Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Dugaan hidup yang dihadapi, harus dilalui dengan hati yang tabah demi memastikan kehidupan dapat diteruskan.

Perkongsian puan Natipah Abu, seorang sukarelawan dilamam sosialnya, mengenai kisah sebuah keluarga serba kekurangan serta anak yang sakit dengan mengalami masalah saraf tunjang dan paru-paru kronik begitu meruntun jiwa.

Sebak dengan perkongsian ini, keluarga ini yang turut menerima sumbangan daripada pihak yang berkuasa, tetap berusaha melakukan perkerjaaan untuk menyara keluarga.

Biarpun, dunia kelam bagi mereka,namun kehidupan harus dilalui dengan apa jua rintangan.

Perkongsian yang sungguh meruntun jiwa tetapi penuh inspirasi bahawa masih ada harapan untuk hari esok, asalkan berusaha tanpa rasa putus asa. Pasti ada kebaikkan yang datang. Kepada yang bercadang untuk memberi sumbangan peribadi boleh pm puan Latipah Abu untuk maklumat lanjut.

IKLAN

Ikuti perkongsian ini.

KATIL AUTO DAN TILAM KHAS – RM 3600.
MUHAMMAD AMMAR FITRI BIN MOHD ZAKI – 8 TAHUN.
MASALAH SARAF TUNJANG DAN PARU-PARU KRONIK.

Kisah anak syurga ini dirujuk oleh JKM yang memaklumkan beliau putus bekalan susu khas kerana wang bantuan JKM untuknya sedang di dalam proses semula setelah dia dan keluarganya berpindah dr Pulau Pinang ke Kedah.
Pertama kali melewat dia … hati menyangka dia tentulah anak yang terlantar dan tidak boleh berkomunikasi seperti yang lazim disantuni.
Sebaik menatap wajahnya .. ternyata dia seorang anak yang sangat pintar dan petah berbicara. Sedih sekali kerana dia juga punya naluri seperti rakan sebaya yang lain.
Dia ingin sekali ke sekolah seperti rakan sebaya. Biarpun cuma dalam keadaan berbaring … di dinding tepi katilnya ditampal dengan berbagai poster untuk dia mengenali huruf dan abjad. Hanya itu saja yang mampu dilakukan ibunya bagi memujuk hati sedih anak yang selalu saja sesak nafas dan memerlukan mesin bantuan pernafasan.
Mungkin kerana sudah terlalu kerap keluar masuk hospital .. anak syurga ini memberitahu dia ingin menjadi seorang doktor. Begitulah normalnya jiwa anak kecil ini walaupun pembentukan tulang belakangnya bengkok dan lain-lain anggota tubuh yang tidak seperti insan normal.
Sama seperti rakan sebaya .. dia ingin sekali keluar melihat dunia luar . Bermain dengan rakan sebaya . Tetapi apa daya … rumah inilah saja dunianya.

SUAMI ISTERI INI BERJUANG UNTUK BESARKAN ANAK-ANAK
Ayahnya Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun ) dan ibu, Idawati Binti Ahmad ( 36 tahun ) tidak bepekerjaan tetap. Pasangan ini memang berjuang untuk membesarkan anak-anak seramai empat orang.
Setiap awal pagi .

Ibu akan memasak jeli kelapa untuk dijaja di pekan hari atau dihantar kepada yang menempah. Satu cawan jeli kelapa .. hanya RM1. Itupun ada kalau ada yang meminta tawar – menawar … ayahnya akan menjual dengan harga 90 sen saja walhal modal menyediakannya sangat tinggi. Apadaya .. dari tidak laku , biarlah walau untung 10 sen pun.

ISTERI PULA HIDAPI HYTPERTHYROIDSM DALAM DARAH
Selain menjual jeli kelapa .. Puan Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan.
Apa pun .. keadaan Puan Ida sendiri juga membimbangkan kerana beliau mengidap hytperthyroidsm di dalam darah dan menjalani rawatan bulanan di hospital. Beliau selalu saja diserang keletihan yang amat sangat hinggakan tidak berdaya untuk bangun pun.

SUAMI BEKERJA SENDIRI SUPAYA URUS MASA JAGA ANAK ISTERI
Atas sebab itulah .. En Zaki tidak bekerja makan gaji. Kerja makan gaji sentiasa terikat sedangkan ada harinya beliau terpaksa menjaga anak dan isteri di rumah. Bila Puan Ida sakit … Encik Zaki akan mengambil alih semua urusan rumah tangga.

TERIMA BANTUAN
Mujurlah … pasangan ini mendapat bantuan JKM dan LZNK untuk menampung kos lampin dan susu khas Ammar yang sangat mahal. Kos rumah pula .. adik-beradik berpakat membuat kutipan bulanan .
Sebelum ini .. bekalan letrik ke rumah mereka nyaris dipotong setelah tertunggak lebih RM600. Walhal .. bekalan letrik itulah sumber nyawa Ammar .. mesin oksigen.
Ammar sangat memerlukan katil khas kerana apabila ibunya memasak untuk jualan … dia disendal dengan bantal. Ammar agak agresif .. kalaulah lalai sedikitpun … dia boleh tergolek jatuh dari katil.
Jumaat ini .. sekali lagi acc di atas telah dikosongkan dan diniatkan segala transaksi adalah untuk Muhammad Ammar Fitri Bin Mohd Zaki. Sekiranya ada lebihan kos katil, baki akan diserahkan kepada waris untuk tujuan keperluan anak ini.
Kepada semua yang menyumbang untuk Ammar hari ini .. Jazakumullahu khairan katsira …
Semoga segala amal jariah ini menjadi saksi kita di akhirat kelak . Wassalam …