Bagi pengguna android, kita merasakan aplikasi Play Store mempunyai peranan yang sangat penting untuk kita melakukan proses install pelbagai aplikasi yang diingini ke dalam telefon. Jika ingin dikira dengan jari memang tidak cukup tangan dibuatnya, terlalu banyak!

Apa yang pasti aplikasi di Play Stor cukup pelbagai, ada yang ditawarkan secara percuma hinggalah boleh dibeli dengan harga yang mahal. Sebagai pengguna kita perlu berhati-hati agar tidak tersalah download, hanya yang penting dan bermanfaat sahaja.

“Anak ‘Curi-curi’ Main Game, Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun…”Ibu Ni Kongsi Kisah, Jadikan Pengajaran!

Pun begitu lain pula kisahnya bila anak berkongsi telefon dengan ibu bapanya. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Nor Liyana Abdullah. Menurutnya, telefon yang sama turut digunakan oleh anaknya sepanjang PdPR.

Namun tidak sedikit pun dia menyangka, anaknya boleh ‘curi-curi’ main game dan seterusnya hingga menyebabkan duit di dalam akaun miliknya berbaki RM2.

“Gara-gara PDPR….bagi phone kat anak..Semasa PDPR curi-curi main game….sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak RM2600 diaorang beli game….Pening weh…pening..

“Bila perasan duit hanya tinggal RM2.00 dalam akaun baru nak cek rupanya selama ni dia beli benda ni…Ya Allah….tak tau nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan nom TAC tak sampai….bila cek dalam gmail baru perasan bil-bil game nih. Semak dengan bank total keseluruhan pembelian RM2600,” jelasnya.

“Anak ‘Curi-curi’ Main Game, Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun…”Ibu Ni Kongsi Kisah, Jadikan Pengajaran!

Tambahnya lagi, “Kaedah pembayaran guna line umobile. Sebab dia ambil duit dalam akaun top up tel dia…dia tambah top up dalam google play”

IKLAN

Diperkongsian tersebut, Nor Liyana juga menasihatkan agar ibu bapa di luar sana agar selalu pantau game apa yang anak-anak selalu main. Bimbang terjadi seperti apa yang dialaminya

“Ya Allah….dugaan PDPR…Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa…Tiba-tiba baru teringat kisah zarina zainudin yang anaknya beli game sampai 20k..”

“Anak ‘Curi-curi’ Main Game, Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun…”Ibu Ni Kongsi Kisah, Jadikan Pengajaran!

 

Meninjau di ruangan komen ramai bersimpati dan turut berkongsi info berkenaan kejadian yang menimpa Puan Nor Liyana ini.

Antaranya komen daripada Mohd Anuar Mokhtar “allahu..banyak tu…next rasanya boleh setting klu beli apps yang berbayar boleh request pasword jgn bgtau anak2 pasword tu…tak pelah benda nak jadi kan…klu kes mcm gini mmg kira burn lah kan…InsyaAllah smoga ada rezeki lebih besar lagi menanti..next kena lebih berhati-hati

IKLAN

Manakala Aslyna Arshad Aslynas turut berkongsi pengalaman yang sama.Menurutnya,  “Saya kena rm600 nasib baik saya check kalau tak melarat. Saya sebelum nie bil phone main byr je tak tgk bill. Satu hari heran kenapa bill mahal sebab tak pernah delay payment.bila check dgn center anak beli accesories game online . nasib dia tak pilih yg paling mahal rm399.90. Dlm satu malam dia beli accessories utk game online rm600-00. Dia beli accesories mcm baju la utk dlm game tu pakai . Saya terus ambil balik sim kad n call center utk block semua pembelian”

Manakala respon daripada Hairul Nizam katanya “Terus tukar setting phone nak download game berbayar kene masuk pincode. Jika tidak jenuh masuk akaun atau masuk bil.”

Rata-rata mengambil kisah yang dikongsikan ini sebagai penjajaran dan bersikat lebih berhati-hati agar perkara yangs ama tidak berlaku lagi.

Sumber : Nor Liyana Abdullah

IKLAN

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

“Anak ‘Curi-curi’ Main Game, Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun…”Ibu Ni Kongsi Kisah, Jadikan Pengajaran!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Anak ‘Curi-curi’ Main Game, Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun…”Ibu Ni Kongsi Kisah, Jadikan Pengajaran!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI