Pengorbanan anak anak.

Bila ibu bapa bekerja, anak anak banyak berkorban kan.

Setiap hari, mereka terpaksa kita kejut awal pagi.

Mata mereka masih belum terbuka pun kita sudah angkut ke rumah pengasuh/taska.

Bila petang menjelma barulah nampak muka ibu dan ayah.

Ingat lagi tak, bila kita tiba tiba perlu hadir mesyuarat. Sepatutnya balik pukul 4, tambah mesyuarat jadi pukul 6.

Anak anak di rumah pengasuh ternanti nanti.

Mana ibu dan ayah tak sampai sampai lagi.

Itu belum lagi kalau ada kerja luar.

IKLAN

Bila ada kursus, kita terpaksa tinggalkan anak di rumah pengasuh, rumah nenek atau rumah sesiapa sahaja yang kita percayai.

Anak anak perlu berkorban lagi

Merindui kita dan ternanti nanti kepulangan kita.

Saya ingat lagi masa pergi program Tingkatan 2 di Kem Tentera, ada cikgu cikgu yang bawa anak kecil.

Kesian mereka.

Suasana di sana panas dan tidaklah selesa seperti di rumah.

IKLAN

Anak anak itu berkorban keselesaan mereka demi bersama ibu masing masing.

Itu belum lagi yang terpaksa bawa anak masing masing ke tempat kerja.

Terutamanya cikgu cikgu yang ada kelas malam, kelas dihujung minggu.

Mereka terpaksa bawa anak anak kerana tiada pengasuh.

Bayangkan anak anak yang sepatutnya berehat dan bermain di rumah terpaksa dibawa bersama demi kerana tugas.

IKLAN

Bila difikirkan balik, bila kita bekerja.

Bukan diri kita saja yang letih dan bukan kita sahaja yang berkorban.

Tapi anak anak juga berkorban bersama sama dengan kita.

Jadi, sesekali, ucapkan terima kasih kepada anak anak kerana memahami kerja anda.

Ucapkan terima kasih kepada anak anak kerana behave well semasa berada di rumah pengasuh.

Ucapkan terima kasih kepada anak anak kerana sanggup berpenat lelah bersama sama anda.

Sumber: FB Puan Farhan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI