
Tercuit rasa hiba tatkala menonton video kakak yang tidak dapat menahan sebak sambil ditenangkan oleh adik lelakinya. Rakaman video yang tularitu dikatakan di ambil usai majlis persandingan lelaki berkenaan di Felda Lakum, Pahang./
Rupa-rupanya ada kisah yang lebih sayu disebalik tangisan tersebut. Difahamkan mereka kehilangan ibu akibat kanser payudara. Justeru segala tanggung jawab menjaga makan pakai adik selama ini dilakukan oleh kakak sulung tersebut yang dikenali sebagai Amy Fatimah,36 tahun.
Kakak pengganti mak…
Menurut pemuda bernama Mohd Amaluddin, 24, dia kehilangan ibu ketika usia masih lagi kecil, oleh itu hanya dengan kakaknya sahaja tempat untuk menumpang kasih.
Tambahnya lagi, pengorbanan kakaknya cukup besar dalam membantu ayah membesarkan mereka enam beradik, baginya kakaknya itu dianggap sebagai pengganti kepada ibu yang telah tiada.


Mengulas mengenai video yang tular itu, Amaluddin memberitahu bahawa ia terjadi tanpa diduga keran mungkin kakaknya tidak menyangka bahawa kini adiknya sudah berkahwin.
Akui sangat rapat dengan kakaknya, membuatkan kakaknya berasa sedih lebih-lebih lagi dia adalah anak lelaki pertama yang berkahwin dalam kalangan adik beradiknya.
Amaluddin di kesempatan itu, meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kakaknya yang merupakan peniaga kuih tradisional, kerana telah berjasa dalam membesarkannya.
Sumber : mStar Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

Kalau dulu bila mak kita hendak menanak pulut, pasti akan direndam semalaman pulut tersebut. Tapi sekarang ini ada trik untuk memasak pulut yang bukan sahaja tanpa perlu direndam, malah tidak perlu pun dikukus.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian daripada No Or ini untuk manfaat bersama.
CARA MASAK PULUT DENGAN CEPAT DAN MUDAH
🎶Oh! kome deroyan udah luruh, 🎶
🎵moh kita cepat pegi suluh 🎵
Haaa lagu yang udah sinonim di musim durian ni. Ada orang suka makan gitu aje, ade lak yang suka makan dengan pulut dan santan.
Dedulu macam leceh je kan, nak masak pulut ni. Nak kena rendam bagai, tapi bila dah jumpa cara mudah ni. Alahai, pejam sebelah mata je kome oi.
Bagi yang belum jumpa cara mudah nak masak pulut, ni Cik No nak share cara yang amat mudah. Cepat pun iye jugak tau. Sebab dah tak perlu nak rendam merendam lagi. Dah tak perlu nak kukus kukus. Versi ni, Cik No guna rice cooker aje.
Okay, jom baca.
Untuk sukatan pulut tu, ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan tu.
1- Cuci pulut bersih dan masukkan ke dalam periuk @ kuali. Cik No, guna periuk rice cooker tu aje.

2- Masukkan air ke dalam periuk tu, isi la banyak manapun takpe. Ikut suka korang la, pastu letak atas dapur, bukakan api.

Boleh letakkan pewarna @ serbuk kunyit atau biarkan aje warna putih, terpulang pada korang.
Cik No buat pulut putih je, sebab Cik boipren nak makan dengan durian.
Kalau korang nak letak pewarna, nanti kacau lah pulut tu, sebab nak bagi warna tu cantik sekata.
3- Tunggu sampai air rebusan pulut tu betul-betul mendidih. Pastu terus tutupkan api.
Bila air tu dah mendidih, jangan biar lama sangat, takut pulut kembang pulak bila kita nak masak dalam rice cooker.

4- Kemudian buang semua air rebusan tadi.
Pulut dah tak perlukan air.

5- Pindah periuk masuk ke Rice Cooker, pastu tekan button ‘Cook’ . Biar ia masak dalam rice cooker macam biasa, (sampai button tu bertukar pada ‘Warm’).
Ini bergantung pada berapa banyak pulut yang kita masak tu jugak.

6- Bila pulut dah masak / button keep warm, korang tabur lah gula dalam setengah sudu besar tu, pastu gaul-gaulkan rata. Kemudian tutup kejap periuk rice cooker tu.

Tujuan letak gula tu, nanti nak bagi pulut tu cantik, elok berkilat.
Lepastu bolehlah di masukkan pati santan dan di gaul rata. Boleh di hidangkan. Ikut suka lah nak makan dengan apapun.

