Menghormati ibu bapa adalah menjadi salah satu kewajipan seorang anak kepada orang tuanya. Bukan sahaja perlu berlemah lembut ketika bercakap dengan mereka, malah perbuatan dan tingkah laku juga perlu ditunjukkan sebaiknya.

Terdapat banyak cara untuk seorang anak menzahirkan rasa hormat kepada ibu dan ayah mereka dan antaranya adalah seperti memeperlahankan suara ketika bercakap dengan mereka dan paling penting jangan membantah permintaan ibu ayah.

Selain itu anda juga boleh amalkan seperti sebuah keluarga Arab ini lakukan bagi menunjukkan rasa hormat kepada ibu mereka. Kisah menarik ini telah dikongsikan oleh Muhammad Hassan dan bolehlah dijadikan panduan dan pengajaran untuk mendidik diri menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada orang tuanya.

Ingatkan Orang Kenamaan, Rupanya Ibu 

Tadi saya makan tengahhari di kedai Arab. Ada satu family arab ini tiba-tiba semua bangun. Kawan saya yang Arab ni juga bangun. Saya ingatkan Menteri, Sultan atau orang kenamaan ke apa datang. Rupanya Mak famly sebelah meja kami ini yang baru sampai.

Anak-anak semua bangun tanda hormat kat mak. Sehinggalah mak duduk barulah semua duduk. Mak ni banyak kali buat isyarat tak bagi anak-anak bangun.

Inilah adab yang patut kita terapkan kepada anak-anak. Ajar anak-anak kita. Apabila atuk atau nenek masuk rumah atau lalu depan kita, bangun dan pandang mereka dan bagi salam walaupun dalam satu rumah.

“Anak-anak Semua Bangun Tanda Hormat …”- Lelaki Ni Kongsi Cara Orang Arab Hormat Ibu, Boleh Amalkan Sampai Bila-bila!

IKLAN

Kita ini kadang-kadang hormat orang kenamaan berlebihan, lebih dari mak Ayah. Sedangkan mak ayah lalu depan mata buat tak tahu, siap layan HP lagi.

Saya belajar sesuatu siang tadi. Jika kita sedang makan bersama anak-anak. Jika isteri masuk ke dapur. Bangun dan persilakan isteri. Biar anak-anak tengok bagaimana kita layan ibu mereka.

Begitu juga isteri. Sedang makan, menonton TV bersama anak-anak, jika suami lalu, pandang suami atau bangun dan persilakan suami duduk bersama.

Adab ini apa yang kita lihat dan itulah yang kita tiru dan amalkan sampai bila-bila. Begitu jika kita mahu didik anak-anak supaya dia beradab dengan kita dan semua orang. Adab bermula dari dalam rumah.

IKLAN

Moga bermanfaat.
Sumber : EncikMatt

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI