Sentiasa nak dekat dengan anak, demikian juga dengan situasi yang dilalui pelakon, Emma Maembong.
Akui ibu muda ini, dia lebih selesa menjaga sendiri anaknya Shariq Gabriel yang kini berusia setahun daripada ditinggalkan kepada pembantu rumah atau dihantar ke rumah pengasuh.
Itulah lumrah bagi setiap wanita bergelar ibu. Tatkala si kecil menjengah dunia, waktu itu hilang segala rasa sakit dan perit selama mengusung perut 9 bulan. Apa sahaja yang nak dibuat,pasti anak menjadi keutamaan.
Berkongsi cerita bersama Harian Metro baru-baru ini, Emma mengakui, tindakannya itu bukan kerana tidak percaya kepada orang lain, sebaliknya naluri seorang ibu yang menyayangi anak. Sementelah dia sendiri baru melalui fasa bergelar ibu.
“Sejak menjadi ibu, memang susah untuk saya tinggalkan anak. Walaupun dia okey saja, tetapi saya sendiri yang tidak bersedia dan tak biasa untuk tinggalkannya.
Ads
“Biasalah, saya pun baru saja menjadi ibu. Tetapi apabila difikir-fikirkan semula, saya juga yang susah nanti jika terlalu obses dengan anak sendiri dan dia pula asyik nak melekat dengan saya setiap masa,” ujarnya lagi.
Begitu pun dia tidak menafikan terpaksa berhadapan kesukaran hendak memberi fokus kepada lakonan kerana asyik teringatkan anak di rumah.
“Sebagai ibu, saya percaya kita akan menjaga anak lebih baik daripada orang lain. Daripada asyik fikir anak dah makan ke belum, dia buat apa di rumah, menyebabkan saya akhirnya ambil jalan pintas dan bawa anak ke lokasi.
“Tapi, tak selalulah kerana perlu melihat juga tempat itu sesuai dan selesa untuk bayi. Namun, apabila anak ada dekat dengan saya baru boleh bekerja, hati pun tenang dan selesai masalah,” katanya.
Ads
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar, 33, pada 20 Februari tahun lalu dan selamat melahirkan anak sulung mereka pada 8 November tahun lalu.
Egypt atau lebih dikenali dengan nama Mesir adalah antara sebuah negara tamadun terawal di dunia dan mempunyai pelbagai sejarah yang mendalam seperti dinasti pemerintahan firaun,sejarah anbiya dan penyebaran Islam.
Bagi yang beragama Islam pastinya teringin menjejakkan kaki ke sini. Menarik dengan perkongsian lelaki ini yang menyenaraikan lebih 40 sebab kenapa Mesir dikatakan sebuah negera yang menarik.
Ikuti perkongsiannya.
Kalau tanya aku, nak tak pergi Mesir semula? Aku akan jawab : Gila tak nak. Zaman remaja aku habis kat Mesir. Baik buruk Mesir aku hadap. Tanah kelahiran pula tu. BENDA YANG BEST DI MESIR: 1. Transport 24 jam. Ikut la waktu mana nak travel kenderaan pasti ada. 2. Duit Mesir lagi murah dari Malaysia. 3. Syurga buah-buahan. Rasalah puas-puas buah di Mesir. Penuhkan peti ais. Anggur sekilo RM4, Strawberi sekilo RM2. Buah peach ada, ruttob, tembikai, oren dan banyak lagi. 4. Servis runner @ grabfood lagi awal diamalkan di Mesir. Beli ayam pun pakai runner. Bagitau je nak berapa kilo, nak potong berapa. 5. Semua walking-distance je. Nak pergi kedai, pasar, kedai makan, coffee shop semua dekat. 