InsyaAllah, walaupun pulut tak di rendam, elok je masaknya. Tekstur pulutnya pun cantik dan sangat-sangat menjimatkan masa.
Okay selamat mencuba.
Sumber : No Or
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jadi Suri Rumah & Suami Pula Dijemput Ilahi, Wanita Ni Kongsikan Apa Ditempuhnya!

Perkongsian daripada Ain Rozita ini cukup luar biasa. Setiap baris ayat yang ditulis, memberi kesan pada yang membacanya. Apatah lagi buat kita bergelar isteri, dan khususnya suri rumah sepenuh masa.
Ayuh kita baca, agar dapat memberi inspirasi dan manfaat.
Bergantung sepenuhnya kepada suami??
Sehari dua ni..Lalu lalang di wal..l masing2 mengata..menyalahkan..Mempersenda……memperlekeh..
Masing masing lupa Allah kata “Kun fa yakun!”
Lupa kita manusia tak lepas dari salah tak kira salah apa..Lupa yang Allah cuma tengok akhir kita macamana..
Lupa yang dunia adalah kesukaran utk orang Islam. Lupa yang dunia adalah syurga untuk kafir
Maka..
Sana sini mula cuba “membukakan minda” SURI RUMAH sepenuh masa
Dengan kata2..jangan bergantung sepenuhnya pada suami!!!
Allahuakbar!!
Kebergantungan kita
Pengharapan kita..serahkan 100% pada Allah..Tolonglah..yakinlah Allah itu sebaik2 perancang..
Allah itu Maha Tahu lebih dari jangkaun kita manusia..Kita diciptakan tak ada apa daya dan kuasa pun!
Pesanan Khas Untuk Suri Rumah
Dah lama saya tak menulis
Tapi hari ini saya nak kongsikan kisah ini
Khas utk SURI RUMAH sepenuh masa..mcm saya suatu masa dulu..
Almarhum suami saya..
Ya..lelaki yang saya redhakan permergiannya selamanya..
Sejak saya berkahwin dengannya
Dia menjadikan saya seorang perempuan yang daripada pandai berdikari (saya anak sulong) terus jadi ‘bodo’ tak tau apa..
Dari saya ada kereta..boleh drive ke sana sini…Kawin je kereta bagi kat adik..
Suami hantar ke mana je..
Dari reti cuci baju..sidai baju..
Terus jadi buta tengok bakul baju kotor..
Tak bagi buat sarapan..
Tak pernah kisah pasal kereta..
Tak kisah nak tidur tutup lampu..
Tak kisah nak charge phone..
Tak kisah mop lantai..
Semua suami buat..
Sampai ada kata saya ibu tak reti jaga anak..
Sebab kat luar rumah ..semua orang nampak .Suami yang uruskan anak..
(Ahh tak kisahlah…!)
Allah pasti bagi dia syurga kerana kebaikannya itu..Saya yakin sebab syurga bukan percuma!
Buat Keputusan
Akhirnya saya berhenti kerja..
Ntah kenapa rasa nak sangat jadi suri rumah sepenuh masa
Nak sangat jadi ketua bidadari syurga yang dicemburui oleh Bidadari syurga..
Awalnya saya ragu2 juga..
Suami gaji tak sampai 3k pun waktu tu..
Tapi ayat dia hari-hari cakap
Rezeki Allah bagi..jangan risau…
Saya tak pernah terfikir kalau
Suami akan pergi selamanya..
Saya tak pernah fikir suami pergi tanpa apa2 pesan..
Saya tak pernah fikir kalau suami mati macamana saya dan anak!
Saat dia pergi, Saya masih tak fikir macamana nak hidup tanpa suami..
Saya cuma fikir..suami ok tak kat alam sana..

Macamana suami di alam kubur..
Dia takut gelap..kat sana gelap tak..
Hujan basah tak?
Jadi saya cuma tau usaha utk dia senang kat sana..Dia selamat dari azab kat sana..
Ya..saya sungguh2 utk itu..Semoga Allah terima bekalan kami utk dia..Ameenn…
Selepas 7 Hari Suami Dijemput Ilahi
Lps seminggu..Lepas semua beredar..baru saya fikir macamana nak hidup tanpa suami..
Dan saya ingat kata2nya..
Allah ada..rezeki Allah bagi..jangan risau..
Saya mula belajar bawa kereta..
Kelakar! 3x isi minyak..3x minyak tumpah2..orang tengok
Mungkin orang kata bodo..pedulilah..
Pump tayar? Terus plat..sampai rata..
Minta tolong orang..Allah adakan..doa jela..
Oh ya sampai hari ini saya tak reti lagi pump tyre..Kawan saya Ida tolong atau..
saya doa semoga ada org lain tgh pump saat saya nak pump tyre..Alhamdullilah..Allah memang ada utk doa kita hambaNya!
Dari kecik abah yg beli belanja dapur..
Mak jarang keluar..apa lagi kami kan?
Beli bawang? Beli ikan? Beli sayur? Ayam?
Lepas suami meninggal baru belajar..
Abah ajar beli bawang kat pasar Pt Markom tu ha..Ajar pilih kentang..

