Ini perkongsian yang dipaparkan oleh puan Linda Faizal di laman facebooknya yang menyentuh mengenai hari tua kita dan harta benda. Sebagaimana ia menjelaskan bahawa apabila usia meningkat, harta benda tiada berguna selain amal jariah dan amalan. Termasuk rumah besar yang bakal menjadi perhiasan apabila usia tua. Deep perkongsian ini untuk membina keluarga sebuah keluarga yang inspirasi!
Bak kata ustaz baru2 niee… buat apa mu dok simpan duit banyak2. Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur. Ada duit – derma atau kembara lihat ciptaan Allah??
PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK
“Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.
Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.
Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di ‘renovate’ berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20×40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.
Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.
Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana”
Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua. Allahuakbar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan pasti ada momen indah bertemu buat kali pertama sebelum bergelar suami isteri. Demikian juga dengan pasangan muda sama cantik sama padan, Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar.
Kini rumah tangga pasangan ini bertambah bahagia dengan hadirnya permata hati sulung, Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.
Bakal memasuki tahun kedua perkahwinan awal Januari nanti, Elfira atau mesra dengan panggilan El ditanya peminatnya mengenai ‘cara pertemuan’ bersama sang suami tercinta.
Pelakon berusia 26 tahun itu bagaimana pun cukup sporting dan berkongsi kisah ‘sweet’ di sebalik pertemuan mereka suatu ketika dahulu.
Setiap soalan yang diberikan peminat dimuat naik jawapan menerusi IG Storynya termasuklah detik pertemuan istimewa dengan suaminya.
Menurut Elfira, kali pertama dia bertemu dengan suaminya adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 pada 2013.
Faris memuat naik foto mereka berdua di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Aznil Nawawi yang telah mempertemukan mereka berdua pada malam bersejarah tersebut.
Tambah El lagi, rakan baiknya Anis, yang juga merupakan anak kepada pelakon Rosyam Nor pernah mendoakan supaya dia dan Faris berjodoh.
Lebih istimewa lagi, El turut mendedahkan saat manis bermulanya bibit cinta dengan Faris apabila ditanya oleh peminat mengenai surah kegemarannya.
Malah, ibunya turut memberi syarat kepada Faris supaya menghafal surah al-Mulk terlebih dahulu sekiranya mahu beristerikan Elfira.
“Faris, kalau nak kahwin dengan anak aunty, kena hafal al-Mulk,” tulis Elfira.
Bagi pasangan muda dan sudah memiliki anak, pastinya keterujaan untuk menjalankan aktiviti bersama anak sangat tinggi. Jiwa mereka masih muda dan ingin anak mereka turut serta dalam menjalani aktiviti mereka.
Bagi pasangan yang sukakan aktiviti lasak, ramai dilihat membawa anak mereka walaupun masih belum boleh berjalan untuk turut serta. Ada yang berpandangan agar anak-anak mereka didedahkan dengan aktiviti seperti ini sejak awal lagi bagi membiasakan diri dengan aktiviti lasak sedangkan anak kecil itu masih belum mengerti apa-apa lagi.
Terbaharu, selebriti Indonesia Ria Ricis teruk dikecam netizen yang bimbang akan keselamatan anaknya apabila Ria memuatnaik video bermain jetski.
Umum mengetahui, Ria sememangnya mempunya sifat gila-gila dan merupakan penggemar sukan ekstrem. Baru-baru ini, Ria telah memuatnaik video percutiannya bersama keluarga d sekitar Bali.
Turut dilihat, bayi mereka iaitu Moana dibawa ke pantai dan melakukan aktiviti bersama seperti mandi laut dan bermain jetski.
Pada mulanya, Ria memakaikan jaket keselamatan pada Moana tetapi selepas itu, jaket tersebut dibuka dan Moana di dukung oleh suaminya.
Apa yang menjadi pertikaian adalah keselamatan Moana yang masih kecil dan dilihat kurang sesuai melakukan aktiviti itu. Lebih-lebih lagi, pada satu saat, Ria meminta suaminya menekan pedal minyak agar lebih laju untuk melihat reaksi anaknya itu.
Pelbagai reaksi dari netizen dilontarkan menerusi posting ini. Ada yang berpendapat bahawa usia Moana yang masih 5 bulan masih belum sesuai melakukannya.
Teuku Ryan yang dilihat mengendong dengan hanya sebelah tangan sahaja sambil membawa jetski menjadi pertikaian kerana takut anak kecil itu terlepas dari dakapan.
Kepada ibu bapa terutamanya yang masih muda, mungkin anda teruja dan tidak sabar untuk berkongsi kegemaran dengan anak-anak anda namun haruslah dilihat pada kesesuaian umur mereka dan juga haruslah menitikberatkan faktor keselamatan.
Mungkin pada kita terlihat remeh namun satu yang harus anda ingat adalah ‘Malang tidak Berbau’.
Jambangan bunga di majlis konvokesyen begitu sinonim, bahkan tidak lengkap kiranya jika tidak menerima jambangan bunga di majlis konvo daripada keluarga tercinta untuk dijadikan kenangan manis. Pun begitu, sedikit berbeza kisah yang dilalui oleh Nur Shima Sahimi 24, graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di hari konvokesyennya baru-baru ini.
Siapa sangka ibunya memberikan nanas sebagai pemberian ‘Bunga Konvo’. Pastinya menambah kenangan manis buat Nur Shima apabila menerima hadiah buah nanas daripadanya ibunya selepas majlis konvokesyennya berakhir pada Isnin. Nur Shima kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta menyatakan, kejutan dari ibunya itu walaupun melucukan tetapi menggembirakan hatinya kerana pemberian buah nanas tersebut sesuatu yang istimewa baginya selain bunga konvokesyen yang diterima.
“Buah nanas ini pada awalnya emak belikan untuk diberikan kepada kakak saya sebagai menu bahan masakan. Tapi kakak tak jadi gunakan buah nanas ini sebab masak menu yang lain. Tak mahu membazir, emak bawa buah nanas ini bersama ke majlis konvokesyen saya pada semalam (Isnin)”
“Selesai majlis di dalam dewan, emak minta saya ambilkan buah nanas tersebut dalam kereta dan berikan kepada saya. Sebagai kenangan, kakak yang turut bersama ambilkan gambar saya bersama buah nanas pemberian emak. Masa emak cakap nak beri buah nanas tu saya gelak sahaja ingatkan emak bergurau”
“Alhamdulillah, dapat juga dan rakan-rakan lain berkonvokesyen walaupuan tiada majlis seperti kebiasaannya. Saya rasa okay sahaja pelaksanaan majlis konvokesyen secara janji temu ini kerana ibu-bapa tidak perlu menunggu lama dan pelaksanaan setiap sidang tidak mengambil masa yang lama. Proses pengambilan gambar graduan menggunakan skrin hijau juga cepat dan tidak perlu bersesak-sesak” tambahnya.
Akibat penularan pandemik COVOD-19 pada tahun lalu, USIM menangguhkan pelaksanaan majlis konvokesyen yang kebiasaannya dilaksanakan pada bulan November ke tahun ini. Majlis Konvokesyen USIM dilaksanakan bermula 6 April sehingga 18 April yang lalu melibatkan 23 sidang secara keseluruhannya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.