Merasa tendangan dan pergerakkan bayi di dalam kandungan buat pertama kali sememangnya nikmat yang paling membahagiakan seorang ibu. Pengalaman yang cukup indah.
Namun pengalaman ini jika dibiarkan tanpa dipantau boleh mengakibatkan kehilangan yang paling menyedihkan. Jangan sekali-kali abaikan pergerakan ini kerana ia cukup penting!
Dr Anisah Latiff, yang kini bertugas di Klinik Dr Alyna berkongsi fakta mengenainya.
Kita sebagai ibu, cara untuk kita kenal pasti baby dalam perut sentiasa sihat adalah dengan cara mengesan pergerakkannya. Dan bila tak ada sebarang pergerakan, sudah tentulah sangat berbahaya.
Ada sesetengah ibu yang rasa baby tak bergerak terutama di hujung-hujung kehamilan perkara biasa dan normal, sedangkan itu tidak patut berlaku.
Biasanya pada minggu ke 28 hamil, ibu sudah boleh merasa pergerakkan bayi dalam kandungan sehinggalah waktu melahirkan iaitu ketika usianya sembilan bulan.
Ads
Sepuluh gerakan setiap hari dalam tempoh 12 jam adalah sangat penting untuk diambil kira.
Misalnya dari 9 pagi hingga 9 malam dan gerakan ini ada gerakan lembut, gerakan aktif dan gerakan yang kuat. Semua gerakan ini harus diambil kira.
Kebiasaannya sekitar jam 3 hingga 4 petang, sepuluh kiraan itu sudah pun selesai dikira oleh ibu. Namun jika anak tak cukup bergerak atau tendangannya kurang aktif, ibu perlu rujuk untuk mendapatkan nasihat doktor dan pemeriksaan.
Ads
Rangsang bayi bergerak dengan makanan
Pun begitu, bagi memastikan bayi dalam kandungan terus bergerak dan aktif di dalam perut, sebenarnya ada beberapa daya rangsangan yang ibu boleh lakukan.
1. Ibu banyakkan bergerak 2. Makan benda manis 3. Makan dan minum makanan sejuk seperti aiskrim atau air sejuk. 4. Cuba sentuh perut dan bercakap dengan anak.
Ads
Jika kesemua cara ini sudah dilakukan tetapi anak masih tidak mahu bergerak, ada baiknya ibu rujuk kepada doktor untuk rawatan.
Bila ibu tidak sihat?
Bila keadaan ibu tidak sihat, seperti demam dan sebagainya, anak juga akan turut sama mengalami kesannya. Anak juga kurang aktif seperti selalu.
Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan cara rangsangan yang sama seperti di atas untuk kembali membuatkan anak aktif bergerak. Wajib cuba!
Nasihat untuk ibu, kiraan 10 kali di dalam tempoh 12 jam itu tersangatlah penting. Jangan culas untuk mencatit pergerakan ini di dalam buku pink ibu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila ada anak kecil memang rumah kena ekstra kemas dan ibu bapa sendiri kena ekstra hati-hati. Ini kerana risiko anak kecil untuk terdedah pada bahaya di rumah sangat tinggi.
Sikap si kecil berusia bawah enam tahun yang gemar explore bermacam perkara di rumah membuatkan mereka tidak dapat membezakan mana satu bahaya atau tidak.
Sikap ingin tahu mereka yang sangat tinggi membuatkan mereka akan mencuba segala objek atau perkara yang ditemui di rumah.
Seorang doktor berkongsi di laman twitternya berkenaan situasi cemas yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang bermain ‘solder paste’ milik ayahnya.
Menurut Dr Lyana Kamal, ‘solder paste’ ini umpama gam kuat yang digunakan untuk melekatkan besi dan perlu berhati-hati menggunakannya kerana mungkin mengandungi asid yang kuat.
Jadi, ibu bapa yang ada anak kecil kena baca perkongsian beliau di akaun miliknya @Dr_Aween_LiaNa berkenaan kesan kulit yang terbakar disebabkan bahan kimia yang terkena pada kulit.
Dr Lyana turut mengingatkan ibu bapa yang ada anak kecil supaya baca dan faham apa yang ingin disampaikannya.
Adik kecil ini tersalah main ‘solder paste’ milik ayahnya. Solder paste ini umpama gam kuat yang digunakan untuk melekatkan besi. Satu benda yang perlu berhati-hati dengan solder paste, ia mungkin mengandungi asid yang kuat. pic.twitter.com/md76x5rXKF
Kesian adik ni. Meraung sakit di klinik saya. Sebab kulit yg paling atas tu (epidermis) sudah mati. Dan sudah ada yang melecet. Bayangkan kalau kulit kita tersiat, sakit boleh menggelupur kita kita kan? Macam tu la kalau sakit chemical burn.
So ibu-bapa, saya nak tekankan di sini..
2. Mangsa keadaan di rumah selalunya kanak-kanak. Mereka mungkin main dan terpegang mata, atau kulit bahagian badan lain. Ada kes telan bahan toksik itu.
3. Tanda-tanda awal chemical burn adalah sakit, kulit merekah, kulit mejadi merah, menggelupas, lepuh air dan bengkak.
So, apa yang kena buat kalau anak kita yang jadi mangsa chemical burn?
2) Jika bahan toksik tu kering dan berserbuk, buang gunakan brush. Jangan sapu dengan kain basah!
3) Jika terkena mata atau kulit, lalukan dengan air secepat mungkin. Air yang digunakan mestilah suam, banyak dan tekanan yang tidak kuat. Pressure air yang terlalu kuat boleh menyebabkan bahan kimia itu masuk lebih mendalam dalam kulit dan menyebabkan luka yang lebih teruk.
4) Terus datang jumpa doktor SECEPAT MUNGKIN.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masuk je bulan ramadan, semua aim nak diet! Konon bila raya nanti boleh la pakai baju cantik-cantik.. Betul tak?
Secara logik akal, mungkin ramai individu yang akan fikir bahawa bulan Ramadan adalah ketika yang paling sesuai untuk anda mula berdiet kerana berpuasa itu hal wajib.
Ya, anda mungkin betul tentang perkara di atas kerana dengan puasa wajib bagi penganut agama Islam, individu secara tidak langsung hanya akan makan pada waktu tertentu.
Pun begitu, ia juga boleh jadi satu masalah kerana individu cenderung untuk makan dengan lebih sedap dan banyak pada waktu sahur dan iftar lantas menjadikan usaha diet anda itu rosak.
Sebenarnya, keputusan terletak di tangan individu. Anda mungkin tidak perlu tunggu sehingga bulan puasa tiba baru hendak mula diet kerana bila-bila masa sahaja anda boleh bermula.
Namun jika anda masih ingin cuba untuk berdiet dengan berpuasa, jangan putus asa dan teruskan!
Antara tip-tip penting di bulan Ramadan!
Di bulan puasa, ia adalah peluang utama untuk kita semua memulakan atau mengamalkan cara dan gaya pemakanan yang baik. Dengannya, tubuh badan akan jadi lebih sihat.
Walaupun anda tidak boleh makan dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, namun anda masih boleh makan pada waktu sahur dan iftar dengan juadah yang sihat.
Dengan berpandu kepada beberapa tip-tip penting di bawah, tubuh badan anda akan kekal sihat:
#1. Minum air kosong dengan secukupnya
Bukan pada waktu anda sedang berpuasa ya! Anda masih boleh minum air kosong dengan secukupnya di antara waktu iftar dan sahur untuk mengelakkan kondisi dehidrasi.
Jumlah yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 10 gelas kerana anda sudah tidak makan dan minum kira-kira 12 jam puasa pada waktu siang. Maka, sila cukup minum air.
Apa yang penting, adalah sumber air tersebut disarankan dalam bentuk air kosong dan bukan air bergula, berkafein mahupun beralkohol kerana ia adalah pilihan yang salah.
#2. Sahur dengan makanan yang mengenyangkan
Sahur itu sangat penting bagi menyediakan sumber tenaga untuk individu mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental sepanjang tempoh anda berpuasa.
Pengambilan karbohidrat kompleks daripada banyak sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging, telur, tenusu dan lain-lain itu amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
#3. Iftar dengan makanan yang menyegarkan
Iftar itu lebih penting untuk mengisi semula perut yang telah lama menahan lapar dan dahaga. Namun, waktu ini bukan lesen untuk kita semua melantak seperti lupa dunia.
Pengambilan protein, vitamin, mineral dan lain-lain nutrisi adalah sangat penting untuk mengecas kembali sumber tenaga yang hilang. Cuma, pastikan juadah anda itu sihat.
Menu diet berbuka puasa dan bersahur untuk anda
Sekiranya anda berdiet dan berpuasa dalam masa yang sama, ia tiada masalah. Apa yang perlu anda beri lebih perhatian adalah tentang menu diet berbuka puasa dan bersahur itu.
Berikut adalah contoh -jenis jenis hidangan yang mungkin boleh anda amalkan ketika iftar dan sahur:
menu diet berbuka puasa
Sahur
Antara contoh menu yang baik di waktu sahur adalah roti, biskut, nasi, telur, tenusu, minuman malt coklat berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah bersahur yang lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan: Sandwic berinti telur, keju dan sos @ krim kegemaran berserta minuman coklat panas.
Menu diet berbuka puasa atau iftar
Antara contoh menu yang baik di waktu iftar adalah nasi, mi, bihun, pasta, daging, minuman teh herba, berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah berbuka puasa lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan: Nasi putih berlauk sup daging, sayur timun, buah kurma berserta minuman teh hijau.
Moreh
Jangan dilupa juga waktu moreh sama ada di rumah atau di surau usai solat tarawih ya?
Selepas menikmati menu diet berbuka puasa, anda mungkin masih rasa lapar terutama selepas solat terawih.
Anda mungkin boleh makan pada waktu lepas isyak ini dengan hidangan yang agak ringan seperti roti, biskut dan pelbagai jenis snek sihat untuk kekal bertenaga menjalani ibadah di bulan mulia ini.
Cadangan: Bubur nasi @ lambuk berlauk daging ayam berserta minuman buah lemon atau limau.
Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.
Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?
Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang.
Antara khasiat beras rebus ialah :
1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah
Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.
Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.
2. Mempunyai kalori yang rendah
Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
3. Kaya dengan vitamin B
Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.
4. Mineral yang tinggi
Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang cukup juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.
Memang banyak kebaikan serta nutrien yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.