Saya tak akan pegang ikan kat pasar Kawan2 ajar pilih ikan!
Tapi lepas suami takde..
Eh eh boleh pulak pegang2 ikan ..pilih2..
Emm..Allah ada kan..doa lah Allah tolong kita..
Tentang duit
Oh ya bab duit..Masa suami meninggal..saya memang tak ada duit..
Sayakan tak kerja..Tapi Allah dah tetapkan rezeki setiap hambaNya kan..
So? Bergantung pada Allah ke bergantung pada suami?
Ok sebelum tu..apa saya buat masa ada suami?
Saya belajar buat roti..sebab suami suka makan roti . Malam2 time tengok bola kat tv..celup air kopi

Suami suka makan kuih talam..
Saya belajar..suami antakan ke kelas..
Time raya nak beli kuih berbalang2 ..mahai juga..Jadi saya belajar buat biskut raya..muai…
Saya belajar buat cheesecake..cheesetart sebab saya suka makan..
Cheese mahal..nak beli kuih2 ada cheese mana kami banyak duit..
Saya belajar buat kek..sebab fikir harijadi suami..hari jadi anak..Boleh buat sendiri..
Jimat..
Saya buat semua utk suami..utk anak..
Tak fikir pulak kalau suami tinggalkan kita…
Saya tak pernah sedia utk ditinggalkan pun..
Tak mungkin utk bersedia sebab saya tak berani pun utk fikir Di tinggalkan!
Apa saya buat lepas suami meninggal?
Saya buat roti..jual
Saya buat cheesecake..cheesetart.. jual..
Saya join kelas PJJ buat kuih yang yuran rm10, rm30..Saya jual..
Allah ada..yakin..Allah ada..
Suami pinjaman..sampai masa Allah ambil pulang atau Sampai masa orang ambil pula..
Jadi Kenangan
Seronok jadi suri rumah..
Tengahari call..tanya suami nak makan apa..Tak reti..google..cari resepi..
Sebelum maghrib dah siap masak..
Anak akan tanya ayah nak makan dulu atau nak mandi dulu..Kalau kata nak makan..dia yg akan sibuk2 senduk.nasi…
ahh indahnya kenangan…kalaula boleh diulang!!
Ptg atau mlm standby air panas siap2…
dengar bunyi kereta je.Cepat2 bancuh air..supaya air tak sejuk..
Akhirnya
Bila suami pergi saya tak rasa ralat..
Saya dah cuba jadi bidadari untuknya..
Tak mengeluh kelam kabut nak keje..nak masak..Nak kemas..
Setiap lepas solat boleh baca Quran..hadiahkan pada
Suami..supaya dia selalu dimudahkan urusan..Boleh solat dhuha sampai 12rakaat..
Cuma..saya rasa..saya patut ada masa lagi lama sebagai isteri Utk baiki diri utk jadi ketua bidadari..Tapi Allah lebih tau..tak apa..
Hari ke 2..saya memang menangis bila tengok bakul baju kotor..
Ya saat itu saya tau..
Saya kena belajar buat semuanya..
Takapa Allah ada..
Sedih ..menangislah..
Air mata Itu nikmat Allah bagi juga..
Tapi berpada2
Sekadar Berpesan
Kawan2 suri rumah jangan takut..
Jangan buat sesuatu atas rasa takut kehilangan suami..
Buatlah sesuatu atas rasa utk kejar redha Allah..
Setiap yang berlaku itu ujian..
Dunia memang sifatnya sukar..
Sebab syurga bukan percuma!
Saat masih bergelar isteri..raihla pahala
sebab bila dia dah tiada..kau akan rindu semuanya..jangan kerana dunia dan wangnya kau hilang pahala
kau hilang indahnya nikmat rumah tangga..jangan kemudiannya kau menyesal atas apa alasan
Suami di ambil Tuhan atau di ambil orang…
Dua2 itu ujian..Rasa memang tak sama..tapi
syurga kan bukan percuma
kau untunglah kau dapat suami baik..
ya betul Alhamdullilah..
tapi semuanya mula dengan doa..
Doa senjata orang Islam..
asalkan kau sabar, istiqamah..
kalau bukan kat sini..kau akan dapat kat sanab berusahalahutk jadi ketua bidadari surgas. Selebihnya..serahkan pada Allah
Sumber : Ain Rozita
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri Adalah Rakan Kongsi Hidup. Hargainya Selagi Masih Ada.

Kehidupan dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Jika pasangan itu memilih bahagia, pastinya terima kekurangan pasangan. Bukannya mencari kesalahannya.
Jika seorang suami asyik mencari kesalahan isterinya, umpama dia tidak menghargainya kelemahan isterinya.
Seharusnya kehidupan rumahtangga ini saling melengkapi antara satu sama lain. Impaknya, rumahtangga itu dilimpahi kebahaagiaanya. Bukanya menjadikan ia sebagai alasan untuk ‘tukar isteri’ semata-mata.
Tepuk dada, tanya diri sendiri. Sebagaimana perkongsian oleh penceramah bebas terkenal,Ustazah Asma Harun mengenai pentingnya setiap pasangan saling menghargai dan menerima kelemahan pasangan seadanya agar rumahtangga kekal harmoni.
Ikuti perkongsian ini.
TUKAR ISTERI
“Isteri saya tak seperti orang lain, dengan pemalasnya, tak pandai masaknya, tak pandai berhiasnya, bercakap pun kasar, muka asyik masam…bla.bla… Saya rasa macam tak boleh nak terus hidup dengan dia lagi, ni baru dua tahun, kalau nak terus sampai puluh tahun tak tahulah azabnya hidup saya, mungkin saya perlu cari perempuan yang lebih sesuai dijadikan isteri”.
“Terpulang pada encik. Tapi saya rasa encik akan cari isteri sepanjang hidup, dan mungkin encik takkan jumpa ‘isteri’ sampai mati..”.
“Kenapa pula ustazah, teruk sangat ke saya, salah ke nak tukar isteri ?”
ISTERI ADALAH TEMAN KONGSI KEHIDUPAN SEORANG SUAMI. HARGAILAH
“Saya tak cakap encik teruk. Pertama, encik mungkin mencari wanita yang sempurna, maka memang encik takkan jumpa sampai bila². Kerana manusia tiada yang sempurna”.
“Kedua, encik sebenarnya bukan cari seorang isteri, tapi seorang hamba suruhan atau pekerja. Seorang pekerja yang dibayar gaji untuk setiap kerjanya pun belum tentu dapat memenuhi kehendak kita. Apatah lagi seorang isteri yang diminta buat itu ini tanpa diberi gaji, bahkan kadang dibalas dengan cemuhan, perbandingan, hinaan dll”.
“Ketiga, Isteri adalah rakan kongsi hidup, kekasih hati, tempat saling menumpahkan sayang, bukan pengurus hidup encik. Encik dah tua kan, dah boleh urus hidup sendiri, kenapa bila dah kahwin tak boleh urus sendiri. Rumahtangga adalah penyatuan lelaki dan wanita sebagai tempat berkongsi segala²nya. Jangan nak kongsi makan sama, sediakan makan pun sama²lah. Nak kongsi bilik dan rumah yang bersih je, kongsi jugalah kerja rumah tu. Nak kongsi anak je, sama²la kongsi bab jaga anak tu.. ”
“Keempat, encik datang mengadukan aib isteri, sebenarnya tanpa sedar encik sedang mengadukan kelemahan diri sendiri kerana gagal bersabar dalam mendidik seorang isteri, mungkin sikap buruk isteri berpunca daripada kita juga”.
SUAMI SWEET BILA…

Suami yang sangat sweet apabila dia hantarkan msg sekali sekala,
“awak, jangan lupa solat awal waktu, kerja memang tak habis, tapi umur kita akan habis..”.
“awak, jangan lupa baca AlQuran tu, sekarang saya ada untuk awak, tapi dalam kubur alQuran adalah teman awak yang setia..”
“awak, jaga aurat ya.. Awak cantik sangat bila tutup semua, kerana kecantikan sebenar apabila menarik pandangan Allah dan para Malaikat, bukan pandangan manusia. Cukuplah awak untuk saya..”
Pasangan muda, tolong ingat satu perkara ni,
Perkahwinan dibina atas dasar cinta, tapi keluarga bahagia dibina atas dasar tangungjawab.
Asma’ Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

