Pelakon Ayu Raudhah lebih selesa memberi tumpuan kepada keluarga, sementelah anak-anaknya kini sedang membesar.

“Anak Ramai Meriah, Suami Pula Suka Nombor 8.” Pernah Gugur Dua Kali, Ayu Raudhah Gembira Miliki Anak Ramai“Saya meletakkan keluarga  sebagai keutamaan dalam kehidupan, saya gembira dengan anak-anak yang ramai dan kami berdua pun dibesarkan dengan adik-beradik yang ramai. Tujuh orang.

“Rasa macam okey dan dah terbiasa,” tambah Ayu Raudhah yang baru dilantik sebagai duta dan rakan niaga butik ByLR baru-baru ini.

“Anak Ramai Meriah, Suami Pula Suka Nombor 8.” Pernah Gugur Dua Kali, Ayu Raudhah Gembira Miliki Anak RamaiTidak menafikan rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen, namun ibu kepada lima cahaya mata ini memilih keluarga daripada kerjaya.

“Jujurnya tak rancang nak ada anak berapa. Cuma sebelum ini hasrat mahu tujuh cahaya mata. Cuma sebelum ini tak ada rezeki, saya alami keguguran dua kali.

“Kalau ikutkan suami, nombor kegemarannya ialah lapan,” kata anak kelahiran Negeri Jelapang Padi ini.

“Anak Ramai Meriah, Suami Pula Suka Nombor 8.” Pernah Gugur Dua Kali, Ayu Raudhah Gembira Miliki Anak RamaiMengulas mengenai persepsi sesetengah pihak terhadap ibu bapa yang mempunyai ramai anak, adik kepada Rozita Che Wan ini terbuka mengenai rezeki zuiat yang Allah kurniakan.

IKLAN

“Ia bergantung pada pandangan masing-masing, kita cuba letak diri kita di mana. Saya sendiri gembira dengan kehidupan dikelilingi anak yang ramai.

“Malah baik saya dan suami, kami pun dibesarkan di dalam keluarga yang besar. Bagi saya okay dan kami pun sudah biasa dengan situasi itu. Semua kata nak anak satu pasukan bola. Sebenarya kami tak target pun.

“Anak Ramai Meriah, Suami Pula Suka Nombor 8.” Pernah Gugur Dua Kali, Ayu Raudhah Gembira Miliki Anak RamaiBerseloroh menyahut kata-kata Ayu, balas suaminya yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha; “Tapi saya suka nombor lapan!”

Ujar Zaquan lagi,  punya anak ramai secara tidak langsung menyerikan mahligai yang dibina bersama sejak 11 tahun lalu.

“Saya dah biasa dengan adik beradik tujuh orang, ada abang ada kakak. Bila kita ada anak, lepas dapat anak pertama nak cari kawan untuk dia. Kemudian nak dapat anak perempuan.

IKLAN

“Anak Ramai Meriah, Suami Pula Suka Nombor 8.” Pernah Gugur Dua Kali, Ayu Raudhah Gembira Miliki Anak Ramai“Dapat pula lepas tu dua anak lelaki. Mungkin nak dapat satu girl lagi. Untuk saya, saya nak anak-anak saya walaupun ramai tapi rapat antara satu sama lain.

“Biarlah bila tua nanti saya tinggal berdua dengan Ayu, tapi bila balik rumah saya nak meriah. Bila adik-beradik ramai ni keluarga meriah,” katanya.

“Anak Ramai Meriah, Suami Pula Suka Nombor 8.” Pernah Gugur Dua Kali, Ayu Raudhah Gembira Miliki Anak RamaiTerdahulu, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser,9, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

IKLAN

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI