini.

1.    Nasi

Kepalkan nasi menjadi sebesar bola ping pong  dan terus telan dengan diiringi bacaan bismillah dan selawat.

 

2.     Madu

Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut.

3.    Air basuhan tangan kita

Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tersebut.

 

4.     Pisang

Ambil sepotong pisang yang telah masak, kemudian telan. Lakukan beberapa kali.

 

5.    Garam

Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum air tersebut. Ketika minum, berikan tekanan semasa menelan air agar tulang tidak lagi melekat pada tekak.

 

6.     Roti

Gumpalkan roti membulat dan telan roti tersebut agar tulang dapat ditanggalkan.

Info tambahan:-

Namun jika masalah tidak dapat juga di atasi, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

 

IKLAN