6. Kedai buku bersepah-sepah. Nak cari buku eropah kurun ke 14 pun ada lg. Kedai buku bundle pun banyak. Buku ‘Mahathir Mohammad’ paling senang nak jumpa. Buku agama lagi lah banyak, bermacam cetakan, bermacam ilmu baru. 7. Arab Mesir sentiasa membiasakan mulut berzikir dan memberi salam. 8. Kedai-kedai di Mesir sentiasa pasang alunan bacaan al-quran. Tak pelik kalau selalu dengar dalam teksi. 9. Lokasi yang strategik. Nak ke Saudi dan Jordan naik kapal laut je. Nak ke Eropah ‘flight’ 5 jam. Berenang 10 hari sampai Cyprus . Dulu modal LE800 kami jalan sampai Istanbul ikut darat. Waktu tu Syria tak perang lagi 10. Cuaca Mediterranean. 11. Banyak kedai 3asir (jus), pekena air tebu + lemon sejuk waktu musim panas mmg sempoi. 12. Bulan Ramadhan bulan paling meriah. Satu bulan tak masak pun takpe, arab pemurah sangat bagi makan. 13. Solat tarawih satu malam 1 juzuk pun masih ok. Tak rasa penat. 14. Kalau arab dah boleh ajak kau datang rumah dan kenal-kenal dengan keluarga dia, maknanya dia betul-betul senang dengan kau. 15. Arab Mesir sangat penyayang dengan budak-budak. Diorang mmg pandai layan budak. Aku selalu dapat hadiah buah-buahan, pak arab bagi kat anak. 16. Puluhan surau dan masjid kecil untuk menunaikan solat. 17. Banyak kelas talaqqi agama yang hidup di masjid-masjid. Sangat-sangat berguna untuk isi waktu selain pergi kuliah. 18. Coffe house tempat paling chill untuk lepak. Kedai ala-ala bar. Boleh tengok dia bancuh kopi sambil borak2 petang. 19. Banyak aktiviti kesenian dan budaya kebanyakkannya di Cairo dan Alexandria. Banyak pertunjukan teater (masrah). 20. Syurga makanan. Kalau sampai di Mesir, jangan takut untuk cuba makanan disana. Dari ‘street food’ sampai ke fine dining. Dulu aku selalu buat food hunting di Alex. Ada restoran yang duduk dalam celah-celah bangunan, kena tanya local.
21. Kalau nak buat lasik mata, datanglah ke Mesir. Murah ye. Sambil-sambil travel ke Mesir. Adik aku buat dulu RM800 je.
21. Bila musim panas, malamnya seakan tidak berpenghujung. Orang ramai akan keluar bersiar-siar bawa keluarga. 22. Musim panas boleh jalan ke Matrouh Siwa dah dekat dengan Libya. Musim sejuk boleh ke Sinai kearah Palestin dan Saudi. 23. Banyak sangat kesan sejarah, sebab banyak sangat perang tambahan pula penjajah yang pelbagai. Kesan tinggalan Rom, Turki, Perancis dan lain-lain. 24. Alexandria, kota untuk pemancing. Kedai alatan memancing up to date. Sewa bot pun murah. Mancing tebing pun boleh. Ikan belanak banyak 25. Perasaan lain macam kalau masuk kedai runcit arab. Rasa nak beli semua. Packaging jajan dia sangat menarik. Lama tak makan Molto 26. Satu lg, kalau terlambat pergi solat jumaat. Jangan risau kau masih ada peluang untuk solat di masjid lain. Sebab ada masjid dah habis solat jumaat, tp masjid lain masih baca khutbah. 27. Orang arab sangat menghormati tetamu. Bila dia ajak makan kena habiskan.
28. Yuran pengajian murah, waktu aku dulu kalau tak silap RM60 untuk setahun. Duit kitab pun lebih kurang LE250 untuk satu semester. Kalau medik azhar $1000, kalau Uni Alex $8000. Betulkan kalau aku silap.
29. Budaya membaca al-quran dalam kenderaan awam, di taman, tepi jalan adalah perkara biasa. Lagi-lagi bulan puasa. 30. Budaya menghafaz al-quran sejak dari kecil. 31. Mesir tempat sesuai untuk mulakan solo backpacking. Ada berani? 32. Kalau ada peluang pergi kampung arab jangan lepaskan. Banyak benda boleh belajar, paling kurang tunggang himar. 33. Fathirah Coklata adalah makanan paling sedap . Ada je lg makanan yang sedap hehe. 34. Jangan segan nak mintak diskaun. Pujuk sampai dapat. 35. Pasar karat syurga vintage. Nak cari rayban, levis, kamera lama-lama ada, motor BSA pun ada. 36. Kalau nak shopping, pergi Port Said. Banyak barang import turun disitu. 37. Mesir ada banyak pantai yang cantik-cantik. Budak Malaysia banyak ambil lesen scuba diving sebab murah. Kalau tak nak pergi jauh-jauh, mandi di Pantai Syatbie di Alex pun dah ok. 38. Kain cotton Mesir antara yang terbaik di dunia. Ada satu kedai sebelah ARMA. Beli la kain tuala disitu. Banyak lagi kedai tapi itu yang paling ingat. 39. Souq Shafie paling rare. Macam-macam binatang diorang jual. Nak beli buaya pun boleh. Seingat aku budak Malaysia pernah beli, bela dalam akuarium. 40. Bahasa ammi Mesir difahami dunia arab. Aku dah pakai masa di Saudi, Syria, dan Morocco. Semua faham. Yang penting boleh hidup. 41. Nak buat lesen kereta motor murah. Ujian kereta kena buat u-turn je, terus dapat lesen 10 tahun. Kalau tertinggal helmet masa ujian, helmet kontraktor pun boleh. Ujian motor pusing kon je. Tak tau lah sekarang ni macam mana. 42. Belanja barang dapur murah, lagi-lagi sayur-sayuran. Dulu aku selalu beli daging batang pinang sebab murah. Tp kalau beli ayam, diorang akan timbang ayam hidup, lepas timbang baru sembelih. Tapi ada je diorang jual ikut bahagian ayam. 43. Di pasar banyak dijual, arnab, burung merpati, ayam belanda, ayam kampung. Harga telur ayam kampung dan telur biasa kadang2 boleh sama harga. Sebab tu aku selalu beli telur ayam kampung.
Banyak lagi nak isi, nanti aku edit lagi.Ini semua pengalaman yang aku ambil sepanjang 9 tahun di Mesir. 4 tahun menetap di Mansurah dan 5 tahun di Alexandria. Kalau diajak 10 kali untuk ke Mesir aku pasti sebut YA! YA! dan YA! Jika dicari 100 keburukkan Mesir memang akan jumpa, tapi kau akan jumpa lagi 1000 kebaikkan Mesir. Jangan takut ke Mesir
Dulu, dapur berfungsi hanya sebagai tempat untuk memasak atau menyediakan hidangan. Namun kini , fungsi itu pun semakin luas apabila dapur bukan sahaja untuk memasak tetapi sebagai ruang terapi dan mengeratkan hubungan keluarga.
Ruang dapur yang kemas, bersih dan cantik pastinya menjadi idaman buat setiap wanita. Bukan sahaja dapat memasak dengan tenang tapi penuh stail!
Maklumlah, bila tempat memasak hari-hari pun tak rasa boring. Sudah tentu kita masak dalam keadaan mood gembira.
Jika dapur bersepah, nak masuk pun berserabut. Seperti wanita ini, Puan RasBie Ibrahim, dapurnya kelihatan begitu tersusun susun aturnya.
Ruang memasak kemas dengan bahan-bahan masak di letak berhampiran dengan pelekat nama bahan masakan. Juga rak terbuka untuk ruang menyimpan perkakasan memasak yang diletakkan dengan kemas. Memang praktikal.
Bahkan ruang dalam peti ais sungguh menakjubkan! Buka aje peti ais kelihatan semua barang memasak seperti sayur, barang basah termasuk buah-buahan di simpan dalam bekas serta pelekat. Kagum melihat peti ais yang penuh dan tersusun kemas seperti ini.
Jom kita lihat cara beliau susun atur bahan-bahan masakan, barangkali boleh menjadi pencetus idea untuk kita kemas dapur minggu ni!
SUSUN ATUR PETI AIS YANG KEMAS!
Setiap barang di dalam peti ais ditampal pelekat nama setiap bahan.
Bahan-bahan masakan seperti sayur disimpan dalam bekas telus pandang.
Turut ditampal pelekat. Kemas dan teratur.
RUANG DAPUR
Ruang dapur dengan tema putih menjadikan ruang kelihatan lebih luas.
Menarik! Semoga menjadi inpirasi untuk kita menghiasa dapur dengan lebih cantik dan kemas.
Sumber: RasBie Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.