Siapa boleh tahan bila kena berjauhan dari orang yang tersayang kan? Lebih-lebih lagi orang itu darah daging kita. Kalau sehari tak jumpa pun dah terasa, apatah lagi makan masa dua minggu!
Itulah yang dipamerkan oleh ikatan anak dan ayah antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan anaknya, Jebat Jayden yang erat berpelukan seusai anak kesayangannya itu pulang dari umrah.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Sharnaaz melalui satu perkongsiannya di Instagram baru-baru ini yang kelihatan Jayden begitu manja berada dalam dakapan seolah-olah terubat rindunya untuk bertemu bapanya.
Dalam pada itu, ada seorang pengguna TikTok memuat naik video bahawa dia ternampak Sharnaaz yang dilihat menjemput anak tunggalnya di lapangan terbang yang baru sahaja tiba dari Tanah Suci ketika itu. Dalam video tersebut, jelas kelihatan Sharnaaz mendukung anak sulungnya itu ibarat melepas rindu sekian lama tidak berjumpa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Sharnaaz dan menggelarkannya bapa mithali. Malah, ada yang mengakui sifat baik Sharnaaz ini patut dijadikan contoh pada yang lain.
Ads
Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad, Tiktok @nazilihazirah
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datuk Seri Siti Nurhaliza mahukan anak-anaknya lasak sepertinya yang berjiwa anak kampung.
Itulah perkongsian yang dimuatnaik isteri kesayangan Datuk Seri Khalid ini menerusi laman instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, penyanyi berkongsi beberapa keping foto momen bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa ketika memgunjungi Taman KLCC. Tampak begitu riang sambil berbarin di atas rumput taman sambil bergelak ketawa.
“Saya anak kampung yang biasa bergelumang dengan alam. Mandi sungai, panjat pokok, kutip siput sedut di sungai, masuk hutan, bermain di padang rumput, teman datuk menoreh getah, bercucuk tanam, masuk lumpur, masuk longkan tangkap berudu dll.
“Katalah apa aktiviti anak kampung (selain bersawah), semua saya lakukan. Sebab tu saya sangat hargai alam.
“Saya juga ingin anak saya lasak seperti saya. Hari ni saya mengajak Afwa dan Aafiyah bergambar di Taman KLCC. Nak mereka rasa nikmat dan indahnya menghargai alam.
“Marilah kita sama-sama hargai bumi, tempat tinggal kita. Jagalah bumi kita yang satu ni, cuma satu. Ciptaan Allah yang maha besar. Alhamdulillah,” tulisnya di dalam satu hantaran Instagram bersempena Hari Alam Sekitar sedunia.
Apabila bergelar pasangan suami isteri, tentu ingin sehidup semati hingga akhir hayat. Namun jodoh maut, rezeki semua ditangan yang Maha Pencipta. Kita hanya mampu merancang.
Kala hidup bersama kenalah hargai pasangan, jika sudah tiada guna penyesalan. Begitulah yang dikongsi oleh saudara Khairul Abdullah yang juga melalui situasi kehilangan isteri tersayang yang kini membesarkan tiga orang anaknya seorang diri.
Beliau berkongsi coretan menghargai pasangan sementara masih ada. Ikuti perkongsian beliau.
Tadi waktu LIVE, aku share 5 perkara yang pasangan wajib buat sementara belum kehilangan. Nanti pasangan dah takde korang menyesal pulak. So buat 5 benda ni:
Nanti bila pasangan kau dah takde kau akan rindu nak cakap i love you atau saya sayang awak, saya rindu awak dan sebagainya. Waktu tu kau menyesal macam aku. Dah tak guna okeh. So sementara masih ada ni kau cakaplah setiap hari. Selalu juga cakap terima kasih, suami bawak balik barang dapur cakap terima kasih, isteri masak sedap cakap terima kasih, isteri gosok baju cakap terima kasih.
Luahlah selalu. Jangan harap pasangan masing-masing faham. Saling appreciate each other. Jangan merendahkan kerja suami dan jangan sesekali merendahkan kerja isteri kalau dia hanya duduk di rumah.
Isteri, belajar cara jumpstart kereta kalau bateri kong. Belajar dari suami cara isi angin tayar, ikut gi bengkel sesekali dan tengok orang repair dan belajar serba sedikit. Belajar juga macamana nak repair benda-benda simple kat rumah.
Suami belajar cara masak nasi, macamana nak siang dan goreng ikan, macaman nak spaghetti yang anak-anak suka tu. Tak perlu banyak dua tiga masakan dah cukup. Belajar juga cara asingkan dan basuh baju, nak guna setting yang mana dan sebagainya. Macam-macam lagi chores yang kena sama-sama belajar dan ambil tahu.
Macam remeh jer, tapi ini survival skill. It will help a lot.
Buka file dan simpan maklumat pasal pasangan. Letak dalam tu segala username dan password email, FB, IG apa shaja akaun yang ada. Detail akaun bank, akaun kwsp, tabung haji, segala harta, segala hutang piutang dan sebagainya.
List semua details bayaran bulanan, hutang bank, bayaran takaful dan apa sahaja tanggungan. Nombor pin kad bank tu pun tulis di situ, sangat penting okeh. Lagi satu password handphone pun share jugak, sangat penting. Takut apa, kongsilah semua details.
Buka juga fail untuk anak-anak. Masukkan segala details pasal anak, buku biru dan pink simpan dalam tu, segala jadual imunisasi dia. Pasal sekolah dia, pasal rekod perubatan, ubat dia pernah ambil dan segalanya.
Apa-apa jadi senang nak rujuk. Macam kes aku, semua smooth sebab semua rekod disimpan dengan lengkap.
Sediakan wang untuk isteri dan anak-anak. Kalau kita mati, isteri dan anak ada duit untuk teruskan hidup dan mulakan hidup baru. 2 tahun pertama sangat sukar untuk orang yang kehilangan pasangan ni. Kalau takde duit nak survive maka ia akan jadi bertambah sukar.
Cari kawan-kawan ejen takaful dan tanyalah plan hibah yang murah. RM20++ sebulan pun dah boleh dapat RM100K. Cukup untuk pasangan teruskan hidup sementara dia dapat income lain.
Kita selalu tak ambik port pasal ni. Sebab tu banyak gila harta orang islam terbeku di Amanah Raya. Tak boleh nak dikeluarkan sebab tak cukup segala dokumen, tiada perwarisan dan sebagainya. Dekat MAIS dengan serendah RM300 dah boleh buat wasiat. Kat As-Salihin Trustee dalam RM1400 macam tu.
Buatlah. Buatlah semua yang aku ceritakan tu.
Benda ni nampak remeh. Alahhh tak perlulah semua tu. Selagi kau tak rasa maka kau tak tahu betapa pentingnya semua benda yang aku senaraikan di atas. Aku dah lalui semua dan aku share supaya semuanya mudah untuk korang nanti.
Semoga semua pasangan panjang umur dan tua bersama. Namun sesungguhnya, salah seorang akan pergi dulu meninggalkan.
Cuma tak tahu bila. Yang masih diberi kesempatan, buatlah.
Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada usahawan terkenal Malaysia Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa gembira melihat keakraban anak perempuannya, Qadejah El Zahra apabila mereka meluangkan masa bersama anak lelaki Shuib, Uwais Alqarni.
Menerusi perkongsian di Instagram Datin Seri Shahida, beliau memuat naik video persahabatan Qadejah dan Uwais sedang beriadah di resort miliknya sambal berlatar belakangkan lagu arwah Siti Sarah Raissuddin.
“Mula mula malu malu,dah lama baru la jadi kawan. Seronok tengok @qadejah_terlajaklaris dengan Uwais buat aktiviti di @sugehecoresort Janda Baik.
“Nak berkawan tak salah, kawan lah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dekat sini. Qadejah ni tak ramai mana pun kawan dengan lelaki. Bukan sombong tapi malu,” tulisnya di ruangan kapsyen postingnya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata – rata senang melihat hubungan persahabatan mereka berdua malah, ada juga netizen yang teringat akan arwah Siti Sarah selepas melihat wajah Uwais.
Untuk rekod, Qadejah El Zahra dilahirkan pada 25 November 2010. Dia merupakan puteri sulung kepada Datuk Aliff dan Datin Shahida. Manakala, Uwais Alqarni dilahirkan pada 4 Disember 2011. Uwais merupakan putera sulung kepada Shuib dan arwah Siti Sarah.
Nu Ideaktiv cipta rekod Malaysia Book of Records apabila berjaya mengagihkan 16,000 bubur lambuk melalui program RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 di Dataran Merdeka.