Selepas selamat melahirkan putera sulung pada 8 September lalu, Uyaina Arshad dan juga suami iaitu Raja Syahiran sepakat untuk mendedahkan nama bayi comel mereka.
Menerusi perkongsian itu, Uyaina dan suami sepakat memberikan nama bayi lelaki mereka ‘Raja Urhan’ yang membawa maksud tersendiri.
Assalamualaikum semua. Ini Raja Urhan bin Raja Syahiran. ‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat.
Tulis Uyaina di bahagian kapsyen, selain membawa maksud pemimpin yang hebat, nama Urhan itu begitu dekat dengan nama ibunya iaitu Noor Alhan dan diambil bersempena dengan nama tokoh Islam iaitu Sultan Orhan Gazi yang merupakan Sultan Empayar Uthmaniyyah.
Ads
” Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.” tulisnya.
Di hujung perkongsiannya, Uyaina juga berharap agar anak lelaki sulungnya itu akan membesar menjadi seseorang yang berguna dan beri kebaikan untuk masyarakat.
Ads
Tambahan, difahamkan akaun Instagram atas nama Urhan juga telah diwujudkan namun masih lagi dalam mod private.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Uyaina dan suami selain memuji pilihan nama selain dari mendoakan anak mereka supaya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya.
Suami isteri yang mampu mengekalkan hubungan mesra dan bahagia hingga hujung nyawa, nyata keduanya telah sama-sama berjuang untuk kekal bahagia.
Ini kerana untuk merasai bahagia dalam hubungan, ianya bukan usaha dari satu pihak sahaja.
Untuk itu, ketahui beberapa teknik yang boleh dilakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa istimewa dan tidak hambar.
Ini sebagaimana yang dikongsika oleh Muhammad Hassan untuk panduan bersama.
Apa yang patut kita lakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa rasa mahal. Lakukan teknik ini
Physical Touch
1. Peluk pasangan dari belakang.
2. Pegang tangan dia dengan penuh kasih sayang.
3. Picit hidung,gosok pipi dia zahirkan kemesraan.
4. Cium dahi dia dengan cinta setiap kali pergi dan pulang dari kerja.
5. Doa kebaikan dihadapan dia,biarkan dia dengar setiap doa kita .
6. Ketika pegang tangan,tatap wajah dia dan katakan kepada dia kita terlalu sayangkan dia,sayang hingga ke syurga.
Break the routine
1. Cuba lakukan yang lebih dari biasa.
Jika sebelum ini isteri siapkan sarapan,apa kata esok pagi kita pula sediakan sarapan.
2. Jika sebelum ini isteri kejutkan kita solat subuh. Apa kata esok kita pula yang kejutkan isteri dan keluarga solat subuh.
3. Jika sebelum ini isteri setiap hari basuh dan jemur pakaian. Apa kata esok kita pula buatkan. Malam ini masukkan ke dalam mesin,esok selepas subuh jemurkan .
4. Jika sebelum ini tak pernah picit urut kaki isteri,cuba selepas solat nanti minta isteri hulurkan kaki,picit picitkan kaki dia.
5. Sebelum ini tak pernah makan bersuap,minum air satu gelas. Cuba makan malam nanti suapkan pasangan,minum satu gelas yang sama dan tempat yang sama.
7. Jika sebelum ini dah lama tak ajak isteri makan tengah hari cuba esok ajak isteri makan di luar,pilih tempat yang dia sukai.
6. Cipta masa untuk bawa isteri dan keluarga jalan jalan. Pusing kampung,pusing taman pun dah cukup melegakan.
Nak tahu kesan dia?
Cuba buat sekarang tengok dalam beberapa hari. Pasti pasangan kita sangat teruja dengan teknik ini. Hubungan makin baik,isteri mula merasai dirinya dihargai,suami akan makin jatuh cinta.
Percayalah, kerja mengurus dan mengemas rumah memang tidak pernah habis. Tambahan pula jika anak ramai dan masih kecil, lazim terjadi apabila kita baru mengemas bahagian ruang tamu, ruang bilik pula bersepah. Kemas bilik tidur, ruang dapur pula dikerjakan anak-anak.
Itu satu hal, kemudian ditambah pula dalam bab mencuci dan melipat pakaian, sekali dicuci bertimbun pakaian perlu dilipat. Andai tidak sempat diurus, boleh sakit mata memandangnya.
Jadi apa kata, praktikkan cara yang dikongsikan oleh Puan Nurul Syazwina ini untuk manfaat bersama. Jom semak.
TIPS MENGEMAS TIMBUNAN BAJU BAGAIKAN GUNUNG KHUSUS BAGI IBU-IBU BEKERJAYA YANG SANGAT CINTAKAN KEKEMASAN. SILA FOLLOW TIPS INI SUPAYA HUSBAND ANDA TAK FADE UP MENCARI KELENGKAPAN MEREKA DISEBALIK TIMBUNAN GUNUNG.
First of all, sebenarnya dah lama wina tergerak hati nak share tips ni, gambar pun dah lama ada dalam phone cuma tak post lagi sebab tak tahu nak type story dan caption apa.
Actually, last week wina ada share macam mana nak dapur kelihatan kemas dan tersusun rapi. Lepas tu ada kawan wina whatsapp dan minta wina share dan nak tahu macam mana wina mengendalikan timbunan baju di rumah sebab wina bekerja weekday.
Cuma wina nak highlightkan di sini bahawa ibu-ibu yang bekerja ni bukan seorang yang suka tangguhkan kerja rumah tau. Sebab banyak sangat lagi hal yang diorang kena settel dan hadap dalam hidup sehari-harian mereka.
Kitorang ni rajin je, cuma kadang-kadang rasa penat sebab seharian bekerja dan bab melipat kain ni memang kena ambik mood dan semangat dulu baru settle! Cubalah fahami dan selami hati dan perasaan ini kan. Hey, surirumah zaman sekarang ni pun uolls ingat banyak masa ke? Busy jugak tau. Ngan kerenah anak-anak lagi satu hal.
Sebab tu bila start je berumahtangga, wina dan husband create satu inisiatif begini. Melainkan kalau kat rumah uolls ada bibik rasanya tak perlu apply tips ni kot.
TIPS INI HANYA UNTUK KEGUNAAN SEMENTARA WAKTU SAHAJA, DAH ADA MASA FREE BOLEH CONTINUE LIPAT. BUKAN SELAMA-LAMANYA SIMPAN DALAM STORAGE BOX
1) Sediakan storage box satu sorang mengikut bilangan ahli keluarga. Macam wina ada 3 orang anak, so campur wina dan husband ada 5 orang isi rumah. So, storage box wajib kena ada 5.
Actually, kat rumah wina ada banyak storage box. Lebih 10 boxes tak silap sebab rumah wina banyak barang, so storage box la tempat simpanan barang yang teratur selamat dan well organised.
2. Macam biasa, wina ni memang kaki label. Haha jadi label kan storage box mengikut kepunyaan. Penting sangat labelkan, sebab nanti baju-baju tu akan dimasukkan mengikut bahagian masing-masing.
Kemahiran sorting mengikut bahagian diperlukan di situ. Eh, nak bahagikan baju tu pun ada teknik tau! Bukan senang-senang nak sumbat masuk storage box gitu aje wina ada share pada gambar.
Okey, ni dia teknik menyimpan kain dalam storage box macam wina cakap tadi. Kita jangan sumbat je tau, kita hampar dan bentangkan baju-baju tu tadi supaya nampak tersusun rapi.
Cara menyimpan pun kena betul, kalau kita sumbat je alamatnya storage box tu tak jimat space. Baju-baju pun akan jadi kedut lain macam. Tak sedap mata ni memandang
3. So, bila tiba weekend atau storage box hampir penuh, bolehlah semua settel melipat atau hangerkan baju-baju tersebut. Kalau tak sempat, boleh lipat secara ansuran mengikut storage box. Hari ni lipat husband punya box, esok lipat anak-anak punya pulak. Bila kain-kain tu ada di dalam storage box sekurang-kurangnya kelihatan kemas dan tak sakit mata bila tengok timbunan kain.
Kita ni sebagai isteri dan ibu tak boleh malas tau. Sebab wina nak ingatkan semua bahawa kedutan pada baju yang tidak berlipat yang diambil pada gunungan kain lebih dahsyat daripada kedutan baju yang dilipat rapi. Sangat berbeza!
Nanti orang akan tanya, ‘eh, suami siapa pakai baju kedut nak matey ni? Anak siapa tak terurus ni? Diorang akan directly mark isteri dan ibu dia jugak seorang yang tak ambik berat. Dari situ juga semua orang boleh nilai.
No, wina ni bukan nak ajar kita jadi perfect sangat, cukup sekadar kita jaga semua tu okey ibu-ibu?
Kisah seorang wanita, Jahidah Nordin yang dipukul oleh suaminya sehingga koma masih lagi belum terbela. Sehingga kini, si pelakunya yang merupakan suspek utama iaitu suami kepada Jahidah masih bebas dan seronok.
Kejadian itu telah menyebabkan Jahidah Nordin patah rahang, tempurung kepala juga terpaksa dibuang, berlaku pendarahan dikepalanya malah Jahidah cedera teruk di belakang badan serta tulang rusuk retak dan patah.
Baru-baru ini, tular kisah yang mengatakan bahawa suaminya itu menyertai jelajah ride motosikal sehingga ke negeri Kedah. Apa yang mengejutkan apabila dia menggunakan nama samaran dan juga mengaku sebagai anggota polis kepada ahli kelab yang disertainya.
Namun semalam, Mahkamah Rendah Syariah Seremban, meluluskan permohonan tuntutan fasakh olehJahidah Nordin terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terbaring kaku sejak Mei 2021.
Tuntutan fasakh oleh Jahidah Nordin terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin.
Fauziah berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.
“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.
“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.
Fauziah berkata, dia kini lega dan dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
“Saya gembira dan tidak sabar untuk memaklumkan keputusan ini kepada keluarga. Untuk proses seterusnya (hak penjagaan dan tuntutan nafkah) saya akan bincang dengan peguam,” katanya.
Fauziah berkata, dia berharap lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan tindakan itu menyebabkan kehidupan kakaknya sekeluarga berubah.
Terdahulu, di dalam mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah, menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim, Hamizan Mohd Nor.
Kenyataan sebanyak tujuh muka surat itu mengandungi 31 soalan dan jawapan sebelum Hamizan bertanyakan beberapa soalan pengesahan terhadap Fauziah ketika prosiding.
Ketika prosiding juga, hakim bertanya kepada Fauziah mengenai nafkah kepada kakaknya, sebelum Fauziah memaklumkan lelaki berkenaan tidak pernah melawat atau menghubungi Jahidah, selain tidak memberikan nafkah.
Sementara itu, Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.
“Tuntutan fasakh kita mula buat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri, tetapi berikutan keadaan dirinya, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya terlebih dahulu pada Januari lalu.
“Mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua mahkamah tinggi itu dan pada hari ini memutuskan bahawa pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, Mohd Amirul berkata, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor,
“Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.
“Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari lalu,” katanya.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.