Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Bagaimana cara kita mendidik anak, begitulah perwatakan anak itu. Begitu juga bagi anak yang kurang kasih sayang dan sentuhan akan menunjukkan sikap yang agresif seperti termasuk tidak mendengar cakap ibu bapa dan suka tampil dengan kenakalan.

Begitulah yang dikongsikan oleh Nurul Asyiqin Ruhmilin yang memaparkan kisah bagaimana anak yang kurang sentuhan. Beliau juga berkongsi tip menghadapi situasi ini. Jom semak.


 

Untuk 1 bulan yang lalu, saya duduk bertapa dalam 1 bilik khas. And most of the time, saya akan tolak ajakan orang untuk keluar hang out.

Bertapa untuk Membaca, Memerhati & Menulis. Belajar.

Dan saya selalu perhati seorang kanak-kanak disekitar rumah saya. Saya tengok, “Kenapa dia ni sangat aktif dan tak dengar cakap ibu ayah dia?”

IKLAN

Saya tengok dan tengok.
Adakala dia akan datang rumah saya. Tengok-tengok dalam rumah. Tengok saya buat kerja. Adakala dia tengok ja apa yang saya buat.

“Hari ni mak ada marah-marah lagi?”

Dia anggukkan lagi kepala.
Saya tak nak cakap, “Tu lah kau nakal sangat!”
Sebab saya tahu dia sebenarnya masih dalam fasa programming. Apa yang dia buat sebenarnya nak curi perhatian ibu ayah dia. Macam saya katakan sebelum ini, anak kita selalu marah marah dan marah akan jadi LEBIH AGRESIF!

“Kenapa mak marah?”
Dia diam dan muka dia macam dah nak nangis. Saya dah macam, eh tak boleh ni. Kang dia nangis ni tak pasal-pasal mak marah saya lagi sebab kacau budak. Dahlah saya ni “Tukang Sakat Budak”. hahah. Jadi untuk elakkan dia menangis, saya pun kenalah jadi Super Women kejap. Jadi penyelamat skesta drama air mata kan.

IKLAN

Bila saya buat SENTUHAN FIZIKAL pada dia. Maksudnya usap belakang dia, boleh pulak senyum!

Dari situ, saya nampak dia kurang sentuhan fizikal.
Dan bahasa kasih sayang yang dia sangat perlukan adalah sentuhan fizikal.

Macam mana saya katakan dia kurang sentuhan fizikal?

Bila saya sentuh dan usap belakang dia, dia cool down dan kembali senyum. Kita boleh nampak seseorang tu dia suka dibelai. Dan dia memang kurang di belai. Jadi saya cakap dekat dia “EYE TO EYE CONTACT”.

IKLAN

“Mak sayang kamu sebenarnya. Dia tak sengaja nak marah. Kamu kan good boy”

Dia dah macam angguk angguk angguk.
.
.
Sebenarnya, anak-anak kenapa dia tak nak dengar cakap kita sebabnya kita tak nak dengar apa yang ada dalam isi hati mereka dahulu.

Dia nak cakap, “Mak tolong peluk saya”
Tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Budak-budak yang selalu di marah, dia akan takut nak minta benda-benda macam ni. Ya takut kena marah lagi.

You love your child, but does your child feel loved?

Nurul Asyiqin Ruhmilin
Hmmmmm…….

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI